Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 September 2014

Video Polis Mengamuk - Wanita Mengandung Kena Marah KAW2 [Video Inside]

Apa yang berlaku?

Seorang wanita mengandung dimarah oleh polis kaw2 disebabkan wanita tersebut bersuara untuk membela hak adiknya dalam satu siasatan.

Hak ala. 

Marah sangat pegawai polis kita neh. Siap tutup pintu bagai. Marah depan2 orang. Ada ka patut. Kalau la ada sesuatu yang salah, cakap la elok2. Tapi betul kah ada sesuatu yang salah?

Baikla.

Jom kita fahamkan isu. 

Kronologi.



Ini puncannya.




Mengenai Ali Abdul Jalil yang dikenakan 8 tuduhan dibawah akta hasutan. Kali neh dibawa ke Johor Bharu. Ketika berada di JB, agak kelam kabut juga family Ali untuk mendapatkan lokasi sebenar Ali ditahan.

Segala2nya penuh misteri hanya semata2 nak mendapatkan lokasi sebenar dia ditahan.


Nak tahu kenapa keluarga Ali dan kawan2nya sangat risau tentang Ali apabila dia berada di Johor? Baca sini.



Jangan tahu nak kondem orang aje. Kami taknak dia jadi mangsa belasahan pihak2 tertentu yang berkuasa. Sudah ada pengalaman negatif yang berlaku ke atas kembar Ali, Ahmad. Sebab tue dalam kes Ali, taknak perkara sama berulang.

Merujuk dalam screenshot di atas, maksud Asiah yang sebenarnya bila dia sebut, saya cabar ialah dia bersuara dengan berhujah melawan polis bahawa tindakan polis itu salah dari segi peruntukan undang2.

Ali, perlu disoalsiasat sehingga 112 soalan. Dan polis tidak mahu peguam berada disisi Ali sepanjang soalsiasat berjalan. Ini yang Asiah berhujah dengan polis. Hujah punya hujah punya hujah, alih2 polis pun terpaksa akur sebab ini undang2. Then kak Asiah pun kongsi la pengalaman dia di facebook.

Entah macam mana, pegawai polis tue baca dan tiba2 marah kat kak Asiah dalam balai. What the hell.

Lihat video ;
   

Dengan tak semena2nya menengking wanita mengandung di hadapan orang ramai. Kot ye pun marah sebab ketua dia diperkatakan dalam facebook, kenapa nak marah kak Asiah? Patutnya tuan Yusoff la marah dia. Apsal pula orang lain yang marah dia? Ke, dia dihantar oleh tuan Yusoff untuk marah kak Asiah?

Dalam hari yang sama, terdapat juga satu insiden yang membabitkan Ali. Ali kena marah dalam bilik. Keluarga Ali terdengar. Itu yang dorang mempersoalkan tindakan pegawai tersebut.

Lihat ;


Yang si pegawai boleh pula bangga2 cakap adik awak nak kencing saya bagi dia kencing. 

Hak ala.

Dalam lokap nak kencing pun tak boleh ka? Punya la teruk.

Harus diingat. Ali bukan penjenayah. Bukan pesalah. Ali ialah suspect saja. Yang belum terbukti bersalah. Ali bukan perompak bukan juga perogol. Dia hanya bersuara mempertahankan hak rakyat tertindas dan dizalimi. Sebab tue mana2 mistreatment yang berlaku ke atas Ali, adalah salah. Dia bukan penjenayah dari mula. Tengking ke marah ke apa ke tidak patut berlaku ke atas dia. Bahkan dia sebenarnya adalah wira rakyat kena berani bersuara terang2 akan penindasan dan diskriminasi yang berlaku kat negara ini. Ramai orang lebih suka pakai topeng. Depan rakyat kemain lagi tunjuk berani, tunjuk hebat. Tapi bila disuruh melawan betul2, tahu pula takut. Nak bersuara kat facebook pun teragak2. Nak bercakap berani pun fikir sejuta kali. Ada orang jadi wakil kita, bukan saja ada pihak2 tertentu neh tak support bahkan kutuk dia lagi ada.

Kau ingat, sultan2 nak heran dengan kau punya bekap?

Dorang dah ada banyak bekap. Kemas lagi. Berbayar lagi. Kau nak masuk dalam list bekaping buat apa?

