Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 21 September 2014

Review Muktamar PAS Ke 60 - Impak Dan Kesan Ke Atas PR.

Teruk juga ahli2 PAS bergaduh sesama sendiri dalam sesi muktamar kali ini. Editor Malaysiakini pernah mengulas di twitternya. Kerana PKR, PAS berpecah. Dan memang betul pun. Kalau itu yang kita perhatikan dalam muktamar yang baru2 berlepas ini.

Ada beberapa perkara yang pelik dan berbeza berlaku dalam muktamar PAS kali neh ;

1. Ada perbahasan yang dibacakan dalam bentuk doa.

2. Ada yang dihalau bila membangkitkan ketidakpuasan ahti perbahasan yang dibacakan dalam bentuk doa.

3. Ada poster2 timbalan presiden PAS yang diconteng2.

4. Ada kumpulan sorak dan booo setiap pemimpin2 yang diperlihatkan pro kepada PKR dan Anwar.

5. Tak habis bergaduh di muktamar heret ke dalam media sosial.

6. Ada pemimpin2 PAS yang menangis mengenangkan masalah parti mereka. Sampai yang masuk hospital pun ada.

7. Ada pihak2 tertentu beranggapan bahawa PASma ialah bahaya besar dalam PAS yang perlu diatasi.

8. PAS berpecah kepada dua entiti. Pertama geng Hadi. Kedua, geng Mat Sabu.

9. Majlis syura ulama bertembung hujah dengan AJK pas pusat. Sampaikan TG Haron Din terpaksa keluarkan kenyataan untuk berhenti beri pandangan kerana DHUP sudah memahami apa yang disampaikan oleh pihak2 tertentu ke atas MSU.

Hasil dari penelitian aku dalam sesi muktamar tue, yang sokong Hadi lebih ramai dari yang sokong Mat Sabu. Bahkan. Hasil muktamar kali ini akan menjadi penanda aras pemimpin mana yang mereka akan pilih pada masa akan kelak untuk mewakili suara2 mereka dalam PAS. 

Apa yang geng2 Mat Sabu tak faham ialah, ahli2 PAS tak suka PAS diperlihatkan menjadi badut, boneka ataupun kuda pihak tertentu. Dalam kes ini, merujuk kepada PKR dan DAP.

Aku rasa ini la sebab utama kenapa mereka stand with TGHH. Bukan la kerana mereka mahu gabung dengan UMNO. Ini ahli2 punya pendirian. Pemimpin2 itu lain citer.

Beberapa kelemahan yang dikesan dalam muktamar kali ini ialah ;

1. Tiada sokongan pemimpin2 tertinggi PKR dan DAP yang diperlihatkan memboikot PAS. Bahkan dorang boikot PRK di Pengkalan Kubor juga. Sangat konsisten dan sangat berpendirian bila mereka memutuskan untuk boikot, mereka boikot.

2. Isu jawatan MB menjadi konflik. Ada usul yang menolak, ada usul yang menggesa agar PAS terima jawatan tersebut.

3. Masalah2 dalaman PAS dibincang dan dihuraikan secara terbuka. Walaupun ia satu perkara yang baik untuk kita teliti kelemahan2 masing2 namun geng2 BN menjadikan ia satu isu untuk membalon PAS. Yang neh ahli2 PAS kena terbuka la terima kritikan walaupun pahit.

4. Terdapat pimpinan2 yang dibooo ketika berucap. Ini seperti tidak meraikan perbezaan pendapat.

5. Kegagalan PAS untuk menenangkan ahti ustaz Ridhuan yang emosi akibat perbahasan dibaca dalam bentuk doa. Ada ka patut halau dia? Rampas MIC dah jadi isu. Halau orang tue pula. Hadoi. Patutnya pujuk dan tenangkan. Cari jalan damai. PAS gagal tackle insiden ini dengan sewajarnya.

6. Selepas habis bergaduh di muktamar, pemimpin2 PAS pergi jaja di facebook dengan tujuan bergaduh sesama sendiri. Ada yang dok kutuk2 ustaz Ridhuan. Tak matang langsung tindakan macam tue.

