Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Februari 2015

PKR, UMNO Tolong Hentikan 'Konsert Jelajah' Kongkek Saiful.


Mula2.

UMNO buat roadshow pusing 1 Malaysia. Alasan UMNO ialah mereka nak betulkan salah faham dan fitnah yang terpalit ke atas diri mereka. 6 tahun UMNO berdiam diri dengan tohmahan tersebut. Maka siri jelajah ini sangat penting kepada diri mereka. Orang awam perlu diberikan hak untuk mendapat akses cerita dari pihak mereka dan membuat penilaian sendiri. Anwar meliwat Saiful. Dan hal berkenaan sama sekali tiada kaitan dengan UMNO. Anwar tidak difitnah dan Anwar benar2 meliwat. Perbuatan itu berlaku dan peguam yang bertanggungjawab mewakili Saiful akan menerangkan butiran mengenai kes perbicaraan supaya rakyat menyakini Anwar telah meliwat.

Hakikatnya bagaimana?

- UMNO tidak pernah berdiam diri selama 6 tahun.

- Sila buka blog UMNO dan baca sendiri bagaimana mereka counter attack point2 dari PKR isu liwat II.

- Ketika PRU yang baru berlalu pun mereka masih berusaha menegaskan liwat tiada kaitan dengan parti mereka dan bukan satu konspirasi politik.

- Najib juga beberapa kali menerangkan bahawa cerita liwat II tiada kaitan dengannya. Disiarkan menerusi pelbagai media massa.

- UMNO juga menerusi beberapa pimpinannya berulang kali menegaskan liwat II bukan konspirasi dan UMNO bukan dalang disebaliknya.

- Ummi Hafilda sendiri sebelum kahwin sibuk kejar Anwar dan merepek isu video seks dan liwatan.

- TV3 dan pelbagai station TV sentiasa memberikan liputan besar tentang kenyataan Saiful yang tidak pernah berpihak kepada Anwar.

Dan, ini mereka kata bahawa UMNO berdiam diri selama 6 tahun difitnah menjayakan cerita konspirasi liwat II?

Kenyataan mereka tidak tally dengan situasi yang telah pun berlaku.

Hakikatnya, UMNO telah, sedang dan pernah melakukan banyak kali penjelasan tentang liwat II dan berusaha menyakini orang ramai bahawa perbuatan liwat itu tiada kaitan dengan parti dan pimpinan mereka.

Anwar pada ketika ini sedang dipenjarakan. Didapati bersalah dalam pertuduhan tersebut. Persepsi rakyat tentang isu liwat ini sebenarnya tidak penting pun kepada kerajaan dan UMNO. Kerana seseorang tidak akan mengundi seseorang hanya bersandarkan kepada insiden liwat II semata-mata. Manusia ini ada satu sikap yang kita berikan nama sebagai pentingkan diri sendiri. Apa2 hal kita akan jaga diri kita dulu sebelum kita sibuk jaga orang lain. Dan bila terdapat manusia yang lebih sibuk jaga orang lain berbanding jaga diri sendirinya maka akan berlaku dua keadaan.

Pertama. Kena puji sebab berbeza. Sikap ini sebenarnya tak semua orang boleh dan sanggup buat. Maka orang mahu puji.

Kedua. Kena kutuk sebab di anggap bodoh. Sanggup mangsakan diri untuk orang lain. Yang ini bergantung la pada jalan cerita. 

Contoh. A menyelamatkan B dari dilanggar motor meskipun bahayakan diri sendiri. A dipuji kerana tidak pentingkan keselamatan sendiri.

A menyelamatkan B dari dikejar polis. Sedangkan B sebenarnya ialah perompak merbahaya. Lalu A didakwa kerana bersubahat. Maka A kena kutuk sebab bodoh.

Nampak?

Bergantung pada situasi. 

Jika dalam cerita liwat II, rakyat memilih untuk menyakini DSAI tidak bersalah pun so lantak la. Dorang reti baca berita, reti juga buat penilaian dan tafsiran berdasarkan kepada maklumat2 yang sampai ke telinga mereka.

UMNO tidak perlu sampai ke tahap memaksa rakyat untuk berfikir sepertimana yang mereka mahu rakyat fikirkan tentang liwat II. UMNO sebagai entiti parti yang menguasai kerajaan lebih baik selesaikan masalah2 yang membelenggu hidup rakyat kerana ini la yang sebenarnya menjadi faktor utama samada rakyat mahu mengundi parti kamu ataupun tidak pada PRU kelak.

