Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Oktober 2014

Ibu Dyana Tampil Jelaskan Zairil Bukan Kekasih Dyana, FB Dyana & Zairil Kena Serang.


Susulan kes penyebaran gambar2 yang mirip Dyana dan Zairil.

- Ibu Dyana tampil menafikan Zairil kekasih Dyana. Dyana ada seseorang tetapi bukan Zairil. Dan ibu Dyana percaya gambar2 yang tersebar itu bukanla Dyana. Sebaliknya gambar2 palsu bagi mencemarkan maruah Dyana.

- Sehingga kini Dyana & Zairil belum membuat laporan polis secara rasmi (ketika artikel ini ditulis).

- Sekadar cadangan. Apa kata Dyana & Zairil buat laporan polis terlebih dahulu.

- Dan biar polis jalankan siasatan. Bila siasatan berjalan baru la boleh buktikan gambar2 tue palsu. Kalau tak orang akan memperkatakan ia.

- Macam di facebook Dyana & Zairil. Dah mula menjadi sasaran untuk serangan.

- Ada yang suruh sumpah laknat. Ada yang suruh kawin segera la. Apa la.

- Bagi aku hal neh antara dua orang punya fucking mucking. Kalau betul sekalipun, kalau betul, dan dorang terperangkap atas nama kecanggihan teknologi, bagi aku itu urusan dorang dan dorang perlu selesaikan tanpa campur tangan orang luar. Bukan dorang berbangga2 nak upload. Atau sebar.

- Kalau tak betul? Fitnah? Buat laporan polis sudah. Biar polis jalankan siasatan. Kalau polis yang tak siasat sampai bagi satu keputusan yang pasti kepada polis la dorang kena serang. Sebab Dyana & Zairil dah patuhi ruang undang2 untuk bersihkan nama dan maruah mereka.

PETALING JAYA: "Saya tahu siapa cinta hati Dyana, tetapi bukan Zairil."

Demikian kata Yammy Samat, ibu kepada bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika diminta mengulas mengenai insiden penyebaran gambar intim anaknya itu dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, pagi Ahad.


Yammy berkata, beliau tahu sejauh mana hubungan Zairil dan Dyana yang disifatkan tidak lebih daripada sekadar teman rapat di dalam DAP.
  "Memang mereka rapat tetapi tidak lebih daripada sekadar rakan seperjuangan di dalam parti. Mereka tidak bercinta," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

 
Malah, Yammy juga yakin gambar tersebut adalah palsu dan sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier anaknya.
  "Sebagai seorang ibu, saya percaya itu bukan Dyana. Gambar seumpama itu juga pernah tersebar semasa Dyana bertanding di Teluk Intan," katanya.

 
Yammy berkata, beliau tidak marah dengan tindakan tersebut tetapi menganggap ia cabaran yang perlu diharungi Dyana sebagai individu yang bergelar ahli politik.

"Saya tidak marah. Apabila sudah jadi ahli politik dia (Dyana) perlu mengharungi semua fitnah yang dilemparkan. Yang penting dia  perlu tenang dan berjuang mengharunginya," kata Yammy.

 
Pada Ahad, gambar memaparkan aksi mesra dan intim di antara Zairil dan Dyana yang tersebar di laman sosial menjadi viral sejak awal pagi Ahad.

 
Menyedari ia mula mendapat perhatian ramai, akhirnya kedua-dua individu terlibat memberi maklum balas berhubung perkara itu.
  Zairil menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik politik kotor untuk menjatuhkan karier mereka.

 
Sementara itu, Dyana pula berkata, tindakan itu amat menjijikkan dan menyifatkan ia perbuatan politik kotor yang sering digunakan terhadap pembangkang.
  "Sebagai seorang wanita, saya sering menjadi sasaran. Saya amat marah," katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...