Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 November 2014

Selepas KIDEX, PR & Azmin Uturn Dalam Projek LANGAT 2.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Setelah berbakul2 makian dilemparkan terhadap Khalid Ibrahim oleh puak2 jahanam dalam PKR dan PR khususnya DAP dan geng2 Rafizi kini Azmin sendiri menjamin bahawa projek tersebut tetap akan diteruskan seperti perjanjian asal.

Apa yang Azmin sebut kat bawah neh dah disebut berulang2 kali oleh Khalid Ibrahim dalam sidang media. Aku sampai naik meluat dengar dan baca. Saya akan memastikan perjanjian tersebut tidak merugikan rakyat dan Selangor akan mampu menyelesaikan masalah air. Saya akan kembalikan hak air kepada pentadbiran negeri Selangor seperti sebelumnya dan blablabla..

Dan Azmin copy paste sebijik2 apa yang si Khalid lafazkan..

Tapi.. 

Tak nampak pula Rafizi memekik membidas Azmin dalam isu perjanjian LANGAT 2. Bukan nya Azmin resign atau buat MoU baru pun. Masih gunakan perjanjian sedia ada dan MoU terdahulu.

Sekarang ko semua nampak tak apa yang aku nampak?

Seseorang yang berjuang, tidak berjuang dengan cara menfitnah seseorang. Apabila seseorang tue menfitnah, seseorang tue perlu mohon maaf bukannya ego tak bertempat. Dan apabila seseorang tue degil mempertahankan fitnah dia maka dia bukan pejuang.

Pada saat PKR membiarkan elemen2 fitnah bersatu dengan perjuangan, keadilan dalam PKR dan PR itu sendiri telah tercompromised secara automatik. Dan apabila seseorang itu tahu dan sedar, dan masih memilih untuk duduk dalam partisan yang duduk dan berdiri dengan fitnah, parti itu tidak berjuang dan bukan berjuang. Parti itu hanya mencari kuasa. Dan itulah perangai sebenar BN dan PR yang rakyat perlu tahu. Terima la hakikat itu.

Dan APA selepas terima hakikat? Tak perlu undi atau perlu keluar parti? Keluar parti aku setuju. Bukan hanya keluar parti PR bahkan keluar beramai2 dari parti BN juga. Parti sesungguhnya akan terkesan jika ramai2 keluar dari parti sebab tiada lagi kuli batak yang ditugaskan pasang bendera atau memekik demo kena bantai dengan polis demi pimpinan.

Masa tue baru la yang berkuasa akan sedar. Kuli batak sudah tiada. Pada siapa mereka nak marah dan pada siapa mereka nak arah.

Kuli batak kalau tak berani tingkatkan maruah diri kuli batak akan selamanya menjadi kuli batak partisan.

Fikir2kan.

Baca bawah ;


Kerajaan Selangor memberi jaminan perjanjian penstrukturan air antara negeri itu dengan kerajaan Persekutuan akan memberi nilai terbaik kepada rakyat.

Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, ia termasuk bagi memastikan tiada unsur pembaziran dalam projek pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Walaupun beberapa perkara utama seperti kos dan terma pengambilalihan empat syarikat konsesi telah diputuskan sebelum saya menjawat amanah sebagai Menteri Besar Selangor, saya yakin ada ruang yang perlu digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran baharu untuk memastikan penstrukturan industri air ini memberi nilai terbaik kepada rakyat Selangor secara menyeluruh.

"Ruang ini termasuklah memastikan pembinaan projek Langat 2 baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan dinilai secara objektif oleh wakil kerajaan Selangor supaya tidak ada unsur pembaziran yang kelak akan membebankan rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Selain itu, menurut Azmin, kerajaan Selangor menerusi anak syarikatnya iaitu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah memuktamadkan pembelian saham dengan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB).

Pembelian itu merupakan sebahagian syarat dalam Perjanjian Induk Penstrukturan Air Selangor bertarikh 12 September lalu yang dimeterai tiga pihak iaitu kerajaan Selangor, kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Ia melibatkan dua syarikat pemegang konsesi air iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB).

"Dengan pembelian saham ini sebahagian besar operasi dan aset air akan kembali kepada rakyat yang membolehkan kerajaan Selangor melalui Air Selangor mula mengambil alih dan menyusun semula operasi Syabas dan PNSB.

"Tumpuan utama akan diberikan kepada usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) yang merugikan rakyat serta memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan untuk rakyat Selangor," kata Azmin.

Tambah beliau, kerajaan Selangor juga berhasrat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan air yang lebih mesra rakyat dan responsif kepada pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...