7. Jemaah PAS fitnah jemaah PAS. Tak payah tunggu UMNO mai fitnah. Jemaah PAS mai fitnah dulu. Contoh isu perbahasan dalam doa. Aku dah jenuh betulkan tanggapan orang. Mana ada doa laknat dibacakan. Aku siap tulis transkrip. Bagi link video. Betulkan fitnah dan tanggapan. Aku tak bersetuju dengan point Ustaz Azhari. Tapi aku mahu berpegang kepada fakta dan kebenaran. Bila dia tak bacakan doa laknat, dia memang tak bacakan doa laknat. Kenapa taknak faham? Dan teruskan fitnah? Fitnah pada musuh, pada kawan, pada non muslim, pada yahudi, pada athies, pada syaitan sekalipun, ia adalah fitnah.

8. Nama sebenar pihak tertentu jadi point Mat Sabu. Tak cerdik langsung. Hal peribadi macam tue jangan heret. Kita tak serang orang dengan point peribadi. Yang sokong Mat Sabu serang isu peribadi pun bagi aku ada masalah otak. Dia pakai nama sebenar atau tidak bukan isu. Point dia baru isu. Itu yang Mat Sabu patut bahaskan. Tapi dia tak bahaskan pula.

9. Krisis MB Selangor memberikan kesan langsung kepada PAS. Sangat jelas. Sangat dalam. Sangat terkesan. Itu sebab rata2 usul membahaskan hal ini berbanding mengutarakan masalah2 yang membabitkan rakyat.

10. Presiden PAS telah mendedahkan wujudnya unsur2 jual beli adun PAS kepada PKR. Ini membuktikan PR juga bermain duit. Sanusi juga pernah mendedahkan sejauh mana PAS sanggup mengkhianati rakyat, membelakangkan Allah, Islam, prinsip atas nama PKR. Mereka kalah di Kedah. Ini mungkin peluang dari Allah untuk PAS Kedah muhasabah diri. Untuk PAS bermuhasabah diri. Kalau la mereka benar2 serik, patut lapor polis, lapor SPRM, amek tanggungjawab, pikul kesalahan, taubat dan berubah. Biar kita terima hukuman atas kesalahan yang kita lakukan. Tapi nampaknya TGHH hanya dedahkan atas pentas muktamar. Maksudnya, TGHH pun tak berani nak selesaikan isu berkenaan sampai ke satu titik penamat. Itu tuk guru ko tahu, tuk guru. Maka, tuduhan2 ini akan berlegar sesama sendiri sehingga kelirukan kita. Sapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak sebenarnya?

11. Geng2 Mat Sabu tidak meraikan kritikan dengan baik. Mereka ialah geng2 yang suka mencaci maki, meroyan, kritik dan kutuk TGHH. Mereka punya trademark lazim. Hadi tidak maksum. Tapi bila pemimpin kesayangan mereka kena kritik, mereka sendiri melompat macam geng2 Hadi melompat. Hak ala. Cakap dekat cermin ka geng2 Mat Sabu? Hadi, Mat Sabu, aku, ko dan kita semua tidak maksum. Raikan kritikan. Jika tak suka, berbahas. Jangan meroyan. Paling penting, jangan selitkan unsur2 fitnah. Macam fitnah orang berdoa laknat.

12. Ahli2 PAS pun mula menggunakan medium FB untuk meluaskan lagi perpecahan di kalangan jemaah PAS. Emosi kat depan sekarang neh.

13. PAS terlalu cuak dengan penubuhan PASma.

14. Muktamar tidak membahaskan ketidakkonsistennya tindakan PAS dalam menanggani krisis MB. Sepatutnya sikap dan tindakan TGHH, Mat Sabu, dibahaskan secara terperinci kerana kedua2 pemimpin tertinggi PAS itu mendorong kepada memburukkan situasi. Bahkan usul untuk menyingkirkan kedua2 pemimpin tertinggi PAS pun takde. Kalau aku ahli PAS, aku akan buat usul untuk singkir kedua2 pemimpin itu. Mereka, tidak ada kredibliti untuk tanggani kemelut dalaman PAS.

