Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Oktober 2014

Pendedahan - Oktoberfest Untuk Tingkatkan Industri Pelancongan Selangor!

Maka, berpasang2an la kita dalam sokong menyokong antara satu lama lain. MCA dan DAP akhirnya menjalin hubungan UG. 

KAH KAH KAH

Lihat gambar ;

 
Rujukan penuh : http://www.therakyatpost.com/news/2014/10/07/oktoberfest-brewed-non-muslims-pas-umno-need-respect/

Penganjur adalah Carlsberg's Malaysia.

Disokong padu oleh kementerian pelancongan dan geng2 MCA. Dan selepas mereka memasang satu papan iklan yang sangat kontroversi, yang mana mereka semua tahu boleh mencetuskan polemik politik di negeri Selangor, papan iklan itu dicabut.

MCA maklumkan. Event itu untuk merancakkan industri pelancongan di Selangor. Atas sebab itu la geng2 DAP p sibuk jadi duta promosi kepada event tersebut. 

Elok la tue.

Geng2 BN dok anjur.
Geng2 DAP dok sokong, promote, jadi duta lagi.

Lihat gambar ;


MCA dan DAP UG. 

Ye. Jika PAS membahaskan usul berkaitan hudud. Tetiba ada mana2 wakil rakyat UMNO pun sibuk menyokong. PAS dan UMNO UG nak meranapkan PR. Tapi bila MCA dan DAP berpadu tenaga dan bersokong-sokongan antara satu sama lain dalam perkara2 yang merosakkan gaya hidup yang sihat, takde pula orang nak memekak UG.

Yang aku heran. Umat Islam sayang umat Islam aje ka? Kesihatan dan kesedaran adalah untuk semua. Sepertimana kita sayang sedara2 kita dan menegur mereka agar mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti itu la kita kena sayang non muslim agar mereka menerapkan gaya hidup yang sihat. Takpe ke mereka mampos dan mati menderita akibat arak?

Itu bukan racist dan diskriminasi kah?

Oke.

UMNO buat kilang arak. UMNO bagi lesen arak. BN dok sibuk jual arak. DAP dok sibuk promote event arak. Lepas promote p beli arak. Dan penyokong2 mereka melalak macam orang gila.

UMNO buat kilang arak, geng2 PR dok balon tak kira siang malam. Dok kutuk sultan itu sultan ini.

Tapi bila DAP sendiri dok sokong pesta arak, depa kata takpe.

Sebab DAP non muslim. Tiada masalah. Walaupun mempromosikan gaya hidup tidak sihat. Tapi dalam waktu yang sama, ko tak nampak bagaimana DAP berperanan menyokong industri kapitalis arak yang sangat mesra BN.

Pemimpin2 PAS bergambar dengan PERKASA kena kutuk kaw2. Gambar aje kot. Gambar.
Tapi bila pemimpin2 DAP dok beli / promote dan kayakan kapitalis2 arak pro BN, takde sapa2 nak pergi kutuk dan sindir ka?

Nanti bila kiraan cukai, di dapati cukai arak meningkat dari tahun ke tahun, geng2 PR juga dok memekak dan sebarkan betapa teruknya kerajaan.

Padahal yang beli arak tue geng2 PR gak.

BODOH NAK MAMPOS.

KIRAAN CUKAI dikira melalui keuntungan. Makin banyak barang dia yang ko beli, makin ko tolong kerajaan kutip cukai keuntungan hasil jualan arak banyak2. Bila dah kutip banyak2, malaon2 PR neh dok pergi kutuk BN balik. Tapi hello. Customer Carslberg, adalah pemimpin2 PR juga. Kau sedar tak kitaran dia macam mana?

Sebab tue aku nasihatkan. Fikir elok2 dulu. Letak satu pendirian yang konsisten. Apa2 hal kena tetapkan dulu pendirian kita macam mana baru sibuk dok bahas nak sokong atau taknak sokong. 

Pesta arak neh baik atau tak baik. Kalau tak baik, kenapa wakil2 rakyat dengan megah p promosi masuk dalam FB? 

Andaikata yang promosi bagai tue ialah wakil2 rakyat dari BN, agak2 PR akan sokong, terbuka ataupun kutuk kaw2?

Tanya diri sendiri la. Diri sendiri lebih jelas tentang apa yang korang sokong dan berdasarkan apa perjuangan kau kat atas dunia neh.

