Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 30 Disember 2013

Panduan Perhimpunan Aman Dataran Merdeka Malam 31 Dec.

Sebelum turun berhimpun ada beberapa perkara yang perlu di ambil tahu terlebih dahulu. Bagi yang datang guna pengangkutan awam tak perlu risau juga. LRT akan memanjangkan tempoh perkhidmatan mereka sehingga jam 2 pagi.

Rujuk ;


Suka di ingatkan ;

1. Tema perhimpunan malam esok adalah hitam. Lambang kesedihan, kezaliman, penindasan dan kesengsaraan rakyat yang ditindas pemerintahan.

2. Maka pakai la baju hitam sebaik2nya. 

3. Jika ada yang kesulitan untuk berbaju hitam, korang boleh gunakan tudung hitam, topi hitam, seluar hitam ataupun apa2 saja yang berwarna hitam yang bersesuaian dengan kemampuan korang.

4. Pada mereka2 yang tak dapat hadir pada perhimpunan tersebut boleh tunjukkan sokongan dengan cara berbaju hitam. Tak kira la ko berada di mana, lepak kedai makan ka, sambut tahun barang naik di rumah ka, sambut dengan kawan2 ka, buat flashmob ka apa ka, pastikan korang berbaju hitam. Esok, Malaysia akan dilanda banjir baju hitam yang mana majoriti dari rakyat Malaysia kita percaya akan memakai baju hitam. Jadi tolong sebarkan mesej ini di facebook, twitter, blog, wassap masing2 untuk memastikan mesej ini sampai kepada semua lapisan masyarakat. Hitam warna rakyat esok hari. Tak kira di mana2 pun korang berada oke.

5. Kepada yang sakit, di nasihatkan jangan menyertai perhimpunan pada malam esok. Memang perhimpunan malam esok ialah perhimpunan aman, dari pihak rakyat. Akan tetapi kita tak boleh menjangkakan apa yang bakal disediakan oleh PDRM terhadap rakyat yang berhimpun secara aman itu. Jadi kepada mereka yang sakit, terutamanya pesakit kronik sangat2 tidak digalakkan untuk menyertai perhimpunan ini.

6. Jangan bawa ID pelajar walaupun anda seorang pelajar.

7. Antara yang tersebar di laman sosial. Tetapi tidak la aku dapat pastikan kesahihan nya.

Rujuk ;


Aku tatau jika mesej ini benar ataupun tidak. Cuma nampak ada orang sebarkan di laman sosial. Apa pun rakan2 yang menyertai perhimpunan esok boleh take note masing2. Sebagai langkah persediaan oke.

8. Jika korang ditahan polis dan sebagainya, pastikan korang tahu hak masing2. Minta polis tunjukkan ID dan minta polis perjelaskan sebab sebenar kepada penahanan tersebut. Polis kena sedia maklum rakyat tertakluk kepada akta di bawah neh ;



- Tak bawa senjata
- Berhimpun secara aman

Kita ikut peraturan, jadi tiada sesiapa berhak tahan kita sebab kita tak langgar undang2.

9. Tempat berkumpul sebelum ramai2 gerak ke Dataran Merdeka. Ada 3 tempat kesemuanya.

- Sogo
- Masjid Jamek
- Central Market (CM)

Berkumpul jam 9. Jam 10 akan mula bergerak. Dan selepas itu Dataran Merdeka akan ditawan. Sambutan tahun barang naik 2014 akan dilakukan untuk membantah kenaikan kos sara hidup di negara ini, secara berhemah. Tanpa serangan bom itu yang pasti.

10. Jangan melakukan provokasi ataupun melibatkan diri dalam mana2 provokasi. Jika nampak berlaku provokasi perhatikan siapa yang buat dan rakam. Dalam erti kata lain perhatikana sikap, pergerakkan dan tingkah laku individu yang cenderung lakukan provokasi tersebut. Jika masa bersesuai try berborak dengan dia. Cuba umpan dan tengok cara dia bercakap.

11. Bawa kamera. Rakam perkara2 yang penting. Takut2 ada yang dituduh secara membabi buta di media. Maka kamera adalah sebagai bukti. Bukan sebab nak merakamkan provokasi dengan sengaja ye. Tetapi sebagai alat untuk mempertahankan diri dari tuduhan2 yang tidak berasas kelak. 

12. Lebih baik keluar awal. Kami terima laporan akan berlaku roadblock dan penutupan jalan di beberapa tempat. 

13. Jangan provoke polis. Biarlah polis nak cakap apa pun. Buat tatau sudah. Kalau dia kasar pun kita buat tatau sudah. Minta laluan dan jauhkan diri dari mereka. Dalam erti kata lain jangan tiru apa yang pernah berlaku dalam BERSIH 3. Perhimpunan ini ialah perhimpunan aman dan kita perlu pastikan bahawa ia benar2 aman. Sekurang2nya dari pihak yang berhimpun. Kita perlu jauhkan diri dari sebarang bentuk provokasi tak kira la sapa pun yang cetuskan perkara tersebut. Andai pencetus provokasi adalah dari kalangan kita, amek inisiatif hentikan mereka ataupun korang sanggup hadap kutukan demi kutukan di media? Aku percaya BERSIH 3 ialah satu pengajaran yang jelas buat kita semua. Jangan ulangi.

14. Ikut arahan unit amal. Ada pihak2 yang engkar dengan arahan unit amal. Unit amal cakap apa buat bodoh aje. Kesian sikit la. Orang tue bekerja free aje. Dengar arahan mereka. Apa yang mereka cakap jangan, maka jangan la. Jangan pandai2 buat. Satgi yang kena semua. Bukan ko sorang aje kot.

15. Jangan buat sampah merata2. Ingat. Sampah ko sendiri ko buang la. Buang kat tong sampah. Bukan atas jalan oke. Apa je nak menyusahkan orang lain. Tak bertanggungjawab betul la cara macam tue. 

16. Bawa banner yang bersesuai. Sebenarnya banner2 parti dilarang keras kerana ini bukan perhimpunan parti, ini perhimpunan rakyat. Ceramah2 dari ahli politik juga dilarang keras. Tetapi jika rakyat nak berucap nak meluahkan perasan di persilakan aje la.. 

17. Kita galakkan penyertaan dari mereka2 yang sokong BN. Bukan tipu2 neh. Ini kerana protes ini mengenai bantahan kenaikan kos sara hidup. Mana2 pihak yang terasa dibebani dialu2kan untuk ikut serta. Marila bersama2 bersatu as rakyat. Tinggalkan partisan dan idelogi politik kat tepi dulu..

18. Digalakkan juga membawa bendera negara. Bendera Malaysia.

Perhimpunan malam esok adalah tanggungjawab bersama oke. Jangan nak letakkan tanggungjawab pada pihak lain. Letakkan tanggungjawab atas diri sendiri. Aku pergi aman dan balik mesti dalam keadaan aman. Jangan buat provokasi dan jangan pandai2 nak suruh orang lain buat provokasi. Kita harus buktikan dengan kuasa rakyat, perhimpunan yang diprovokasi sebagai perhimpunan huru hara ini akan mencipta sejarahnya yang tersendiri besok. Inilah perhimpunan aman.. dan perhimpunan aman ini hanya menuntut satu perkara.. BERHENTI MENYUSAHKAN RAKYAT JELATA, WAHAI MENTERI. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...