Dan. Kesimpulan2 pemerhati macam aku dalam muktamar ini ialah ;

- PAS nampaknya sudah mula berperanan untuk bergerak sendiri walaupun ada usul untuk memperkukuhkan tahaluf siyasi.

- Bagi aku jika PASma ialah pengganti PAS, maka PASma itu jadi bodoh automatik. Jika mereka berperanan dengan NGO, itu bijak. Sebab check dan balance. Bodohnya PASma sebagai organisasi politik ialah mereka tak berani pula nak join PKR dan DAP. Mereka mempertahankan pendirian PKR dan DAP dalam isu MB jelasnya mereka sekufu dengan idelogi PKR dan DAP. Dari buat parti baru dan up diri sendiri sebagai ketua, p la masuk PKR dan DAP. Tak berani? Memang sampai mampos la ahli2 NGO PASMA neh tak berani. Kerat leher aku kalau aku salah. Tapi, oleh kerana PASma berkali2 kata mereka bukan alternatif PAS, maka percaya aje la. Kalau pun alternatif pada PAS, bagi aku tiada masalah. Tapi aku secara peribadi memang tak minat parti2 macam tue. Mereka hanya terer bab jual agama. BN begitu. PAS begitu. PASma, aku tak yakin dia berbeza.

- Aku suka jika PAS mahu belajar jadi konsisten dan lebih berpendirian. Tapi jangan la sekadar cakap aje. Buktikan dengan tindakan.

- Ahli2 PAS tak suka dengan sesetengah tindakan yang dibuat oleh PKR dan DAP. Dan mereka juga meluat bila pemimpin2 PKR dan DAP mengkritik pimpinan PAS macam takde hari esok. 

- PKR dan DAP menyeru agar PAS tak masuk campur dalam krisis dalaman PKR, tapi PKR dan DAP sendiri masuk campur dalam krisis dalaman PAS. Nampak sangat hipokrit gila babi dorang tue.

- Perpecahan dalaman PAS sangat teruk. Perpecahan ini tidak dapat diuruskan cara elok oleh kedua2 kem sebab kedua2 kem tidak mahu beralah dan tidak mahu mencari solusi untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya masing2 nak tunjuk ego dan masing2 perasan bagus bahawa masing2 berada di landasan yang betul.

- Cakap pasal jawatan GLC. Dalam kem TGHH ada menantu. Dalam kem Mat Sabu, tahu sapa yang dapat jawatan kerajaan negeri Penang? Kalau nak sebut bab jawatan atas nama politik, sebut semua sama rata sebut juga jawatan Mat Sabu yoo.

-  Sekarang neh hanya ahli2 PAS yang setia dan ikhlas aje yang mampu menyelamatkan PAS. Ahli2 PAS yang ikhlas patut buat memo, dan hantarkan satu solusi win2 kepada kedua2 kem2 yang bertelagah ini. Jika korang benar2 mahukan PAS uphold Islam, maka ini la masanya untuk korang buktikan. Tapi walaupun pahit, perlu korang akui bahawa kedua2 kem yang bergaduh ini tidak bergaduh demi kepentingan rakyat, tidak bergaduh kerana mahu menjadi lebih baik ataupun kerana Islam. Mereka bergadoh demi kuasa. Terima la hakikat. Kalau boleh dalam memo itu usulkan agar Hadi dan Mat Sabu berundur dari jawatan masing2 disebab menyebabkan perpecahan dan memburukkan lagi isu perpaduan dalam PAS. Ini barulah keadilan atas nama Islam. Setiap yang bermasalah, beramboskan mereka sama rata. Tapi, mampu kah keadilan diangkat oleh geng2 Hadi dan Mat Sabu? No. Jilat pemimpin dulu. Takut pada Allah hanya percakapan. Bukan tindakan. Itulah dia ahli2 PAS yang terbukti lagi nyata. 

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...