Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 April 2014

Blue Wave Army - Guna Duit Siapa?


Serangan terhadap DAP isu RBA = Red Bean Army baru2 neh berkemungkinan besar nak menghalalkan penubuhan BWA = BIAWAK = BLUE WAVE ARMY aku rasa. Permainan propaganda dorang memang licik. Aku kalau bab menteri2 BN neh tahap kebolehpercayaan aku ialah ;

Oii oiiiiiii ameno.. aku baru balik kedai dan ko tahu apa? Aku terserempak dengan ular oi. Dia bercakap HI dengan aku = kawan aku <-- ini aku percaya.

Saya nak bagitau neh, kita tak jadi la nak naikkan harga minyak sebab taknak susahkan rakyat = menteri BN --> INI AKU HARAM NAK PERCAYA!

Walaupun kawan2 aku cakap benda tak logik berbanding menteri2 BN bercakap benda logik, menteri2 BN aku tetap tak percaya. Ko merepek la pongpang2 apa depan tv itu semua, aku memang tak percaya sehingga terbukti sebaliknya. Kata2 korang banyak yang berunsurkan fitnah, propaganda murahan, nak selamatkan diri sendiri, penipuan, statement syok sendiri, konspirasi dan penuh dengan pembohongan.

Memang wajib rakyat macam aku bersyak wasangka buruk dengan korang semua disebabkan aku dah kena tipu beratus2 kali.

Haha.

Berbalik kepada usul Ahmad Maslan. BN patut tubuhkan BWA untuk ;

1. Melawan RBA (UMNO wujudkan RBA dan UMNO nak melawan persepsi yang dorang sendiri wujudkan?????)

2. Untuk menerangkan kepada rakyat apa itu GST.

3. Untuk melawan fitnah (actually fakta, tetapi pada UMNO fakta = fitnah, fitnah = fakta) pembangkang di laman sosial.

Sejujurnya, haram aku kesah UMNO dan BN nak tubuhkan apa2 tentera pun. Kacang hijau ke kacang merah ke gelombang biru ke gelombang merah ke dan sebagainya lantak p la dengan korang. Tapi yang aku buat menyibuk nak amek tahu neh pasal duit aje.

Nak tubuhkan itu neh guna duit sapa?

Pembayar cukai ke?

Kerajaan ke tanggung ke?

Nak lawan rakyat guna duit rakyat ke?

Harus diingat, RBA memang tak pernah wujud. Secara fakta atau realitinya, RBA memang tak pernah wujud. By DAP ataupun mana2 parti komponen dalam PR sekalipun. RBA memang tak pernah wujud. Aku malas nak ulang cakap pasal kewujudan RBA. Sebab aku melihat orang2 UMNO sanggup tipu diri sendiri. Macam kita kata warna biru tue biru, tapi depa tetap berusaha anggap warna biru tue merah dan sanggup lakukan macam2 cara untuk buktikan warna biru tue merah. Macam tue la kes nya dengan RBA. Dan bila UMNO mahu mewujudkan BWA untuk melawan RBA maka ini satu matlamat yang sia2 sebab dia nak melawan benda yang tak wujud dari awal.

Sama seperti sia2nya UMNO mewujudkan BWA untuk melawan anti-BN dalam isu GST. 

Kepala bana.

Kerajaan dah peruntukkan sekurang2nya 17 juta untuk buat penerangan mengenai GST dalam bentuk pengiklanan semata2. Tak masuk program, tajaan, seminar dan sebagainya.

Untuk iklan saja dah 17 juta berhabis. 

Dan nampaknya ia masih gagal menarik perhatian rakyat untuk sebulat suara menerima pelaksanaan GST.

Pernah ke kerajaan buat survey kenapa rakyat rata2nya tak bersetuju dengan pelaksanaan GST? Adakah kerana GST itu sendiri ataupun sebab BN?

Adakah rakyat benar2 menolak GST ataupun rakyat menolak BN?

Penubuhan BWA ini adalah satu propaganda nak menghalalkan duit mengalir keluar kepada individu2 tertentu atas nama perjuangan politik di media sosial. Kita semua tak payah nak tipu diri sendiri la. Buang masa je semua tue. Buat la apa saja Ahmad Maslan untuk capai tujuan ko, cuma jangan babitkan rakyat kat sini. Jangan gunakan wang pembayar cukai untuk lawan pembayar cukai kerana kami rasa tercabar duit kami digunakan untuk mengkhianati amanah dan kepercayaan kami.

Kami tak bayar cukai yang mana akhirnya wang2 itu kembali untuk menampar wajah2 kami.

Kami bayar cukai untuk memastikan kami menerima kelebihan di kemudian hari dan memudahkan kehidupan kami dengan penyediaan infrastuktur yang lebih baik untuk kegunaan rakyat Malaysia keseluruhannya. Untuk semua bidang tentunya. Pendidikan, perubatan, pengangkutan, kebajikan sosial dan keselamatan.

Oke bai. 

Update, aku lupa nak tambah tadi. Salah satu punca kenapa Ahmad Maslan nak tubuhkan BLUE WAVE ARMY adalah kerana tertarik dengan nama tersebut.

Oooo...

KAH KAH KAH

BLUR OR BLUE WAVE ARMY neh?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...