Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 Oktober 2014

Saya Umat Islam Yang Sokong Program Pegang Anjing - JAKIM & MUFTI, Taknak Siasat Ke?


Umat Islam yang bodoh ialah umat Islam yang biarkan sentimen politik menguasai pemikiran dia berbanding menganalisa kronologi kejadian. Jika kita akalnya waras, otaknya cerdik, maka kita dapat tangkap sekali imbas bagaimana UMNO telah menggunakan isu anjing untuk menyerang pembangkang di Selangor.

Akidah tidak pernah menjadi penanda aras kepada UMNO dalam mengambil apa2 tindakan. Jika agama ialah guideline, kau takan nampak kasino dan kilang arak di Malaysia. Bahkan kelab malam dan amalan riba juga sesuatu yang mustahil di negara ini jika AGAMA ialah penentu kepada setiap keputusan yang diambil oleh pentadbiran di negara ini.

Kenapa benci sangat pada program I want to touch a dog?

Kerana sentimen. Ada pelbagai orang yang datang dengan pelbagai alasan.

- PAS dengan alasan nanti program neh jadi pembuka jalan kepada program maksiat yang lain.

- Umat Islam dengan alasan sindir dan perli. Ada yang sebut tentang kesihatan. Ada yang cakap tentang keselamatan. Tak kurang yang mengutuk kenapa taknak pegang anjing terbiar.

- Ada yang trolling dengan program i want to touch babi la, bra la, tetek la dan blabla..

Dorang semua neh mis-informed. Missing the real reason. Setiap kebencian, kalau ia perlu pun untuk benci program neh sekurang2nya faham dulu perkara sebenar sebelum tuduh melulu. 

Program ini bagus dan betul pada aku.

Ia untuk mendidik umat Islam apa itu perspektif anjing dalam sudut ISLAM. Bukan anjing yang Allah cipta itu Allah suruh kita benci. Allah tak suruh kita benci anjing. Tapi ada perkara2 yang berkaitan anjing yang perlu kita ambek peduli atas nama kesihatan, kebersihan dan keselamatan.

Dengan mengetahui akan perkara2 yang dianjurkan oleh Allah berkenaan perihal anjing, maka kita tahu bagaimana patut kita uruskan product ciptaan Allah itu. Pengurusan yang betul tentang anjing akan mematikan salah faham dan kebencian melulu (tanpa pengetahuan) kita tentang anjing.


Kepada PAS.

Program pegang anjing takan jadi pembuka jalan kepada maksiat. Pembuka jalan kepada maksiat ialah mereka yang sembunyikan kemungkaran dan penyelewengan dalam parti sendiri seperti PAS. Bila kita gagal bersihkan dan betulkan kesilapan parti kita, itu adalah pembuka jalan kepada maksiat dan kejahatan kerana PAS mendorong orang ramai untuk undi PAS dengan bertopeng agama & memperdayakan masyarakat konon2nya kita pejuang agama tapi hakikatnya kita tak seperti yang kita cuba gambarkan pada orang awam. Orang2 awam yang terpedaya akan berperang dengan orang2 awam yang tidak terpedaya dan kita membuka jalan kepada permusuhan atas kemungkaran yang kita cuba tutup dalam parti kita.

Itu lebih teruk. Bahkan sangat teruk. Terlalu teruk. Kita tipu orang dengan nama Allah. Kita tipu orang dengan jual agama. Kita lakonkan watak depan orang seolah2 kita neh betul tapi hakikatnya kita tak betul. Kita munafiq. Kita hipokrit. Kita jual Islam untuk raih undi dan sokongan. 

Kepada UMNO dan mufti pelbagai negeri yang perasan alim nak mampos ;

Berhenti berpura2. Ia terlalu meluat untuk aku tenung sekalipun. Kerana terlalu lama. Semua tahu. Secara fakta. Hakikat. Dan realiti. Akidah bukan pakaian korang. Tak perlu tunjuk bagus dalam isu anjing sedangkan kemungkaran sebenar pun korang buat2 buta. Pegang anjing bukan kemungkaran. Ia adalah satu tindakan. Dan bagaimana tindakan itu akan memutuskan proses seterusnya adalah merujuk kepada kronologi tindakan itu berdasarkan kepada perkara2 yang telah diputuskan mengikut hukum Islam. Itu saja. Tapi rasuah, ialah kemungkaran. Riba, juga adalah kemungkaran. Kelab malam. Judi. Kasino. Judi lumba kuda. Jual arak secara terbuka. Pengadilan yang mendiskriminasi taraf. Itu semua kemungkaran. Tapi itu semua korang tak benci kuat2 macam kau semua benci anjing.

