Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Disember 2013

Najib, Kau Ingat Aku Percaya Dengan 11 Langkah Yang Kau Umumkan Tue?

Tadi aku tengok berita tv3. Saja tengok sebab dah lama tak kena tipu. Jadi untuk membiarkan diri aku ditipu aku layan berita tv3. Rupa2nya Najib ada buat 11 langkah. Pergh. Nak kurangkan perbelanjaan negara sebagai langkah jimat cermat katanya. Sehari sebelum rakyat nak melakukan protes. Awat? Nak amek ahti ka Najib? Ko ingat rakyat bodoh nak mampos?

Aku perhatikan satu persatu langkah yang di umumkan oleh tv3. Memang khusyuk gila babi aku tengok screen tv tue. Dah la tak pakai spek mata. Maka terpaksa duduk depan2 tv. Memang dari jauh orang akan ingat aku tengah cium tv. Memang sah2 kena kutuk gila kalau ada orang nampak beb. 

Antara 11 langkah..

1. Kurangkan elaun tol. 30%. RM50 - RM100. ** Katalah elaun tol ko ada 500 sebulan. Tapi ko selalu guna rm250.00 sebulan. So jika kurangkan rm50 pun tak semestinya effect diri ko.

2. Bekukan sementara apa2 pengubahsuaian pejabat, kementerian kerajaan dan blabla..

3. Pengurangan 5% kos utiliti elektrik di semua premis2 kerajaan.. ** Yang neh aku haram faham. Adakah dia nak bagitau bahawa premis kerajaan akan belajar gunakan elektrik secara berhemah supaya dapat kurangkan bayaran bil elektrik sebanyak 5%?

4. Ketatkan proses pemilihan perunding dalam projek2 kerajaan..

5. Kurangkan pemberian saguhati, cenderamata dan sebagainya dalam majlis2 yang membabitkan kakitangan kerajaan..

6. Meminda kelayakan tiket penerbangang bagi kakitangan kerajaan gred tertentu. Dari kelas bisnes kepada kelas ekonomi. ** Tetapi kakitangan atasan tak termasuk dengan pindaan ini. HAHAHAHA.. KELAKAR SIAL.

7. Kurangkan jamuan, makan + minum dalam majlis2 keraian yang membabitkan kakitangan kerajaan..

8. Penggunaan kain rentang, banner dan sebagainya akan dikurangkan. Yang membabitkan seminar2 under kerajaan dan sebagainya..

Dengar punya dengar punya der. Aik. 

- Kurangkan gaji menteri2 takde?

- Kurangkan jumlah menteri2 takde?

- Kurangkan kakitangan yang tak begitu berfungsi dalam agensi kerajaan, pun takde?

- Ketatkan proses kelulusan tender dan projek supaya dapat membendung amalan ketirisan dan rasuah pun takde juga?

- Kawal perbelanjaan tidak berhemah jemaah menteri seperti penggunaan pesawat oleh isteri piem dan bini2 menteri pun takde juga?

- Menteri2 kena bayar tol dan minyak sendiri disebabkan bergaji besar pun takde juga?

- Kerajaan akan kaji semula perjanjian konsesi tol apa bagai kerana ia tidak adil dan membazirkan sejumlah besar wang rakyat pun takde?

- Subsidi IPP akan dihapuskan pun takde?

So what the hell langkah2 pengurangan yang ko baru aje umumkan tadi tue ooiii Najib? Sekali lagi pihak2 yang kecik, yang tak berapa berpangkat kena jimat cermat bagai untuk memberikan laluan kepada orang2 besar meneruskan kehidupan mewah mereka. Apa jenis jimat cermat neh hah? Ini nak tipu orang bangang boleh la oi. Good job. Jika langkah tersebut berjaya menipu sebilangan orang aku ucapkan tahniah. Teruskan hidup dengan membiarkan diri ditipu oleh Najib kesayangan korang tue.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...