Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 September 2014

Ulama Bukan Tuhan - Ahli Politik Bukan Tuhan - Rakyat Bukan Tuhan - Tuhan Itu Allah.

Ulama bukan tuhan.




Geng2 ulama tidak pernah dilantik secara rasmi menjadi tuhan oleh tuhan. Geng2 ulama mungkin tuhan kepada pengikut2 setia mereka tapi mereka tetap bukan tuhan secara hakikatnya.

Semenjak terjadinya krisis MB di Selangor, menyaksikan ramai orang berani mengkritik PAS. PAS ialah parti penjual agama. Ianya fakta. Hakikat. Tepat. Bukan cakap sebarang cakap. Kita cakap berdasarkan rentetan peristiwa yang terjadi.

Tak payah kita tengok jauh, kita tengok dekat.
Tak payah kita buka citer silam, kita buka kisah sekarang.

Sanusi ada buat pendedahan.
Satu Malaysia tahu.
Ia tersebar di facebook, wassap dan blog.

PAS tak nafi.
Sanusi pun tak nafi.
PKR jauh sekali nak menafi.
DAP apatah lagi.

Bila tak nafi maka tak salah kita anggap pendedahan itu betul. Bila dah terbukti betul, apa parti yang dok pongpang2 pasal agama neh buat?

Takde. Tindakan membetulkan takde. Tindakan menghukum takde. Tindakan muhasabah diri pun takde. Baik dari PAS ataupun NGO baru dari ahli2 PASma kononnya bersikap progresif.

Progresif kepala lancau kau.

Korang semua sekufu, senada bila ia babitkan salah laku dalam parti masing2 ataupun parti komponen lawan. Maka, apa progresifnya disitu? No progresif. Hanya kepala lancau.

Yang orang tak faham. Kritik Hadi bukan bermaksud mempersoalkan amalan2 dia kepada Allah. Pengasingan perlu dibuat. Jangan main tuduh sebarangan.

Hadi ialah orang yang baik.
Baik dia tak tinggal solat.
Hadi pandai dan arif dalam bidang agama.
Tapi Hadi tidak perform sebagai presiden kepada parti Islam.
Hadi gagal mainkan peranan untuk membetulkan keadaan.
Hadi gagal membawa PAS ke arah yang lebih baik.
Hadi juga gagal untuk menyediakan solusi kepada permasalahan rakyat.

Satu2 isu selalu dibahas ikut cuaca. Time hujan, turun hujan. Time panas, maka ia panas. Adakah ini betul?

Sepatutnya masalah2 rakyat perlu dibahaskan secara konsisten, setiap masa dan paling penting bahas sampai kita temui titik penyelesaian dan bersama2 bergerak ke arah itu.

Hadi. Gagal. PAS gagal memainkan peranan itu.

Tapi bukan hanya Hadi saja yang gagal. Hadi tidak solo. Hadi ada patner. Patner gagal Hadi adalah Mat Sabu.

Mat Sabu bukan ulama. Dan dia juga bukan tuhan walau dia bukan ulama.

Ahli politik bukan tuhan.

Mat Sabu juga gagal membentuk PAS agar menyediakan solusi kepada permasalahan2 rakyat. Yang lebih bodoh dari itu ialah orang2 yang menjadikan Mat Sabu hero. Watak utama. Ataupun tajuk perjuangan. 

Mat Sabu bukan hero. Bahaskan isu Mat Indera tak menjadikan dia hero. Dia hanya pencetus. Hero ialah mereka yang menyediakan solusi kepada rakyat yang menghadapi masalah ketika ini. Aku tatau kalau citer Mat Indera boleh bayar bil rumah kau ataupun bantu kau lawan GST.

Aku juga tatau kalau sebarkan gambar Mat Sabu naik teksi boleh bantu kau beli rumah. Aku tatau.

Tapi. Kalau ahli politik turun pandang, bantu penduduk, memang boleh selesaikan masalah.

Kalau ahli politik berhujah dan berdebat lawan isu GST, memang boleh mendekati kepada solusi. 

