Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 September 2014

Luahan Rasa Ustaz Ridhwan Yang Dihalau Dari Muktamar PAS Yang Ke 60.


Nota pemerhatian di muktamar PAS Ke 60 Oleh Ridzwan Abu Bakar 

Pada 16 September, 2014, saya bertolak dari Alor Setar ke Kota Tinggi, Johor untuk mengikuti Muktamar Pemuda PAS dan seterusnya menyertai muktamar penuh PAS sebagai "Perwakilan" dari kawasan Kuala Kedah. 

Bertolak ke Kota Tinggi dan Batu Pahat dengan membawa 3 persoalan dan 2 harapan besar. 

Tiga persoalan itu ialah mengenai masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat, hala tuju dan garis panduan perjuangan PAS untuk jangka pendek bagi tempoh setahun mendatang, dan juga bagaimana kemelut dan krisis yang melanda PAS akan diuruskan pimpinan. 

Manakala harapan pula ialah, semua kemelut yang berlaku akan ada jalan keluarnya dengan bimbingan dan pedoman dari ucapan dasar yang dikemukakan, serta saya juga mengharapkan motivasi diri untuk menggalas tugas jamaah akan meningkat apabila mendapat suntikan ilmu dan informasi dari pimpinan. 

Selepas solat Maghrib, saya dan rakan-rakan menjadi pemerhati di Muktamar Pemuda PAS Malaysia. 

Muktamar berlangsung penuh dramatik, ada pasukan sorak, provokasi melampau, ada adegan lari keluar dewan (pada sesi petang), cubaan menolak minit mesyuarat, diselangi dengan celahan provokatif dan kemuncaknya persoalan kecil seperti "kononnya" ada kawasan haram telah digempitakan. 

Menariknya, muktamar ditangguhkan 10 minit, tetapi sesi penangguhan itu bertukar menjadi kuliah sejarah yang "dijulingkan", diselangi dengan laungan doa wehdah yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Tetap. Demikian hari pertama yang mewarnai muktamar . 

Pada 17 September 2014, sebelum ketibaan perwakilan, saya dan rakan-rakan yang berstatus pemerhati telah terpacak di hadapan Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, untuk menghirup dan menikmati perbahasan dari adik-adik pemuda. Alhamdulillah, bakal penerus perjuangan PAS telah berbahas mengikut keupayaan mereka. 

Saya simpulkan, isu-isu dalaman dan istilah haraki serta simpulan "laqab" haraki telah berkumandang dengan megahnya di dewan muktamar, beberapa insiden yang menimbulkan tanda tanya telah berlaku dalam muktamar tersebut. 

Muktamar Pemuda bagi tahunan 2014 menutup tirai. 

Pada 18 September, Muktamar PAS ke-60 dirasmikan dan ucapan dasar presiden bertajuk "Terus Beristiqamah" telah dikemukakan. 

Selepas Zuhur, sesi perbahasan bermula, pelbagai idea dikemukakan. Ada pro dan kontra, ada sindiran, sesekali ada unsur hentakan dan kadang kala nada marah. 

Semua perwakilan memberi tumpuan dan menilai hujah yang dikemukakan pembahas, kalau pun ada protes mungkin sesama perwakilan di tempat masing-masing dan kalau ada sokongan, diluahkan melalui laungan takbir, tepukan atau sorakan. Perbahasan berakhir dengan harmoni. 

Pada 19 September, hari kedua muktamar diteruskan, perbahasan dimulakan oleh wakil Perlis disusuli beberapa perwakilan yang lain. Apabila sampai giliran wakil Wilayah Persekutuan, Dr Azhari Ariffin, beliau memulakan "perbahasan" dengan meminta para perwakilan menadah tangan berdoa memohon pertunjuk supaya konflik yang sedang dihadapi dapat diselesaikan. 

Para perwakilan mengangkat tangan untuk berdoa. Dr Azhari pun memulakan perbahasan dengan gaya berdoa, ia berlanjutan sehingga memakan masa panjang dan melebihi masa diperuntukkan, lebih tragis apabila beliau menggunakan kesempatan itu menghentam pelbagai pihak dan jalur pemikiran yang ada dalam PAS, bahkan menggunakan ungkapan "nila berjenama Morib dan Hulu Kelang" dan menganggap mereka sebagai "pengkhianat". 

Melihat "melampau"nya Dr Azhari dalam "perbahasan" gaya doanya dan juga telah memesongkan para perwakilan muktamar dengan mengunakan "doa", saya menuju ke rostrum dan menunggu sehingga beliau habis "berdoa" dengan diselangi "tawar menawar" masa dengan pengerusi tetap. 

Saya ke rostrum untuk meminta Pengerusi Tetap Muktamar membuat "ketetapan" melarang pengunaan helah doa, kerana masa itu diperuntukkan untuk "berbahas", seharusnya beliau berbahas, amat berbahaya kalau "melampau" dalam perbahasan gaya doanya disertakan pula dengan sindiran dan hukuman dalam doa tersebut tidak dihalang. Ada peluang "berbahas", maka berbahaslah.
 

Saya "Perwakilan", bukan "Pemerhati".


-----------------------------

1. Bagi aku Ustaz Ridhwan agak emosi bila naik podium nak berbahas isu doa tue. 

2. Tapi tindakan menghalau dia tetap tindakan yang aku tak sokong.

3. Patut PAS tackle isu berkenaan dengan memujuk dan mengajak Ustaz Ridhwan berbincang elok2.

4. Sudah la dihalau, ada pemimpin PAS p serang dia kat laman facebook. Akhlak ustaz tue woiiiiiiii. Kita bukan tengah sembang pasal aku. Ataupun geng2 anarki ke apa. Kita tengah sembang bab akhlak ustaz tue woii.. Memang cakap tak serupa bikin ustaz2 dalam PAS neh. Dok huha huha kutuk orang2 anarki, sosialis apa semua alih2 perangai sendiri pun lebih kurang. Tah hapa2.

5. Kesimpulannya, makin dibuat muktamar, makin berpecah PAS. Bukannya makin memperbaiki keadaan.

HA HA HA

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...