Lihat ;
Keterangan pihak polis ;
EMPAT PARANG, TIGA PISAU ANTARA SENJATA DITEMUI SEMASA PERHIMPUNAN HARAM
Kuala Lumpur - Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata senjata itu ditemui oleh polis bantuan pada 9.30 malam.
Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa tiga anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka pada 11 malam.
Tiga anggota polis itu di rawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan haram itu di sini.
Beliau berkata perhimpuan itu bertukar menjadi ganas apabila mereka mula merempuh kawalan pasukan keselamatan.
Zainuddin berkata sehingga kini tiada tangkapan dibuat terhadap peserta perhimpunan haram itu dan polis sedang mengumpul keterangan daripada orang ramai bagi mengambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kami juga akan menyiasat insiden membaling botol air mineral ketika Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berucap untuk menenangkan keadaan," katanya.
Beliau berkata polis juga akan mengesan beberapa pemimpin politik yang dilihat berada pada perhimpunan haram itu.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Para peserta perhimpunan telah menyerbu masuk ke Dataran Merdeka dan mengganggu konsert sempena menyambut tahun baharu yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira setengah jam sebelum detik 12 tengah malam.
Zainuddin berkata berikutan keganasan peserta perhimpunan haram itu, konsert berkenaan yang dihadiri 25,000 penonton terpaksa dihentikan. - BERNAMA
Jelas gambar tersebut di anggap polis sebagai merujuk kepada insiden kejadian di perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka malam tadi. Baikla. Kita sangka baik. Polis pun sebenarnya terpedaya dan terperangkap dengan fitnah yang disebarkan oleh sesetengah pihak.
Pasal gambar lelaki yang cedera tue boleh rujuk sini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2014/01/fitnah-di-baling-batu-oleh-peserta.html
Kita tengokla macam mana orang2 pro UMNO neh buat jalan citer tanpa memikirkan akibat yang mendatang. Aku tak la nak negatif sangat pada polis. Cuba kalau yang buat neh orang awam ? Mao polis hukum bagai. Dakwa bagai. Atas nama pengajaran bagai. Sekarang benda neh babitkan orang UMNO.. aku tak rasa pendakwaan, pengajaran dan sebagainya terpakai kat situasi macam neh. Hanya orang2 PR dan tak mesra kerajaan aje yang bila mana melakukan apa2 kesilapan tiada ruang kemaafan buat mereka. Jika ia dilakukan oleh orang2 mesra BN usah kata ruang kemaafan bahkan tak perlu minta maaf pun derr.. dorang kan maksum.
Apa pun pandangan aku elokla POLIS bersegera betulkan balik fitnah yang dah tersebar secara berleluasa tue. Apa benda la sebagai POLIS ko pun boleh sebarkan maklumat yang tak terbukti sahih. Kalau begitu apa beza orang awam macam aku dengan agensi polis? Orang awam memang la.. perangai dorang sama aje di mana2 negara. Disebabkan banyak pemikiran dan sebagainya. Tetapi polis terikat dengan SOP sebelum boleh melakukan apa2 tindakan.
Aduhaiiii..
Macam tak percaya agensi kepolisan kita pun terjebak dengan permainan mereka. Ke polis kita sedang masuk pertandingan menulis email palsu yang dianjurkan oleh Rafizi Ramli?
KAH KAH KAH
LAWAK SIOTTTTTT..