Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 Mei 2014

Azmin, Saifuddin Dan Zuraidah Bebas Dari Tindakan Tata Tertib - PKR Hukum Ahli Bawahan.


Seramai empat ahli PKR dipecat, 10 yang lain digantung serta-merta manakala seorang diberi surat tunjuk sebab sehingga siasatan selesai dijalankan susulan penggantungan pemilihan di 27 cabang yang berakhir pada 11 Mei lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplinnya, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan hari ini menyebut, keputusan itu dibuat selepas meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota sepanjang pemilihan parti itu.

“Kes-kes ini telah pun dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik semalam (20 Mei 2014) yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan turut dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta anggota-anggota Biro Politik yang lain,” katanya.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan lembaga itu dan telah dipersetujui Biro Politik PKR:

1) RADIN SHARIFUDDIN MOHAMAD YASIN (Cabang Selayang)

Beliau telah merempuh masuk ke dewan pengundian dan merampas kotak undi sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang berlangsung pada 11 Mei 2014.

Tindakan: Dipecat dari PKR

2) KUMARA GURU RETNASAMY (Cabang Alor Setar)

Sewaktu proses pemilihan Cabang Kota Raja pada 11 Mei 2014, beliau telah mengambil beberapa kertas undi yang ditandai sendiri dan memasukkannya ke dalam peti undi sedangkan beliau bukan anggota cabang tersebut.

Tindakan: Dipecat dari PKR

3) ZULKAFLI ABDULLAH (Cabang Hulu Selangor)

Pada 16 Mei 2014 di hadapan ibu pejabat PKR iaitu selepas sidang media ketua umum bersama calon-calon timbalan presiden, beliau telah menjerit dan menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kata-kata 'rasuah' dan 'penipu'. Peristiwa ini telah dipaparkan di muka depan Sinar Harian bertarikh 17 Mei 2014.

Tindakan: Dipecat dari PKR

4) AHMAD JUFLIZ DATUK FAIZA (Cabang Setiawangsa)

Beliau tidak mengendahkan amaran tatatertib yang dikeluarkan Lembaga Disiplin dan terus mengkritik parti secara terbuka.

Tindakan: Dipecat dari PKR

5) SHANMUGANATHAN VELU, PATMANATHAN NADARAJAN, NORIZAN OMAR & AZMAN YAAKOB (Cabang Selayang)

Mereka didakwa terlibat dalam tindakan merempuh masuk dan mencetuskan kekecohan di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.
Tindakan: Mereka diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta.

6) MANUGHARAN SELLAND, TELAI AMBLAM MARIAPPAN, DK VICKNESVARAN KRISHNAN, M NAGESWARAN MUNISAMY, P CHANDRASEKARAN S PONNIAH & SYED AHMAD PUTRA SYED ISA (Cabang Kota Raja)

Mereka didakwa telah mengganggu sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11 Mei 2014.

Tindakan: Mereka diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta.

7) SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD (Cabang Hulu Selangor)

Beliau didakwa membocorkan laporan minit Mesyuarat Biro Politik kepada umum melalui Twitter pada 14 Mei 2014.

Tindakan: Diberi surat tunjuk sebab sahaja.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...