Aku memang takan sokong kapitalis arak neh. Tak kira la dia pro BN atau PR. Pada aku kapitalis arak telah membentuk satu cara hidup yang tidak sihat untuk merosakkan kelas masyarakat yang sihat. Selepas mereka membudayakan arak sebagai gaya hidup (atas tujuan mendapatkan keuntungan), dan rakyat terjejas dengan cara memudaratkan diri sendiri ataupun orang awam, mereka tidak akan sesekali tampil untuk bertanggungjawab. Sebaliknya mereka akan salahkan kau sebab tak ber-ahti2 dalam pengambilan alkohol. Ingat mereka nak peduli sangat ke dengan kesihatan dan tubuh badan kau. Yang mereka peduli ialah bagaimana nak merancakkan perniagaan mereka supaya lebih ramai minum arak dan membudayakan perkara tersebut atas tujuan menambahkan keuntungan dari tahun ke tahun.

Dan bila jumlah penghidap alkoholic bertambah, pejuang2 humanisme neh akan tampil melalak salahkan kerajaan. Tapi bila geng2 gila tue buat promosi pesta arak, korang sokong pula.

Dan bila penghidap2 alkoholic, terbiar, terbuang dan jadi gelandangan, kerajaan pula kena keluarkan macam2 duit, dana dan sediakan macam2 keperluan bagi membantu mereka supaya tidak merosakkan persekitaran. Dan puak2 humanisme neh juga akan melalak kata kerajaan tak peka dengan mereka. Tapi dalam waktu yang sama puak2 humanisme ini juga la yang membantu merancakkan perniagaan syarikat2 kapitalis arak. Yang mana mereka2 ini la yang menyulitkan lagi kerajaan untuk tidak menutup premis arak ataupun perniagaan berasaskan arak. Kerana industri tersebut mendapat sokongan dan rancak pula bisnes mereka.

Nampak?

Kalau bisnes takde orang, adakah peluang kerajaan dapat membuat cukai darinya?

Mereka saling tolong menolong antara satu sama lain dalam membuat kemungkaran tapi bila terjadinya masalah mereka saling salah menyalahkan pula antara satu sama lain. 

Betul kah caranya?

Kalau minyak naik, kos sara hidup meningkat, tahu pula geng2 DAP dok ajak boikot PETRONAS. Ajak boikot atas sentimen politik. Kalau boikot PETRONAS, nak isi minyak kat syarikat mana? Syarikat minyak apa pula yang dapat keuntungan nanti? Boleh proses petrol sendiri ke? Satu lagi idea bangang.

Tapi bila pemabok2 rogol anak orang, ada depa ajak boikot syarikat arak kapitalis pro BN? Minyak naik 20sen. DAP masih ada duit enjoy beli arak. Arak, ialah keperluan der? Kalau ada banyak duit beli arak, dah sah2 dorang sikit pun tak terjejas dengan kenaikan harga minyak. Sekadar pongpang2 depan media untuk raih millage politik macam hidup susah sangat padahal dalam waktu yang sama dok gila meroyan up keuntungan syarikat arak kapitalis pro BN.

Nampak tak betapa tidak konsistennya mereka dalam menentukan dasar dan hala tuju perjuangan?

Lompang. Double standard. Bias. Tidak amanah. Racist. Senget. DAP pada aku akan terus menerus melakukan agenda provokasi dua tiga tahun neh. Tahun2 terakhir PRU, mereka akan mula ambil ahti orang muslim dan berlakon jadi baik. Tiba2 masa tue LGE kata dia ikut Umar. Tiba2 ketika itu pemimpin2 DAP dok petik ayat2 Alquran. Aku tatau apa nak jadi dengan penyokong2 politician yang taksub neh. 

Banding membanding antara syaitan dengan iblis bagi mereka ialah perkara yang unik dan perlu dipilih antara syaitan dan iblis. Aku sendiri sejujurnya tidak akan ikut syaitan, dan tidak akan ikut iblis. 

Aku dah sebut banyak kali. Hidup neh memang perlu membuat pilihan. Dan tak pernah Allah paksa kau buat pilihan untuk pilih pilihan yang jahat. Kau ada pilihan untuk tidak ikut mana2 satu pilihan yang tidak baik. Kau tak perlu sokong kemungkaran PR sama seperti kau menolak kemungkaran BN. Apabila kau menolak kemungkaran BN dan PR maka itulah pilihan kau. Bukan dengan cara bila orang dedahkan kepincangan PR, kau dok tepek kemungkaran BN seolah2 memaksa masyarakat untuk membuat pilihan antara dua. Itu bukan stail akal manusia yang waras. 

Akal manusia yang waras ialah dia tolak kemungkaran atas nama kemungkaran dan apabila masyarakat itu bersatu menolak kemungkaran ada kemungkinan yang besar bahawa wakil rakyat akan mula berfikir dan bermuhasabah diri semula untuk mengkaji kelemahan masing2. Ini la pilihan yang betul. Persoalannya, berapa ramai muslim yang mahu membuat pilihan begini? Tanpa berlandaskan emosi dan sentimen kepartisan? Jika dari awal penilaian kita silap, maka pengakhiran kita juga akan terpesong. 

Renung2kan la.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...