Kalau ahli politik sentiasa cari tajuk2 utama yang membahaskan masalah2 rakyat, memang boleh bantu untuk rakyat kenalpasti cara terbaik untuk keluar dari belenggu masalah tersebut.

Ini Mat Sabu gagal. Hadi gagal. Kedua2 orang kuat dalam PAS gagal. MSU pun tak memainkan peranan dalam membahaskan masalah2 rakyat berkaitan ekonomi dan menyediakan solusi. Tapi MSU adalah ahli cerdik agama. Alasan dikemukakan oleh ahli2 PAS.

Relax. Relax. Relax.

MSU ialah wadah untuk perbahasan atas tajuk agama. Hal ekonomi serahkan pada ahli ekonomi.

Nah.

PANDAI PULA KAU BERCAKAP MACAM ITU.

Sebab itu aku katakan, kritikan kepada ulama adalah berdasarkan kepada keadaan di atas. Hal2 peribadahan dia ialah urusan dia dengan tuhan. Tiada kritikan. Jangan risau. Mempersoalkan kelayakan, kredibliti, kemampuan, kecekapan, daya saing, strategi pemimpin2 yang digelar ulama bukan bermaksud kita menghina ulama. Kita hanya mempersoalkan cara mereka 'mempersembahkan' kerja.

Kerana ulama bukan tuhan. Ada cara kerja mereka tidak mendekati kepada masalah rakyat. Jadi itu yang dipersoalkan.

Kritikan kepada ahli2 politik juga atas keadaan di atas. Rakyat mempersoalkan cara mereka melakukan kerja. Cara kerja mereka tidak mendekati waima seinci pun kepada masalah rakyat. Mereka hanya bermain politik atas nama mencari kuasa.

Ahli politik kerja dia bukan main politik walaupun nama dia ahli politik.

Ahli politik ialah mereka yang melibatkan diri dalam sosio-politik untuk membahaskan polisi2 berkaitan negara, negeri, pentadbiran, rakyat, cukai, undang2 dan blablablabla secara tetap itu sebab kita gelar dia sebagai ahli politik.

Itu sebab kita gelar dia ahli politik. Dan rakyat sudah penat melihat ahli2 politik yang lebih gemar bermain politik daripada participate untuk membahaskan isu2 rakyat. Senario neh kena ubah dan jangan salah faham bila kita mahu ubah senario ini tidak pula kita meletakkan rakyat sebagai tuhan. 

Rakyat bukan tuhan.

Rakyat juga cenderung melakukan kesalahan.
Dan cenderung membuat keputusan yang salah.
Sudah banyak kali dibuktikan betapa bangangnya rakyat di negara ini. Bukan setahun dua tapi makan tahun.

Yang undi BN bangang.
Yang undi PR pun bangang.
Yang jilat monarki pun bangang.
Yang gaduh sesama sendiri pun bangang.
Yang merepek tak tentu hala pun bangang.
Kita semua dalam kelompok bangang-bangang belaka sehingga berjaya membentuk komunuti yang bangang unlimited.

Menjadi bangang memang pasti. Tapi sampai bila nak kekal hidup dalam kebangangan? Sebab tue kita kena cepat2 terima hakikat yang kita neh dah lama hidup dalam kebangangan dan perlu cepat2 keluar dari keadaan bangang itu untuk membolehkan kita tidak lagi menjadi bangang dan berada dalam keadaan bangang-bangang belaka.

Bagaimana nak membebaskan diri dari keadaan bangang?

Ada banyak cara. Ada banyak kaedah. Bergantung kepada kehendak dan juga kemampuan. Salah satunya ialah bebaskan diri daripada menjadi taksub partisan dan tegar pemimpin.

Ini kerana, ketaksuban korang la yang menyebabkan ulama dan ahli2 politik neh fikir yang mereka tuhan selepas Allah.


Tuhan itu Allah.

Selepas Allah tiada tuhan. Sebelum Allah pun tiada tuhan. Tuhan itu Allah. Tiada sebelum dan selepas. Jadi jangan la sesekali bersikap atau melakukan tindakan yang mendorong ke arah ahli2 politik dan ulama neh menyangka mereka tuhan ciptaan pengikut.