Istana kau besar sangat ke? Kalau dah namanya saf rakyat buat la cara macam saf rakyat. Saf rakyat datang kepada rakyat la. Saf rakyat bekap rakyat la. Rakyat tengah dizalimi. Kau duduk bersama penzalim macam la si penzalim nak bekap kau bila ko susah nanti. Balik2 bila kena tindas saf2 rakyat ini la yang akan terpekik terlolong kat demo kena maki kena kutuk kena marah apa semua jadi mark dan aim polis demi kau. Ini pun orang buat ikhlas bukan dapat bayaran satu sen dari saf rakyat. Kepentingan jauh sekali. Bagi sokongan moral pun kemain berkira bila babitkan hak2 rakyat tertindas ya. Pergh. Dasat kau.

Lagi satu. Soal siasat Ali di Johor melibatkan satu laporan polis oleh penulis blog anti-pkr blogspot. Hanya mengambil statement pihak A (pengadu) dan kemudian pihak polis tangkap pihak B (Ali). Apa logiknya disitu?

Laporan dibuat pada tahun 2013. Kenapa tiba2 polis mengaitkan dengan Ali pada tahun 2014? Nampak tak ada sesuatu yang tak kena kat sini?

Dan, selepas Ahmad dan Ali, tetiba ada pihak cuba mengheret kak Asiah pula untuk dizalimi oleh undang2 akta hasutan.

Rujuk ;

Otak letak kat lutut macam neh la. Bukan kak Asiah tue hasut lebih ramai orang benci entiti sultan atau sosok tubuh. Tapi dia bercakap tentang kebenaran, hakikat dan fakta bahawa monarki di Malaysia tidak berperanan. Aku malas nak ulas lagi pasal tue. Boleh faham kenapa aku cakap macam tue kat sini dan sini.

Cuba belajar untuk peduli dulu kenapa orang menolak monarki. Bukan untuk terus hukum, herdik, benci, dakwa ataupun menfitnah orang.

TOLOL!

Dasar umat Islam yang tolol. Sultan itu tiada daulah ataupun tulah. Sultan itu bukan keturunan. Ia hanyalah pangkat ciptaan manusia. Raja dalam dunia ialah Allah. Dulu begitu. Hari ini begitu. Dan sampai kita semua mati pun akan kekal begitu. Dalam Islam, kita diajar tentang ciptaan manusia pertama yang bernama Adam. Adam bukannya raja. Allah ciptakan Adam, dan Adam adalah dari kalangan manusia yang biasa. Bukan raja, bukan orang kaya sebab Allah tak ciptakan Adam dengan mencipta istana, rumah besar atau diletakkan pakaian yang mahal2 untuk Adam juga. Yang mana kita sebagai manusia perlu mengambil pengajaran dan iktibar dari penciptaan Adam dan Hawa.

Kita imbas kembali mereka2 yang diangkat menjadi nabi juga di kalangan mereka yang berfikir. Bukan di kalangan mereka yang gila kuasa dan harta.

Bahkan Nabi Sulaiman sekalipun adalah di kalangan raja yang adil. Ada raja yang membelanjakan duit rakyat untuk memenuhi keperluan peribadi di angkat menjadi nabi? Ada?

Takde.

Garis panduan dah jelas Allah bagi.

Yang mana kita kena ikut. Yang mana kita kena tolak. Bukan berpandukan emosi kau semata2. Kau boleh sayang manusia, kau boleh sayang sistem, kau boleh hormat atau puji mana2 pemimpin yang kau sukai, tapi atas dasar apa kau nak memuja mereka melampaui daripada apa yang Allah anjurkan terhadap kau?

Baik dan jahat jelas terpisah dalam Islam. Dan jelas diajarkan kepada kau dalam Islam. Tak suka macam mana sekalipun, kau kena ingat jangan sampai apa yang kau pertahankan melebihi dari apa yang Allah anjurkan pada kau. Bila manusia belajar menolak penindasan itu kau kata dia menghasut dan salah, kau memang bodoh. Menolak penindasan adalah sesuatu yang Islam dokong. Hanya orang Islam yang bodoh saja yang akan beranggapan menolak penindasan ialah satu kesalahan. 

Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...