Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 11 November 2014

Ini Penjelasan JPJ Isu Saman No Plat - Jam 2 Pagi JPJ Kena Maki Kaw2 Dengan Pengguna Media Sosial.

Semalam aku tidur agak lambat. Dan semakin lambat bila tiba2 aku tergerak ahti nak p buka fb rasmi JPJ.

Korang tahu apa? Kelakar siot. Terguling2 aku gelak atas katil baca komen2 maki hamun ke atas JPJ. Tak boleh blah. Jam 2 pagi. Si admin JPJ bajet update status penjelasan mengenai kenapa JPJ buat operasi gila. Dan selalunya. Kalau jam 2 pagi orang ramai dah tidur. So takde la sapa2 yang nak komen sangat kat ruangan komen. Selalu macam tue.

Tapi. Ini berbeza dengan JPJ. Aku buka page tue lebih kurang 3 pagi lebih dah. Masa tue komen2 yang maki JPJ dah 300 ++. Dia baru update status dalam sejam lebih yang lepas. Then aku baca la komen2 kat situ. Tergelak sorang2. Lebih kurang pukul 4 pagi lebih, komen2 dah cecah 500 ++ semua stok maki JPJ.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar nak mampos siot.  

Ada dua perkara. Pertama bab timing dia update. Bajet update jam 2, 3 pagi orang tak komen sangat kot. Kedua. Bajet nak bagi penjelasan supaya orang faham. Alih2 semua komen maki hamun JPJ lagi ada.

Berikut kat bawah ialah penjelasan dari JPJ berkenaan operasi saman yang mereka buat baru2 neh ;

JPJ vs KEMALANGAN & KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ. (Yang kau update fb jam 2 pagi, apa matlamat kau sebenarnya? HAHAHA)

Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.

1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?

JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya. (AKTA YANG PATUT DILUPUSKAN)
 

Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang. (TAK PAYAH NAK TEMBERANG. KAU TAK BOLEH AMEK TINDAKAN DIRECTLY, TAPI BOLEH USAHA UNTUK AMEK TINDAKAN INDIRECTLY. BOLEH USAHAKAN UNTUK RANGKA POLISI BAGI MEMASTIKAN MEREKA TURUT DIDAKWA. MELAINKAN KORANG DAH KAWTIM DENGAN BOS2 BESAR SEBAB TUE TAKNAK PROCEED. APA GUNA KPDNKK dan AGENSI2 PENGUATKUASA LAIN2? SATU LAGI. TAKDE GARIS PANDUAN YANG JELAS TERHADAP PENGGUNAAN AKSESORI AKAN MENINGKATKAN / PUNCA KEPADA KEMALANGAN)

2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?

Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA. (TAK PAYAH NAK TEMBERANG. MATLAMAT JPJ ADALAH MENYAMAN. DEMI MENDAPATKAN DUIT. SIAP BUAT KPI KEMATIAN LAGI. JPJ PATUT DIMAHSUHKAN. TERLALU BANYAK AGENSI PENGUATKUASA YANG SIBUK KELUARKAN SAMAN. UNTUK APA? 3,4 AGENSI TAPI BIDANG TUGAS LEBIH KURANG. SPAD. PDRM DAN JPJ. INI SEMUA ADALAH BEROBJEKTIFKAN UNTUK MENGELUARKAN LEBIH BANYAK SAMAN AJE SEBENARNYA.)

Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan 
Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian. (SEBAB PENGARAH KAU BODOH SANGAT KE SAMPAI KAU PERLU TURUN BERI PENJELASAN? KAU PUN TAK BERANI GUNA SEMULA AYAT PENGARAH KAU TUE KAN? NAMPAK SANGAT AYAT PENGARAH KAU TUE MEMANG BERMASALAH & BEBAL)

Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut. (ILTIZAM, TEKAD DAN MURNI HOTAK KAW. KALAU BETUL NAK KURANGKAN KADAR KEMALANGAN, CHECK LA ASPEK KESELAMATAN JALANRAYA. ADAKAH MEMENUHI PIAWAIAN & SPESIFIKASI YANG DITETAPKAN)

KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian).

3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%? 

JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan. (RASIONAL OTAK KAU. CARA PENGARAH KAU BERCAKAP LANGSUNG TAK RASIONAL. DAN CARA JPJ BERTINDAK UNTUK PASTIKAN KADAR KEMATIAN DIKURANGKAN JUGA TAK RASIONAL. KAU PATUT KAJI KENAPA KES KEMALANGAN MAUT BERLAKU, DAN BUAT ANALISA BERDASARKAN MAKLUMAT YANG DITERIMA. KEMUDIAN, CARI SOLUSI TERBAIK UNTUK MEMASTIKAN KEKERAPAN KEMALANGAN MAUT DAPAT DIKURANGKAN HINGGA ZERO MAUT DI ATAS JALAN. KPI ZERO MAUT DI ATAS JALAN REALISTIK JIKA JPJ BENAR2 BERUSAHA KE ARAHNYA. BUKAN SIBUK COLLECT SAMAN)

4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?

Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:


-tali pinggang/topi keladar
-telepon bimbit
-potong garisan berkembar
-langgar lampu isyarat
-potong garisan
-lorong kecemasan
-had laju
 

Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti. 

Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas). (JANGAN NAK MENIPU. KP KAU SENDIRI KANTOI DENGAN SAMAN HAD LAJU. BOLEH PLAK SNAP?)

5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?

Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.

6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?

Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN. (KEPALA HOTAK KAW NAK KATA RAKYAT MALAYSIA MENTALITI KELAS KETIGA. MENTALITI KELAS KETIGA TUE KAU LA JPJ OI)

Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.

Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama. (KES TUE BERLAKU DALAM BAS. KALAU CERMIN TAK GELAP, BAS SEKARANG ADA LANGSIR. KEADAAN BAS YANG BESAR & TINGGI JUGA MENYUKARKAN ORANG YANG BERADA DALAM KENDERAAN KECIL SEPERTI MOTOR & KERETA UNTUK MENINJAU APA YANG BERLAKU DALAM BAS. ALASAN BIAR CERDIK. BAS PUNYA ANGKARA. APA KAITAN MOTOR & KERETA KAT SINI)

Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya. 

Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.

#bestrongJPJ #supportJPJ #JPJboleh #1JPJ
#sayangJPJ

- admin


(#gotohellJPJ #dontsupportJPJ #JPJbolehblah #1JPJgilasaman #taksayangJPJ)

--------------------------------------

Balik2 JPJ akan pongpang2 isu cermin gelap dan kewajaran mereka double standardkan pemakaian cermin gelap antara VVIP dan rakyat biasa.

Hakikatnya. Mereka cuba nak gambarkan asal VVIP pakai cermin gelap = atas dasar keselamatan.

Kalau rakyat pakai = confirm dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

Macam la semua rakyat Malaysia kaki penjenayah. Sial punya mentalitisma. Untuk rekod, JPJ & KASTAM sendiri tak tertakluk kepada mereka2 yang dibenarkan untuk bercermin gelap. Tapi boleh plak mereka guna ek? Cakap tak serupa bikin. Nyawa kita semua sama. Kita tak patut dilayan secara berbeza berdasarkan pangkat ciptaan manusia. Jika VVIP mahu rasa selamat dan protected dengan cermin gelap, rakyat Malaysia juga sama. Bukan soal keselamatan semata2, bahkan soal privacy dan kesihatan juga.

Satu lagi. JPJ jangan nak menipu la bab gagal mengesan pesalah SPEED TRAP kerana no plat FANCY. Nampak sangat tipunya disitu.

Tengok ;



No plat yang TAK FANCY, yang baru keluar kedai pun depa SAMAN. Rujuk sini. Apa jadahnya macam tue?

Yang sebenarnya. Next year BRIM kan? Betul? Aha. Rakyat Malaysia dah nampak permainan sebenar lue. Kalau lue anti sangat dengan no plat apa semua neh, kenapa lue sendiri tak keluarkan no plat? Sebab lue tahu saman no plat boleh buat duit.

Dan kalau betul lue nak sembang bab pendidikan. Kenapa lue saman rakyat? Lue patut keluarkan surat amaran dah la. Lue bagitau yang pemilik kenderaan kena tukar no plat. Bagi masa sekian2. Then dorang kena hadirkan diri ke pejabat JPJ yang berdekatan untuk diperiksa sekali lagi samada bertepatan dengan undang2 ke tidak. Kalau tidak, p tukar lagi. Sampai JPJ puas ahti. Itu baru namanya PENDIDIKAN, BONGOK!

Bila lue sibuk saman orang. Lue bukan mendidik. Tapi lue tengah penuhkan kantung yang kosong. Bila lue sibuk buat operasi kat taman2 perumahan, lue bukan mendidik. Tapi lue menyusahkan orang yang nak keluar masuk buat urusan dengan terpaksa berdepan masalah traffic akibat operasi2 lue yang gila nak kutip duit.

Lue kalau nak mendidik bukan ini cara dia. Mentaliti kelas ketiga JPJ hanya penjilat JPJ je yang percaya. Eh jap, JPJ ada penjilat ke?? Apsal tak nampak? Apsal semua maki hamun lue kat ruangan komen woi JPJ? Kesian lue. Satu2nya agensi kerajaan yang dibenci total oleh rakyat Malaysia. Yang neh cina, india, melayu, umno tak umno, pr tak pr, nampaknya bersetuju lue memang gila la JPJ. Nampaknya, kami bersatu kali neh.

KAH KAH KAH

Klik sini untuk tambah makian kat status JPJ.

Peperangan rakyat Malaysia vs JPJ. Rakyat Malaysia 10 - JPJ 0. Tak pernah menang dari segi hujah. Tapi menang menipu & memaksa rakyat Malaysia bayar saman jek.

BUGIMA punya JPJ.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...