Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 Oktober 2014

10 Kebaikan Program Pegang Anjing Yang Umat Islam Mesti Tahu.


Baru2 neh program I Want To Touch A Dog (IWTTAD) telah mendapat kecaman dan kritikan melampau dari pejuang2 Islam (sekumpulan manusia yang tunjuk alim depan orang ramai untuk bajet bagus) dan berikutan itu ramai pihak mahu tindakan keras di ambil ke atas penganjur.

- Yang suruh taubat kaw2 pun ada

- Yang hukum melampau pun ada.

- Yang tuduh orang pegang anjing ada masalah akidah  pun ada.

- Yang nak siasat dan ambil tindakan tegas pun ada.

- Yang nak bunuh dan ugut macam2 pun ada.

- Yang kena label liberal, sesat, fikir guna akal, blbalbal pun ada.

Antara isi kandungan program I Want To Touch A dog yang mendapat kecaman orang ramai ialah ;

- Menerangkan pandangan Islam tentang anjing. Dari segi kesihatan, kebersihan dan keselamatan.

- Menerangan kepelbagaian pandangan ulama2 Islam tentang anjing.

- Menganjurkan sesi soal jawab berhubung masalah berkenaan anjing dan bagaimana umat Islam harus menanggani anjing.

- Mengajar tentang kaedah sertu yang betul.

- Memberikan ruang kepada umat Islam yang risau, takut dengan anjing untuk mendekati anjing bagi memecahkan tembok fobia dan diskriminasi.

- Memberikan peluang kepada non muslim (yang bawa anjing2 peliharaan mereka) untuk memahami persepktif Islam tentang anjing dan kenapa sesetengah umat Islam memilih untuk menjauhi anjing.

- Memberikan peluang kepada muslim dan non muslim untuk saling faham memahami kepelbagaian hukum mengenai perihal anjing dan mematahkan salah faham non muslim yang kononnya Islam menganjurkan untuk benci anjing.

- Mendekatkan rakyat Malaysia yang berbeza agama dan bangsa untuk saling faham memahami mengenai cara hidup masing2.

- Memberikan peluang kepada umat Islam yang mahu membela anjing atas sesuatu tujuan (bukan sebagai haiwan peliharaan) untuk lebih memahami bagaimana dia harus menguruskan anjing agar konsep kesihatan, keselamatan dan kebersihan dapat dipatuhi selaras dengan apa yang Islam anjurkan.

Inila antara isi kandungan program yang buat orang marah. Lebih tepat. Orang Islam marah. Atau lebih lebih lebih tepat. UMAT ISLAM YANG BAJET ALIM. Marah.

Berikut adalah 10 kebaikan program pegang anjing yang perlu diketahui. Oleh kerana dia ada banyak kebaikan aku syorkan anjur tiap2 bulan di setiap negeri. Lagi ramai umat Islam yang tersentap tanpa usul periksa lagi bagus. Syiah. Komunis. Yahudi. Dan kini anjing. Benda yang umat Islam fobia. BEST KOT.

KAH KAH KAH

1. Program ini bagus sebab membuka mata rakyat betapa agensi2 penguatkuasa berkaitan agama bersikap double stantard dalam melaksanakan tindakan. Hal berkaitan rakyat ada je masalah di mata mereka. Selagi mana ia tak menyentuh golongan tertinggi di negara neh. Kalau hal ketua agama Islam anjurkan majlis hari jadi arak. Pergh. Krik krik krik.

2. Program ini bagus sebab membuktikan mufti2 di negara ini bersekedudukan dengan pemimpin tanpa kira betul atau salah sebaliknya mengabaikan rakyat walaupun dalam banyak hal tindakan rakyat adalah betul berbanding tindakan pemimpin.

3. Program ini bagus sebab mengalakkan perbahasan mengenai hukum dan pandangan Islam mengenai anjing. Sekaligus membantu kita mendalami, memahami dan memperkemaskan ilmu kita tentang Islam dari masa ke masa.

4. Program ini bagus sebab kita melihat ramai ulama2 yang tampil berhujah menyatakan terdapat kepelbagaian pandangan dalam Islam. Dan kepelbagaian itu harus diwajarkan secara terbuka seperti yang dianjurkan oleh MAZA dan UZAR.

5. Program ini bagus kerana kita melihat terdapatnya umat islam yang bersikap double standard dalam meraikan kepelbagaian. Kalau dalam hiburan, untuk halalkan tindakan sesetengah pihak, mereka bersikap terbuka meraikan pandangan dalam Maliki. Tapi kalau dalam perihal anjing, mereka menganggap kita murtad dan sesat kerana ikut pandangan Maliki. Jika 4 mazhab yang diiktirafkan oleh ulama Islam adalah sebahagian dari Islam kenapa ia menjadi satu masalah untuk sesetengah umat Islam mengamalkan salah satu mazhab darinya? Shafie' pun tak paksa orang ambil pandangan dia dan siapa pula penganut Shafie' untuk paksa kita amal apa yang dianjurkan oleh Shafie'?