Korang semua benci orang yang pegang anjing sebab yang pegang itu rakyat. Rakyat. Rakyat yang berada di tangga paling bawah. Rakyat entiti yang paling senang kena bashing, kena hukum, kena tuduh, kena label kerana RAKYAT.

Cuba kalau yang pegang anjing tu Najib? Ataupun sultan. Ada tak korang semua nak memekak? Takan memekak. Beza rakyat dengan pemimpin ialah meletakkan seseorang di posisi tertentu. Rakyat takde kemampuan untuk letakkan siapa yang patut jadi mufti. Rakyat cuma ada kemampuan untuk mengundi pemimpin aje di negara ini. Atas sebab kemampuan yang terhad itulah rakyat kena buli dengan semua jenis parti politik. Dan kepada rakyat juga la yang harus dipersalahkan kerana mereka tak sedar betapa teruknya mereka dibuli kat negara neh.

Kita tengok banyak kali gambar anak sultan minum arak. Kita ada tengok video sultan menganjurkan majlis hari jadi dengan arak. Kita tengok ada kasino besar di Pahang. Kita tahu akan ada pembinaan kasino kedua atas nama pelaburan dan pelancongan. Kita nampak kelab malam bersepah. Tapi kita semua buat2 tatau perkara2 itu adalah lebih berat kesannya dalam masyarakat kita berbanding pegang anjing. Jika kita buat2 tau ko ingat mufti ada masa nak peduli tentang program pegang anjing? Baik dia pergi bashing ketua agama Islam yang memalukan nama jawatan lagi bagus.

Bila kita jual arak secara terbuka, dan tanpa kawalan. Anak2 kita dan anak2 kawan kita, anak2 jiran kita, anak2 adik beradik kita, anak2 sedara mara kita semua berisiko mendapatkan arak dan minum sehingga mendedahkan kepada kemungkinan menghilangkan kewarasan akal fikiran mereka yang mengakibatkan mendorong kepada tindakan yang di luar kawalan. Contoh kes atlet yang rogol pegawai SUKMA baru2 neh. Mereka semua adik2 yang masih muda remaja. Usia muda mereka mungkin pendorong kepada kegagalan untuk nafsu. Tapi jangan double standard. Ia adalah diri kita yang membenarkan keadaan itu kerana buat tatau aje dengan penjualan arak secara terbuka. Bukan kah ke begitu?

Undang2 tidak wujud kerana rakyat suka berbuat kebaikan. Ia wujud kerana rakyat memang cenderung melakukan kesalahan. Apa perkara yang kita buat untuk melindungi anak2 kita dari terjebak dengan semua kemungkaran2 itu? Oke. Anjing haram. Jangan dekat. Jangan pegang. Sila benci sampai mati. Ia berdosa besar. Dan kalau ko pegang, sila bertaubat nasuha.

Ini berlaku di Malaysia dan perkara ini sangat2 buat aku meluat. Meluat sampai taktau nak cakap macam mana dia punya meluat. Pokoknya aku memang meluat sebab kita gagal pecahkan, asingkan, tentukan apa perkara yang penting, wajib, patut kita cegah dan perbetulkan terlebih dahulu berbanding perihal anjing yang sebenarnya ia bukan la isu apa pun.

Kau cakap umat Islam yang pegang anjing2 comel mereka mengada2. Berapa ramai yang sanggup pegang ular? Berapa ramai yang sanggup pegang katak (untuk rekod aku pernah pegang ular dan katak)? Ko boleh geli dengan cacing. Ko boleh geli dengan buaya. Ko boleh geli dengan ulat? Orang lain tak boleh geli dengan anjing yang kotor? Orang lain tak boleh geli dengan anjing liar dan terbiar?

NAMPAK TAK BETAPA DISKRIMINASI DAN BIASNYA KORANG DALAM MEMBUAT HUKUMAN?

Konteks anjing liar dan terbiar. Jangan la salah faham. Ia tak boleh berlaku kat negara neh. Ia salah penguatkuasa. Mereka perlu diuruskan secara sistematik. Kita semua neh dah merampas habitat mereka. Kita musnahkan hutan. Kita bina rumah kita. Dalam masa yang sama, kita merampas rumah mereka. Dan bila mereka terbiar, kita benci, kutuk, tindas, ejek dan sindir. Itula kita. Manusia. 

Anjing2 tak boleh dibiarkan menjadi liar dan terbiar kerana ia boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang awam. Tak aneh mereka risau untuk dekat. Tapi untuk anjing yang dijaga, jika orang pegang ia bukan perkara yang pelik kerana mereka terjaga. Bersih. Lain la kalau ko tahu bagaimana nak menguruskan anjing2 yang terbiar. Maka memang la berani kau pegang atas sebab ilmu yang ada atas diri kau. Jika kau takde ilmu usah kata nak uruskan anjing, nak makan nasi pun belum tentu ko tahu.