Cerita liwat ialah cerita yang rakyat anggap hal peribadi.
Manakala masalah hidup rakyat ialah tajuk utama hidup mereka.
Sebab tue roadshow bodoh neh jangan disokong.
Memualkan. 
Liwat. Liwat. Liwat. Sampai bila nak jaja citer liwat neh setaaannnnn.

Kemudiannya.

Sebagai reaksi balas kepada tindakan UMNO. PKR mengkritik tindakan UMNO yang mahu buat roadshow liwat pusing 1 Malaysia. Kata mereka. DSAI sudah pun terpenjara dan menjalani hukuman penjara. Move on la kawan. 1MDB apa cerita? Masalah ekonomi apa cerita? GST apa cerita? Isu2 neh sangat sensitif kepada rakyat kerana ia membabitkan intergriti si pentadbir kerajaan.

Aku fikir pada ketika ini PKR memang betul. Mereka berkata benar. Aku tak berapa amek port dengan tindakan PKR nak tukar ketua polis negara ke tukar hakim ke tukar itu ke tukar ini ke tukar segala-segala ke dan sebagainya ke aku ehh lantak la dorang. Tapi point dorang tentang roadshow liwat II itu betul dan aku bersetuju tentangnya.

Tapi. Pendirian yang PKR pegang tue sebenarnya bertahan sekejap aje.

Kerana pada semalam aku membaca. Disini. Bahawa PKR launch satu siri jelajah pusing Malaysia. Jelajah itu nantinya akan melakukan perkara2 ini ;

- Sebagai solidariti kepada kempen bebaskan Anwar.

- Dijadikan medium untuk menerangkan isu liwat II.

- Akan juga dijadikan pentas untuk menerangkan isu2 semasa yang membelenggu rakyat.

Kalau berdasarkan tajuk, nama program diberi ialah program jelajah bebaskan Anwar. Jadi automatik orang akan tangkap. Program neh sebenarnya nak sembang tentang Anwar. Sebab tue Anwar dititlekan menerusi program berkenaan. Anwar dihighlightkan.

Aku tak pasti jika program ini ialah counter attack kepada roadshow liwat II bawaan UMNO.

Tetapi ini apa yang aku fikirkan.

- Pada semalam kita semua tahu bahawa Anwar telah pun membuat permohonan pengampunan sultan. Aku tak bersetuju dengan langkah tersebut tetapi aku fikir family Anwar lebih mengetahui situasi sebenar yang mereka hadapi.

- Aku tak bersetuju kerana impak negatif yang akan dihadapi oleh DSAI sendiri akan susah nak dibersihkan pada hari mendatang. Orang yang mohon pengampunan ialah orang yang mengaku bersalah. Maka indirectly Anwar mengakui dia meliwat SBA sebenarnya.

- Dalam waktu yang sama, hubungan Anwar, DSWA dengan sultan Selangor tidak berada pada 'terma yang baik'.

- Kerana itu gelaran Anwar ditarik balik.

- Dan kini keluarga Anwar merayu untuk mendapatkan simpati sultan bagi mengampunkan 'kesalahan' Anwar.

- Kelemahan ini la yang boleh dipropagandakan, dimanipulasikan, dipergunakan untuk menuntut sesuatu kepentingan dan peranan dari kita oleh pihak lawan.

- Katakanla, jika, Anwar telah diugut dan dipaksa untuk bersetuju akan sesuatu perkara bagi membebaskan dirinya, bagaimana?

Baru2 neh Korea S ada buat satu drama konspirasi politik yang power bertajuk PUNCH. Aku cadangkan korang tengok untuk lebih memahami apa itu dunia politik sebenarnya. Jangan expect orang melayu akan buat cerita cerdik macam tue. Citer bahlol macam suami ku encik perfect ten boleh la. Standard meleis.

- Sebab tue aku tak melihat meminta pengampunan sultan ialah tindakan yang tepat bagi pemerhati seperti aku. Mungkin in order untuk mempercepatkan proses keluarkan Anwar dari penjara, itu ialah langkah yang betul.

- Tapi kesan dari perbuatan itu sebenarnya pada aku akan menghasilkan lebih banyak impak negatif kepada imej Anwar Ibrahim.

- Berbalik kepada program jelajah PKR. Sebenarnya pada aku, PKR juga perlu menghentikan sebaran dan mengekplotasikan cerita liwat bagi dijadikan antara sajian hidangan dalam sesi ceramah korang.

- Mari kita bercakap tentang realiti. Even ceramah yang Anwar sendiri hadiri pun, sudah berkurangan bilangan mereka yang turun.

- Faktor utama kerana Kajang-Movie. Faktor tambahan rakyat sudah meluat dengan menu makanan yang sama.