6. Program ini bagus kerana mendedahkan kepada masyarakat bahawa hal2 picisan dan remeh seringkali mendapat tempat di media atas sebab itulah yang majoriti masyarakat inginkan. Mereka salahkan media yang lapor tetapi media juga bukan bodoh untuk terus lapor dan lapor isu2 yang tak mendatangkan hits ataupun pulangan yang tinggi dari segi feedback. Media lapor apa yang pembaca mahu. Pembaca mahu cerita bodoh kerana majoritinya masyarakat di negara neh memang bodoh.

7. Terdapat ramai aktivis yang sebar dan upload gambar2 perkampungan Chubadak hampir kena roboh, DBKL nak robohkan rumah, rumah baru  TAK diberi, pampasan tiada, main halau orang macam halau binatang2, tapi masyarakat tak peduli, JAKIM tak peduli, MAIS tak peduli, segala macam agensi penguatkuasa agama tak peduli, pejuang2 Islamis pun tak peduli, takde fatwa, takde kecaman, takde kritikan, media pun tak peduli, semua tak peduli. Sebab? Hukum orang yang pegang anjing lebih bermanfaat dari membantu umat yang tertindas. Itu perangai umat Islam Malaysia. Bagus kerana kita dapat lihat patern masyarakat kita berfikir.

8. Kegagalan umat Islam untuk analisa baik dan buruk satu2 perkara dengan tepat kerana kegagalan mereka untuk memahami apakah perkara2 yang mungkar ataupun apakah perkara2 yang khilaf dalam Islam. Dalam Islam. Bina kasino adalah perkara yang mungkar. Terbukti. Judi tidak ada tempat dalam Islam. Takde khilaf. Cari la ruang kebaikan judi waima atas nama mengutip cukai pun salah kerana ia menyuruh manusia untuk buang duit tanpa sebab, tanpa kerja keras dan menguntungkan kapitalis. Tapi penentangan dan perlawanan mereka terhadap kasino sangat kurang, sangat tidak mengalakkan, sangat tidak mendapat perhatian berbanding melawan umat Islam yang pegang anjing. Bagus. Kerana akhirnya kita tahu masalah sebenar kita mendapat pemimpin yang bodoh bermula dari rakyat yang bodoh.

9. Program ini juga bagus kerana akhirnya kita tahu apa2 perkara yang berkaitan perbezaan agama ataupun bangsa akan terus dijadikan alat politik untuk pemecahbelah bagi mengekalkan kekuasaan BARISAN NASIONAL.

10. Program ini juga tersangatlah bagus kerana kita nampak betapa mudahnya masyarakat muslim terperangkap dengan propaganda bajet alim geng2 UMNO. Beria2nya geng2 UMNO dok sembang bab hukum agama bila berkaitan anjing tapi bab judi, bab fitnah, bab menindas rakyat, bab kapitalis, bab polisi berat sebelah, bab penyelewengan, bab rasuah, bab ketidakadilan, dorang campak hukum Islam ke mana2 hala tah. Mereka hanya guna Islam bila mereka mahu. Islam ialah perhiasan untuk mencantikkan hujah. Islam adalah display untuk bajet alim. Dan ramai la malaon2 yang terperangkap dengan propaganda UMNO dalam mempolitikkan program anjing konon2nya atas nama agama. Ini buktinya malaon2 muslim senang kena jual beli hanya perlu selit2 dengan unsur2 islamis untuk memperdayakan dorang.

PERGH.

Aku rasa nak jual agama juga la. BORING kena maki kot. Buat2 alim dan dapat pujian pun bagus juga.

KAH KAH KAH

Apa2 pun teruskan sokong program pegang anjing. Pegang anjing bukan buat benda mungkar. Benda mungkar tue ialah kutip zakat tapi tak agih dengan telus, amalkan polisi double standard yang menindas rakyat miskin, amalkan rasuah dalam pentadbiran, tutup penyelewengan pemimpin2 negara, bazirkan wang rakyat untuk projek gajah putih atas nama nak mengkayakan kroni, agihan tender yang tidak telus dan tidak amanah, jual rumah mahal2 demi kayakan kapitalis dan mendapatkan cukai tinggi, menindas rakyat dengan undang2 yang berpihak dan macam2 lagi kemungkaran yang BARISAN NASIONAL buat kat negara neh. Setakat pegang anjing pun lue semua memekak. Pegang. Cium. Peluk. Pun tak guna tubuh badan lue. Itupun nak kecoh. Teruskan pegang anjing.

KAH KAH KAH

Kbai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...