Bukan kah begitu?

Lepas tue berlakon macam sayang Islam lebih2. Kononnya nak jaga akidah la sangat. Aku bukan pejuang Islam. Dan aku tak selesa nak mengaku begitu sebab memang bukan begitu pun. Aku tak la begitu cintakan Islam. Aku bukan berbangga tetapi aku mahu merealitikan sikap sebenar aku. Hanya jika aku berani terima realiti maka baru la aku tahu apakah ubat sebenar untuk membantu aku. Tak guna aku tipu diri aku, sebab Allah takan tertipu. Ada banyak tindakan2 aku yang sangat contradiks dari apa yang sepatutnya di anjurkan Islam dan ini perkara yang aku kena akui. Aku memang tak begitu cintakan Islam. Aku sedang mencari jalan bagaimana bukan saja perlu cinta bahkan faham serta amal apa perkara2 yang terkandung dalam Islam.

Itulah aku. Aku sedang mencari destinasi. Perjelaskan kefahaman. Jika salah, aku mahu ditunjukkan arah yang benar.

Sebab tue aku tak boleh terima umat Islam yang beria2 lawan isu anjing tapi meninggalkan kemungkaran sebenar yang kita sepatutnya kena lawan pagi petang siang malam tanpa henti. Kerana mereka penipu. Mereka penjual agama. Mereka bising atas nama sentimen politik dan menjaga kepentingan. Mereka tidak bermula dengan akidah. Islam bukan matlamat mereka. Mereka heret nama Allah sana sini hanya untuk tunjuk macam mereka tue betul.

Ini kerana. Jika kau benar2 cintakan Islam dan bencikan kemungkaran kenapa kau tak lawan benda yang terbukti jelas, salah, haram, berdosa dalam Islam berbanding PEGANG ANJING?

Hal berkenaan anjing mempunyai pelbagai pandangan dan ianya diraikan. Ia. Diraikan. Maksudnya ko tak boleh paksa orang untuk ikut apa yang ko sangka betul. Ia adalah hak setiap orang untuk ikut mana2 pandangan yang mereka mahu akur kepadanya.  

Jika kau mahu melawan. Dan perlu untuk melawan.

Kau lawan kasino tue dulu. Cakap banyak jangan. Lawan dulu rasuah dan penyelewengan dalam agensi kerajaan. Kembalikan hak rakyat tertindas. Betulkan perkara2 yang rosak kat negara neh ikut tangga kepentingan. Ada terlalu banyak penganiayaan dan perkara2 yang menyedihkan berlaku kat negara neh namun tidak mendapat perhatian yang begitu ketara berbanding isu2 tertentu. Orang susah dan tertindas kat negara neh bersepah. Ada orang yang bekerja tapi tak dapat gaji dekat 3 bulan. Masuk paper pun mufti buat tak peduli. Aku tatau nak tolong dorang semua macam mana. Dan aku marah diri aku kerana aku bukan pemimpin. Macam mana nak dorang nak bayar bil. Nak bayar duit makan. Nak tanggung anak. Bayar ansurans. Owh lupa. Mereka hanyalah pekerja yang mengutip sampah sarap kita. Jadi jangan la kita simpati atau kesian. Nanti settle la masalah tu. Kalau perlu, tunggu mereka mati baru kita buat2 simpati. Jika perlu, tunggu mereka merompak untuk makan, maka baru2 kita buat2 peduli dan cari jalan macam mana nak bashing kerajaan dalam hal berkenaan. Itulah kita. Diskriminasi dan bias gila.

Ia terlalu menyakitkan ahti aku untuk melihat kita tak bergaduh bagai nak rak demi mencari jalan untuk membantu yang tertindas, menyelamatkan yang terjejas, ataupun menghulurkan tangan pada yang memerlukan. Sebaliknya kita hanya bergaduh tentang anjing. Anjing. Dan anjing. Sampai bila atau apa benda yang aku boleh buat untuk ubah pemikiran korang bahawa di luar sana terdapat banyak perkara yang perlu diberikan perhatian yang khusus daripada korang semua memekak pasal anjing? 

Tolongla beri petunjuk. Tanpa kenakan faedah. Tanpa kenakan riba. Jika sekalipun kau mahu menuntut bayaran.

Kbai.  


http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/523925-menyentuh-anjing-hukumnya-haram-itu-kesimpulan-yang-cetek-dr-asri.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...