Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 November 2014

Teresa Kok Kena Kritik & Majlis Kutipan Dana Untuk DAP.

Teresa Kok dikritik & dianggap racist kerana posting kat bawah neh ;



Point Teresa ;

Perenggan pertama : Persamaan antara Azeez & Loga.
Perenggan kedua : Letakkan ciri2 persamaan tersebut.
Perenggan ketiga : Nyatakan perbezaan bangsa di antara mereka.
Perenggan keempat : Nyatakan sikap Azeez yang suka hebohkan kebaikan yang dia buat.
Perenggan kelima : Pujian kepada Loga.
Perenggan keenam : Terdapat ahli parlimen yang gagal bezakan mereka berdua.
Perenggan ketujuh : Teresa Kok memperkenalkan dua MP tersebut agar tiada lagi orang tersalah cam mereka berdua.

Kat wall Teresa, atas tajuk ini, di ruangan komen, dia kena kritik sebab bersikap racist. Dia dianggap racist sebab menggunakan ayat ==> berkulit hitam. Ayat yang dia patut gunakan ialah berkulit gelap. Itu kata mereka.

Pertama. Aku tak nampak langsung posting Teresa neh berbaur racist dari segi penggunaan ayat tersebut. Ko cakap orang tue gelap ke hitam ke kau tetap point tentang warna kulit dia. Kau cakap tentang gemuk ke atau berbadan besar, kau tetap point bentuk tubuh badan seseorang. Kau cakap orang pendek ke katik ke renek ke kau tetap point tentang ketinggian orang. Teresa Kok hanya mahu mencerakinkan ciri2 yang terdapat pada Azeez.

Kedua. Instead of penggunaan ayat tersebut, aku lebih tertarik kepada point keseluruhan Teresa berkaitan posting tersebut. Apa yang Teresa cuba gambarkan ialah seseorang yang memeluk agama Islam dianggap melayu di negara neh. 

Ketiga. Aku tatau salasilah tentang keluarga Azeez, so aku taknak buka cerita pasal dia. Tapi. Bukan kah DAP juga melakukan hal yang sama berkenaan Zairil Khir Johari? Jika Teresa rasa 'kelakar' Azeez anggap dia melayu hanya kerana dia beragama Islam, apakah itu tidak kelakar jika melibatkan MP DAP sendiri?

Keempat. Isu bangsa melayu, cina, india, iban, lain2 adalah isu yang membina tembok diskriminasi. Isu2 macam neh la yang kadang2 buat dia rasa dia lebih baik dari sesuatu bangsa hanya kerana dia bangsa itu.

Ada beberapa pihak dalam DAP sendiri memperjuangkan bangsa Malaysia or Malaysia Nation sebagai BANGSA di negara neh.

Kita tidak mahu bangsa cina.
Kita tidak mahu bangsa melayu.
Kita tidak mahu bangsa india.
Kita tidak mahu bangsa lain2.

Kita hanya mahu bangsa Malaysia dianggap bangsa dalam negara neh. Patutnya Teresa highlightla sikit2 pasal Malaysia nation.

Kelima. DAP juga suka menghebohkan kerja2 samada sukarelawan atau tidak yang mereka buat. 

Ini contoh.


- Bagi sumbangan derma sikit.
- Pakai baju kebaya
- Upload masuk fb
- Terima pujian melambung

Bagus YB. YB nampak cantik la. YB itu, YB ini.. blababla..

Nampak?

Nampakk?

Ia terpakai untuk BN, PR. Samada UMNO, MIC dan MCA atau lain2 parti dalam BN. Ataupun PKR, DAP mahupun PAS. Belajar sedar diri wahai Teresa. Usah kata kerja2 kebaikan, bahkan kerja2 mabok pun Teresa UPLOAD di facebook. Yang mempromosikan syarikat kapitalis Carlsberg. Jadi duta arak. Tak begitu?

Yang terakhir.


Ini dibuat kat sekolah. Dan ini dibuat untuk mengutip dana. Sejak 2,3 bulan kebelakangan neh, terdapat banyak majlis2 berkaitan kutipan dana yang dibuat oleh PR. Samada PAS, DAP dan PKR.

Aku cadangkan jangan bagi satu sen pun pada Pakatan Rakyat.

Kenapa? 

Untuk kaki ponteng parlimen, bagi dorang 1sen pun merupakan satu perkara yang sangat tidak patut. Rakyat jangan jadi benak otak dan diperkuli-kulikan oleh parti politik, boleh tak?

Jangan biar maruah diri kita dipijak2 oleh parti2 politik BN & PR.

Untuk rakyat yang ada maruah, sudah sampai masanya untuk menunjukkan betapa pentingnya mempertahankan harga diri kita daripada jadi muka tak malu pergi sumbang dana kepada mereka.

Ko bagi mereka duit, mereka ponteng parlimen, tak buat kerja, harga rumah tetap mahal, jadi duta Carlsberg, gaji MP naik, yang tukar kereta baru ada, yang beli rumah baru ada. Berapa banyak lagi permainan2 ahli politik ini perlu didedahkan sehingga rakyat benar2 faham mereka diperkuli batakkan oleh parti politik demi mencapai maksud peribadi mereka?

Berapa banyak lagi?

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...