Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 Februari 2015

Rakaman Suara Mat Sabu Nak Jatuhkan Hadi Tersebar - Siapa SPY Dalam Kumpulan Mat Sabu?


Rakaman suara itu tiada kaitan dengan UMNO. Jadi. Tak perlu la korang kaitkan penyebaran rakaman berkenaan dengan UMNO dan BARISAN NASIONAL. Ini adik beradik sedang bergaduh sesama sendiri. Geng2 sendiri juga yang sebarkan di laman sosial.

Dengar.



Point aku.

1. Kalau nak dibandingkan dengan suara dan cara percakapan, pada aku jelas memang cara Mat Sabu yang bercakap tue.

2. Tapi takpe. Kita tunggu dan dengar la penjelasan dari tuan punya badan. Boleh jadi fitnah, boleh jadi benar.

3. Sekarang tuan guru Nik Aziz dah takde.

4. Maka yang mana cover2 melawan selama neh atas alasan menghormati TGNA akan mula buka langkah.

5. Tak kira samada yang jenis play-safe ka, yang jenis nak perjatuhkan Hadi ka atau yang jenis nak mempertahankan Hadi. Semua sama je sekarang. Cari point untuk bertekak terus bertekak sampai la masing2 mencapai hajat yang masing2 kehendaki.

6. Namun. Berbanding kepada title (saja buat gempak untuk korang baca lagipun ini memang apa yang digambarkan oleh sang penyebar) jika korang dengar betul2 rakaman tersebut, Mat Sabu bukan ada buruk2kan sapa2 pun.

7. Dipercayai, Mat Sabu sedang turun padang buat penjelasan dan pencerahan tentang isu  Kajang Movie.

8. Kan dalam isu Kajang Movie ada 3 fraction. Yang pro Hadi. Yang pro Mat Sabu. Yang tak pro mana2 dan keliru nak mampos tengok HADI VS MAT SABU.

9. Namun kenyataan ' Presiden di anggap ulama hebat dan maksum perlu denied (dinafikan) ' mungkin akan menimbulkan polemik pada geng2 Hadi.

10. Hakikatnya. Presiden PAS memang bukan ulama maksum. Maksum ka Hadi sekarang? Ce citer?

11. Bab kehebatan? Aku tatau nak ulas macam mana. Aku menilai dari segi kerja2 bantu rakyat marhaen keluar dari kepompongan kezaliman pemerintah. Yang neh aku tatau Hadi buat apa semenjak dua menjak neh. Untuk rekod bukan hanya Hadi, Mat Sabu pun aku tatau dia buat apa semenjak 2 menjak neh.

12. Aku tak dengar mereka meroyan tentang isu GST, masalah kos sara hidup, prasarana pendidikan, kos perubatan, harga rumah, tol, traffic jam, pengangkutan, PTPTN, riba dan sebagainya.

13. Apa yang berlaku sekarang ialah sesama sendiri bergaduh disebabkan konflik yang PKR wujudkan. Gila ah. PKR buat hal, PAS yang berpecah dan meroyan sakan sesama sendiri.


14. Seperti yang kita nampak sekarang neh la.

15. BTW. Ini baru part 1.

16. Part 2 tatau cerita apa.

17. Cuma kalau nak kata rakaman tersebut memburukkan Hadi atau mahu menjatuhkan Hadi sebab ada kenyataan ulama maksum dan hebat perlu dinafikan, pada aku tak cukup STRONG.

18. Dan rakaman berkenaan hanya membantu kumpulan Mat Sabu rangka strategi perlawanan sahaja. Rupa2nya ada SPY di kalangan mereka. Lagi la mereka akan berwaspada apa bagai.

19. Atau mungkin. Rakaman itu mereka sendiri (geng Mat Sabu) yang dedahkan untuk rangka satu konspirasi perlawanan yang lain. Macam2 boleh berlaku woi.

Ini politik kot. Di mana dunia konspirasi, propaganda, manipulasi adalah perkara biasa.

KAH KAH KAH

Tapi. Siyes la. Jika rakaman itu betul, maka satu je yang aku nampak. Mat Sabu sanggup turun padang. Perjelaskan isu Kajang Movie kaw2 (dipercayai). Alangkah bagusnya jika kesungguhan itu ditukarkan kepada memperjuangkan isu harga rumah kaw2. Hmm.. ahli politik.. wakil rakyat or non wakil rakyat.. apa la yang boleh kita harapkan dari mereka.. kan?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Klik sini jika video gagal load.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...