Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Sesi Mengumpat Admin FOBN Beramai2 Di Alam Maya.

Tah hapa2 la page FOBN tue. FOBN ialah satu page pro BN yang berbayar. Ia dikendalikan oleh satu syarikat. Aku taknak ulas la bab dia punya bayaran ke apa ke itu lantak dorang. Ini bisnes punya citer so tak penting pun cerita kat sini.

Untuk rekod, setiap yang berpolitik tak kira PR mahupun BN memang kadang2 ada buat kempen berbayar untuk sebarkan propaganda dan sentimen secara konsisten.

Ini dorang punya strategi untuk market dorang punya parti. 

Biasalah tue.

Sekarang aku nak ulas satu cerita yang membuatkan seorang akak kena maki kaw2 kat dalam page FOBN tue. Ada dekat 10,000 komen dah.

Gila ah. 

Apa salah akak tue? Salah dia sebab jadi prihatin dengan golongan kelas tertindas.

Ini gambar yang depa dok sebar atas tujuan nak kutuk dia ;


Pertama. Akak Sally (nama akak tue) tak makan pasir.

Kedua. Akak tue punya point = Mahu bagi RAKYAT MAKAN PASIR kah???

Maksudnya, adakah BN mahu buat sampai rakyat dari makan nasi ke makan pasir. Bukannya dia tengah makan pasir sekarang neh. BM reti ke tak reti? NGOK NGEK betul la.

Lainkali p sekolah time belajar bahasa, belajar la betul2. Buat malu je.

Ketiga. Akak Sally pejuang untuk golongan tertindas. Miskin. Terdesak. Tak semestinya orang2 miskin je boleh berdemo. Orang2 kaya yang berdemo untuk orang2 miskin pun ramai juga. Macam ahli2 parlimen yang ada vellfire. Dorang solidariti. Salah ke buat macam tue sekarang neh?

Keempat. Hanya berdasarkan satu gambar, tak zoom pun, macam mana admin FOBN neh boleh tahu itu HP SAMSUNG? POWER GILE MATA KAU. Dan macam mana dia yakin itu hp baru?

Nampak?

Nampakk?

Agak2 la fitnah orang. Padahal kat page berapi2 tulis ;


Anti fitnah?

Anti fitnah dengan cara fitnah orang ka?

Anti fitnah la sangat.

KAH KAH KAH 

Yang kedua.

Lihat gambar ;


Admin FOBN sebar dengan niat nak kutuk perbuatan biadap pakcik neh. Biadap ke dia letak selipar kat poster? Bukan kat muka Najib betul2 pun. Dengan pakcik tua yang tak berdaya, takde harta benda dan kuasa pun korang nak cari pasal?

Biar la. Orang tua. Tertekan dengan masalah dan polisi double standard kat negara neh. Tak payah nak terasa sangat. Najib pun tak kecoh2, korang plak kecoh lebih2 dah kenapa? Kalau la gambar kau kat poster tue dan kena makan selipar, ingat Najib nak heran untuk bela2 kau?

BANGANG tak sudah. Reti la sedar diri woi. Dengan orang yang hopeless pun nak cari pasal. Macam takde isu jek aku tengok.

Yang ketiga.

Dia pergi sebarkan gambar kat bawah neh ;


Kat dalam posting tersebut, admin FOBN kena bash kaw2. Padan muka.

KAH KAH KAH

Untuk rekod, gambar neh kita orang dok troll kawan2 dulu yang dok tegar PR dan DSAI. Tak sangka plak si admin FOBN sanggup p sebarkan. Padahal itu isu lampau. Yang sekarang individu di atas sudah tidak tegar PR lagi. Bahkan baru2 neh DAP lapor SKMM atas kenyataan seksis seorang pensyarah UNITAR kan? Hah, facebooker itu la yang kena report. Tension kot. Ada salah faham sikit. Di pihak geng2 DAP (yang juga kawan2 aku, dorang rasa ayat politik onani itu berbaur seksis) tetapi di pihak dia pula, terma politik onani ialah salah satu terma yang terdapat dalam sains politik. Oleh kerana ini kawan vs kawan, so aku taknak masuk campur. Bikin serabut aje. Satgi campur karang aku yang kena katok. Buat bodoh dah la.

Yang keempat.

Gambar kat bawah neh aku dapat dari Papa Gomo. Laju gak aku dapat. Then aku rembat p upload kat FACEBOOK dan tag seseorang yang aku syak admin FOBN follow facebooker tersebut. Ataupun aku syak admin FOBN follow aku then mana2 posting yang aku response dia akan dapat notification automatik dia ter-update dengan jejak aku di facebook. Ataupun memang dia follow aku dan kawan aku dan beberapa individu yang dia rasa nak follow.

Gambar yang aku upload ; 
 

Dan selang beberapa minit. Sekali dia pula upload laju2 kat page FOBN. What the hell? Nampak sangat dia macam follow kami salah seorang ataupun semua.

KAH KAH KAH

FYI. Aku syak admin FOBN memang anti aku. Tak pasti semua ataupun salah seorang dari mereka. Ini kerana kemain ramai kot orang2 PR ataupun non partisan dok kritik, sindir, spam ataupun kutuk BN, dia tak delete. Atau BAN. Tapi.. aku yang baru komen sekali, itupun sekali aje, hanya sekali terus dia ban. 

Kenapa dia ban? 

Sebab dia tahu account tue aku dan dia memang sengaja nak ban aku.

Fack!

Kesimpulan dari sesi umpatan FOBN kali neh ialah bila kau nak unban aku oi setannnnnnnnnnnnnnn.. aku pun nak merapu gak kat wall ko tue.

KAH KAH KAH

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...