Relax. Lainkali bila orang kritik ulama, jangan tengok pada batang tubuh yang dikritik ataupun pengkritik. Tengok pada isu yang dibahaskan. Dan bincang. Jika kau rasa kau betul, maka berhujah la.

Tapi. Perlu la pegang kepada topic. Jangan la orang dok kritik kegagalan mereka memimpin dan merenovasikan parti, tiba2 kau cakap dia tak tinggal solat, lue ada apa? Dia g haji banyak kali, lue ada apa? Dia pakai serban, lue pakai apa? Dia ulama dunia, lue ahli apa?

Lari topic tue kawan2.

Dan yang lebih bodoh dari bodoh ialah pengikut2 taksub ini kemain lagi bekap baik punya kat dunia macam la kat akhirat nanti dorang semua bangkit mempertahankan pengikut2.

No. Itu tidak berlaku kawan2. Aku selamatkan diri aku. Kau selamatkan diri kau. Geng2 ulama ka ahli politik ka ustaz ka apa ka juga akan selamatkan diri masing2.

Kita semua akan pentingkan diri sendiri dan hanya selamatkan diri masing2. Jadi tak perlu overly membela pemimpin yang tak perform. Hanya bahas kepada tajuk sudah la. Tak perlu tah hapa2.

Tak perlu la sampai sebab orang di atas, orang di bawah nak bergaduh, berparang apa semua.

Kan?

Ulama bukan tuhan. Kita akan terus kritik tindakan2 ulama yang tak mendekati kepada masalah2 rakyat. Ulama2 yang guna agama untuk cari kekayaan pun kita lawan. Bukan sebab dia mencari kekayaan. Tapi sebab dia mempergunakan agama untuk membina kekayaan. Dalam erti kata lain, manipulasi. Jual agama. Dok tahnik sana sini dan minta upah. Ayam bacaan Alquran. Ini semua salah guna agama. Katakanla. Memang kau berzikir sambil jual ayam. Simpan itu untuk diri kau. Tak perlu manipulate macam sistem perbankan Islam. Tak perlu. Ini semua salah guna agama yang memperbodohkan umat. Dan umat Islam lemah untuk menentang sistem ini disebabkan kefahaman agama mereka tak kuat. Tak kuat sebab taknak belajar sendiri. Hanya ikut-ikutan. Agama dan kepercayaan bukan ikut-ikutan. Kau kena faham sendiri. Kena cari masa, luangkan dan faham sendiri.

Ahli politik pun bukan tuhan. Kita akan terus lawan ahli2 politik yang tak perform. Ahli2 politik sekarang takut pada manusia yang berfikir di luar kotak partisan. Pada dia rakyat yang taksub itu bagus. Kerana itu mengundang kebodohan dan kesetiaan membabi terhadapnya. Tapi, itu tak bagus untuk rakyat. Rakyat yang terbuka dan semakin berani berfikir tanpa terikat kepada ahli politik dan partisan ialah rakyat yang semakin menuju ke arah proses kematangan dalam pemikiran. Ahli2 politik cukup takut kalau mereka gagal paksa kita fikir sepertimana yang dia mahu kita fikir. Lagi dia nak paksa kita fikir macam tue, lagi kita fikir lain, lagi dia menyirap dengan kita. Sebab semakin kita berbeza, berfikir pun berbeza, berfikir tanpa kawalan dari mereka, maka semakin mereka hilang penguasaan ke atas diri kita. Bila kita berjaya bebaskan diri kita dari corak pemikiran mereka maka itula merdeka dan itulah yang rakyat kena capai. Jika ini kita capai, maka esok Malaysia maju. Malaysia tak maju sebab rakyat belum merdeka dari pengaruh dan penguasaan ahli2 politik yang menentukan cara pemikiran kita. Jangan salahkan ahli2 politik, kaji salah sendiri. Kau yang buatkan diri kau dijajah.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...