Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 April 2014

Gambar2 Kematian Jasad Karpal Singh Tersebar Di Media Sosial.

Siapa yang tangkap gambar?

Siapa yang sebar?

Oleh kerana mereka2 ini kemalangan sudah tentulah pihak pertama yang tiba di lokasi ialah ambulance dan pihak polis juga pengendali lebuhraya.

Kena tunggu jasad dikeluarkan baru boleh tangkap gambar bukan?

Jadi siapa yang tangkap gambar? Kenapa sebarkan? 

Gambar2 tersebut disebarkan dengan komen2 yang menjelikkan aku ;

1. Mempersendakan mendiang.

2. Mengaibkan mendiang.

3. Mengaitkan kematian mendiang sebagai pembalasan.

4. Mengutuk dan memaki hamun mendiang berdasarkan sentimen politik.

Aku rasa sedih tengok ada nya di antara kita sanggup mempermainkan kematian orang lain sebegini hebat hanya kerana berbeza agama dan idelogi.

Aku tak faham penyokong2 UMNO. Kenapa dorang nak melakukan penghinaan walaupun ia melibatkan perkara2 sedih seperti kematian? 

Gambar yang tersebar. Aku blurkan part muka. Aku tak berminat nak sebarkan gambar2 yang takde kaitan. 


Aku neh kadang kala serba salah. Aku neh sedang berjalan. Di sepanjang perjalanan yang mana baik aku cuba kutip dan belajar sesuatu darinya. Yang mana salah aku cuba tinggal dan fahamkan kenapa ia salah. Aku tak suka ikut ikutan meskipun berkaitan kepercayaan dan agama. Aku neh orang yang tidak akan mengikut hanya kerana orang suruh sebaliknya hanya setelah aku faham kenapa ia begitu.

Tetapi di sepanjang perjalanan aku banyak jumpa orang2 Islam yang menyakitkan ahti aku. Aku cuba pujuk diri. Yang jahat itu umat bukan agama. Yang jahat itu manusia bukan kepercayaan. Sampai satu tahap aku cuba buat satu idelogi. Mahu mempercayai Islam tetapi tidak mahu dikenali sebagai umat Islam sebab terlalu sakitnya ahti dengan umat2 Islam di negara ini. Punyalah jauh ahti aku dengan umat Islam. Dan setiap kali berlaku begitu aku muhasabah diri kembali. Mungkin juga ada tindakan2 aku di luar sana yang telah menyebabkan umat islam sakit ahti dengan aku pula. Jadi ini adalah pembalasan di atas kesalahan2 aku. Jadi sedarla aku. Aku neh yang bersalah terlebih dahulu. Sebelum aku sembang kencang nak salahkan orang aku neh sebenarnya yang bersalah terlebih dahulu. Tapi aku terlupa. Atau buat2 lupa. Atau buat2 tak nampak. Atau buat2 tatau.

Aku cuma nak bagitau ini kepada penyokong2 UMNO. Aku harap dorang memahami luahan ini tanpa prejudis.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...