Kenapa dipadamkan? Aku tatau.
Ini link berita asal ==> http://www.nst.com.my/news/2016/04/141004/igps-daughter-firearms-company-report-anyone-can-run-business-says-deputy-igp
Tapi sekarang neh sesiapa pun tak dapat akses ke artikel tersebut. Dah kena buang. Aku terfikir-fikir juga. Kenapa nak buang? Macam la portal yang lain tak laporkan perkara tersebut. Ada satu portal berita online ka kat Malaysia neh? Banyak kot. Portal kau tak lapor, berlambak2 lagi portal lain akan melaporkan. Bukannya orang takan tahu. Orang tetap tahu juga. So aku tak faham sangat. Ia akan mengubah apa. Ia takan mengubah apa-apa pun.
Contohnya ;
Laporan Awani ==> http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-sesiapa-pun-boleh-berniaga-asalkan-ikut-peraturan-noor-rashid-103472
Laporan Sinar ==> http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-jawab-isu-anak-kpn-ada-syarikat-senjata-1.512809
Tapi aku syak, mungkinla, mungkin laporan NST ada menyebut perkara sensitif sehingga menyebabkan ianya perlu ditarikbalik. Aku nak banding pun tak dapat sebab artikel tu dah takde. Kalau ada boleh belek2 sekejap nak tau tang mana sensitifnya sampai kena tarik balik laporan tersebut.
Kalau baca pendedahan SR, ada beberapa point penting yang boleh kita fikirkan bersama.
Iaitu ;
- Anak kedua Khalid yang buka bisnes/syarikat senjata api ialah seorang wanita yang baru berusia 32 tahun.
- Syarikat tersebut dibuka setahun sebelum Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara iaitu pada tahun 2013.
- Pemegang saham syarikat pula ialah abang ipar kepada Ketua Polis Negara.
Setakat neh tak dedahkan lagi apa pengalaman, kepakaran, kemahiran kedua-dua pemilik syarikat tersebut dalam 'industri senjata api'. Tetapi yang paling menarik bila SR melaporkan bahawanya ;
- Syarikat tersebut boleh membantu melancarkan kelulusan permit bagi pemilikan senjata api di Malaysia sebagai salah satu syarat yang perlu dipatuhi bagi membolehkan pembeli memiliki senjata api.
Dalam pada itu MYWATCH turut menggesa agar satu siasatan dijalankan ke atas syarikat tersebut samada mereka pernah mendapat tender/kontrak kerajaan berkaitan pembekalan senjata api mahupun tidak kerana syarikat tersebut sangat berkait rapat dengan Khalid Abu Bakar dari segi hubungan kekeluargaan yang juga Ketua Polis Negara.
Bagi aku dalam banyak2 point bab 'mampu melancarkan proses permohonan permit untuk pemilikan senjata api' adalah yang paling mencurigakan dan patut disiasat dengan telus.
Yela. Syarikat anak Ketua Polis Negara. Kalau dia menjadi orang tengah submit permohonan bagi third party yang membeli senjata api dari pihak mereka, ada ke polis-polis daerah, negeri nak lawan atau bantah permohonan tersebut? Kalau third party tu penjenayah lagi haru. Memang terang2 wujud conflict of interest walaupun misalkata company tersebut tak pernah dapat/apply tender kerajaan. Bahaya gak macam neh tau. KPN pula sibuk je jaga twitter. Lagi bahaya.
KAH KAH KAH!