Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 Februari 2015

Anwar Terlibat Dalam Skandal 'Swissleaks' - Satu Pencerahan.

Baru2 neh FOBN telah mengaitkan Anwar Ibrahim dalam pendedahan akaun bank di luar negara, iaitu 'Swissleaks'.

Ini apa yang mereka sebarkan.

 
Hmm..

Aku perati je penipuan mereka. Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh FOBN dan entah macam mana penyokong2 BN main sembur je percaya tak tentu hala.

Tengok ;


Pertama. DSAI sudah pun ke dalam. Aku tatau apa lagi yang dorang tak puas ahti sangat dengan dia apa semua neh.

Kedua. Bukan aku melarang mengkritik DSAI. In fact aku sendiri banyak kali mengkritik Anwar bahkan penulisan2 aku disebarkan pula oleh geng2 BN yang nak tambah modal mengutuk Anwar. Macam tue pun ada. 

Ketiga. Kritikan, mesti ada asas. Mesti berdasarkan hal yang benar dan bukan fitnah.

Apa yang disebarkan oleh FOBN ialah fitnah. Tapi apa dan bagaimana?

1. Mula2. Sila klik dahulu link yang FOBN attachkan di posting berkenaan.


2. Link tersebut akan membawa korang ke satu paparan.
 
3. Then klik apa yang aku tandakan di atas.

4. Then klik lagi dua benda kaler biru tue.


5. Then sila baca penerangan yang dinyatakan untuk amek faham tentang data yang tersedia menerusi portal berkenaan.


Apa yang berlaku ialah, FOBN screenshot 'OFFSHORE LEAKS' dan mengambarkan seolah-olah ianya ialah 'SWISSLEAKS'.

Apa itu OFFSHORE LEAKS?

Ia merujuk kepada satu pengkalan data mengenai pemilikan syarikat oleh individu tertentu. Term OFFSHORE itu sendiri merujuk kepada 'syarikat luar negara' yang mempunyai kaitan dengan individu tertentu. Syarikat tersebut mungkin diwujudkan atas sebab tertentu, untuk menyorokkan sesuatu tetapi tidak semestinya individu yang dikaitkan dengan syarikat2 tersebut sebenarnya benar2 terlibat secara aktif. Atau melakukan sesuatu kesalahan pula. Ada yang sengaja dinamakan sebagai pemilik bagi mengaburi pandangan undang2.

Lihat ;


Klik sini. Pastikan habiskan pembacaan untuk memahami apa itu 'OFFSHORE LEAKS'.

Apa itu SWISS LEAKS pula?

SWISS LEAKS merujuk kepada satu maklumat yang mana terdapat individu tertentu yang membuka account HSBC di luar negara (Switzerland) atas tujuan untuk melarikan diri dari membayar cukai, menyimpan wang yang diperolehi dari sumber haram, dan menyorokkan wang tunai yang dimiliki dari pihak tertentu atas sesuatu tujuan. SWISS LEAKS bukan semestinya bermaksud wang yang disimpan itu totally wang haram. Ada yang mendapatkannya secara sah cuma menyorokkan dari kerajaan untuk mengelak dari dicukai. Ada juga wang yang diperolehi hasil dari terlibat dengan kegiatan haram seperti perdagangan (orang), kongsi gelap, penyeludapan, dadah, arak, perjudian dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, OFFSHORE LEAKS dan SWISS LEAKS ialah 2 perkara yang berbeza. 

Bagaimana wartawan dan para penyiasat boleh memanfaatkan maklumat yang terkandung dalam OFFSHORE LEAKS, rujuk sini.

Dan ini ialah Q&A mengenai SWISS LEAKS. Dekat situ kalau korang baca, ICIJ ada menyatakan bahawa mereka tidak pernah langsung mendedahkan kandungan data tentang SWISS LEAKS. Apa yang mereka buat hanyalah mendedahkan secara peringkat per individu.

Rujuk sini.

Setakat ini 66 individu telah didedahkan dalam laporan khas ICIJ tersebut. Dan salah seorangnya ialah kerabat diraja Pahang. 

HSBC berdepan dengan risiko ;

- Siasatan dan pendakwaan kerana berkompromi dengan individu tertentu bagi mengelak dari cukai,

- Siasatan dan pendakwaan kerana terlibat mengambil keuntungan di atas kegiatan haram seperti jual-beli senjata,

- Siasatan dan pendakwaan kerana mengadakan satu set urusniaga yang tidak mematuhi undang2 bagi melindungi 'client2 jahat' mereka.

66 nama yang didedahkan dalam skandal SWISS LEAKS hanya mendedahkan seorang individu dari Malaysia setakat ini. Tiada nama Anwar Ibrahim atau apa.

Apa yang didedahkan oleh FOBN ialah fitnah merepek. Sungguhpun pangkalan data dalam OFFSHORE LEAKS boleh dijaringkan dengan akaun bank luar negara bagi urusniaga syarikat tersebut dan perjalanan duit keluar masuk namun OFFSHORE LEAKS dan SWISS LEAKS ialah 2 perkara yang berbeza. 

Itu satu.

Yang kedua. Hanya merujuk kepada nama, kita tidak boleh membuat penilaian rambang bahawa Anwar dalam data tersebut merujuk kepada Anwar yang berada di dalam penjara ketika ini. Hanya bersandarkan nama itu bukan bukti kukuh. Apatah lagi jika korang kecilkan carian merujuk kepada Malaysia semata-mata. Jika carian dikecilkan, ini nama-nama yang muncul dalam pangkalan data OFFSHORE LEAKS.

Lihat ;



Klik sini.

Ada banyak nama datok2 yang dikenali.
VVIP yang dikenali.
Dan syarikat2 yang dikenali.

Jika aku orang bodoh macam FOBN sudah tentu la aku screenshot satu persatu dan merepek buat ayat sendiri tak tentu hala.

Tapi aku bukan dan aku tidak.

Maklumat yang disediakan oleh ICIJ adalah untuk membantu wartawan melakukan siasatan, jaringan dan hubungkait dengan maklumat atau pendedahan berkaitan salahlaku yang ingin wartawan tersebut rungkai atau tulis berdasarkan kepada analisa atau info sulit yang mereka terima. Nama yang tercatit tidak bermaksud mesti terlibat kepada apa-apa salah laku. Ini apa yang ICIJ terangkan melalui bagaimana caranya untuk kita baca maklumat yang mereka sediakan kepada public.

Nasihat aku kepada FOBN, kat page korang kata tidak sokong fitnah kan? Padam dan tulis ayat yang betul. Kami bukan tolak fitnah tapi kami sendiri reka fitnah, buat fitnah, sebar fitnah dan sayang kepada fitnah. Mari kita jadi lebih jujur dengan diri kita sendiri, oke?

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...