- Kita mahukan resipi terbaru, unik, sedap dan paling terbaik jika ianya dimasak dengan cara yang berbeza dan diluar dari kebiasaan.

- Ada bagusnya jika PKR hentikan cerita liwat miwat kongkek-kongkek bontot Saiful neh kerana kami tidak peduli pun siapa kongkek siapa dan kenapa kongkekan itu berlaku kerana cerita kongkek ini telah berlarutan selama 6 tahun dan lebih.

- Maksudnya kami dah hadam dengan cerita tersebut dan oke fine, so? 

- Untuk PKR mendapatkan kembali kepercayaan rakyat kerana Kajang Movie korang tue, maka, hanya bawa cerita2 yang berkaitan rakyat. 

- Dalam waktu yang sama boleh la bersolidariti kepada Anwar juga. Acara selingan. Buat satu banner. Print atau photostat banyak2 fakta kes liwat, sapa yang nak sangat tahu fakta, boleh amek kertas tersebut dan baca la kau sampai mampos. Tak perlu guna mic atau buat ceramah terangkan lagi. Meluat.

- Boleh juga kumpul tandatangan tanda kami yakin Anwar tak bersalah dan Anwar perlu dibebaskan.

- Benda tue acara selingan.

- Tajuk utama mesti membahaskan dan membincangkan masalah rakyat.

- 60 lokasi yang PKR nak singgah.

- Sudah sampai masanya PKR reformat kembali cara mereka mendekati rakyat.

- Ceramah PR sekarang dah sama macam UMNO.

- Krik.. krik.. dan kriikk..

- Dah takde impak dan orang dah bosan.

- Rakyat tak terpropaganda juga dengan cara korang tangkap gambar dekat2 bagi menunjukkan betapa ramainya orang yang hadir ke ceramah korang. Masih ingat bagaimana aku mendedahkan hal berkenaan dalam kes ceramah di Sabak Bernam pada tahun2 sebelum PRU. Maafla. Kalau bab parti aku terlebih2 jadi jujur neh. Tapi kalau cover diri aku bab menipu aku paling pandai.

- So, ubah sikit strategi korang dalam meraih perhatian orang ramai.

- PKR sudah patut gunakan kesempatan untuk jelajah neh, open table bagi collect masalah setempat.

- Rakyat dah selalu dengar korang bercakap. Kat internet korang bercakap. Kat pentas korang bercakap. Kat berita korang bercakap. Hanya korang jek ke yang ada mulut dan boleh bercakap. Nampak?

- So, bab2 fakta korupsi apa bagai tue, pada aku sediakan infografik, sebarkan ketika jelajah, website khas yang menerangkan semua isu korupsi kerajaan perlu dibangunkan bagi memudahkan rakyat mengakses fakta berkenaan. Letak url dalam kertas yang diedarkan pada orang ramai.

- Dan open table bagi rakyat setempat ceritakan apa masalah yang mereka hadapi di tempat mereka.

- Dan balik ke HQ parti, buat analisa, amek yang penting dan perlu dan manifestokan hal2 tersebut supaya ianya boleh dijadikan bahan kempen sekaligus dijadikan sasaran untuk wakil rakyat PKR yang menang (jika) di kawasan tersebut menyelesaikan isu berkenaan.

- Kalau tak menang pun takpe. Lawan sudah. Pastikan hak2 rakyat terbela. Kerana itula yang akan membina semula keyakinan dan kepercayaan kepada parti baling kerusi.

- Kami dah bosan. Rakyat perlu juga dilibatkan dalam drama politik neh. Dari pengarah, penulis skrip, penerbit, pelakon dan segala-galanya ialah ahli politik je pegang. Dorang tentukan cerita apa yang perlu disampaikan dan dorang sendiri tentukan apa yang rakyat perlu lawan dan bahas. Takmo dah. Rakyat takmo jadi pak pacak, tepuk tangan atau pelakon tambahan untuk diheret dalam demo sana sini dah.

- Rakyat mao jadi pelakon utama dan kami nak karang skrip perlawanan kami sendiri.

Maka apa yang parti perlu buat ialah ubah cara korang mendekati rakyat. Kami takmo dengar citer liwat dan kongkek, saiful dan bontot miliknya lagi.

Kami hanya mahu mendengar bagaimana parti boleh melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah-masalah kami akibat ketidakcekapan pentadbiran oleh kerajaan pada masa kini.

Thanks. 

Updated.

** Pembetulan. Sebenarnya keluarga DSAI minta ampun pada AGONG. Bukan pada sultan Selangor. Tapi terpakai la juga ayat di atas. Agong ka sultan Selangor ka bab manipulasi neh lebih kurang je. Kbai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...