Sampai meloncat kaw. Ini mesti marah punya pasal. Dah tak boleh control la tue. Aku dapat gambar2 neh menerusi wassap tadi. Gambar neh dikatakan merujuk kepada satu situasi di mana PBT telah merobohkan gerai yang dimiliki oleh pemuda UMNO atas nama melanggar undang2 = senang cakap gerai atas tapak haram la.
Mungkin takde lesen.
Mungkin ada orang complaint.
Mungkin menganggu jalan.
Ada macam2 kemungkinan.
Aku kat sini takan bekap PBT. Sebab pada aku PBT pun tak tentu betul juga kerja dia. Aku juga takan bekap peniaga tersebut. Bukan pasal dia UMNO ke apa. Aku takan fikir macam tue kawan2. Pada aku peniaga2 UMNO jika gerai atau kedai dirobohkan oleh sesiapa sekalipun, aku simpati juga. Aku pun tahu dorang pun sama macam aku. Ada bil kena bayar tiap2 bulan. Ada anak bini keluarga yang kena tanggung tiap2 bulan. Kena bayar itu neh, makan lagi dan sebagai tiap2 bulan. Takan aku nak gelak hihi haha hoho padan muka kedai ko kena roboh pula kan? Aku simpati juga. Tapi lebih baik aku tidak berdiri di mana2 pihak sebab aku tidak tahu akan kebenaran nya. Entah siapa betul siapa salah. Untuk perkara yang tidak jelas macam neh takyah la aku bangang2 nak pergi take stance. Satgi kebenaran terdedah hakuu juga kena balik.
HAHAHAHAHAHAHAH.
Aku ada juga kenalan dari Penang. Dia ada juga bagitau aku. Perkara2 macam neh selalunya akan berakhir sebagai isu perkauman. Ada 2 punca.
1. Memang gerai2 melayu selalu jadi mangsa perobohan. Kedai2 cina yang ko report bertahun2 pun HARAM depa nak serbu. Satgi sapa cakap kawan aku tue UMNO memang aku lempang laju2. Jangan tuduh2 bro. Lue tak fikir kot DAP = NABI kan?
2. Kegagalan PBT untuk menjelaskan situasi sebenar.
Aku berani cakap. PBT kat mana2 negeri pun memang ada masalah sistem yang teruk. Hampeh. Mengada2. Menyusahkan. Bersifat menindas. Bersifat pentingkan diri. Aku ulang balik idea aku. Entah kali ke berapa tah. Pada aku PBT ka Majlis Perbandaran ka Majlis Daerah ka apa ka senang cakap PENGUATKUASA la kan ;
1. Bila ko dapati gerai / kedai tersebut bermasalah, didirikan secara haram ke mengacau ke apa ke, cara pertama mulakan rundingan dengan peniaga tersebut.
2. Panggil dia masuk office. Dan bincang. Hoi peniaga. Apa pasal lue meniaga sana? Lesen takde pula tue. Itu salah ma.
3. Then dengar keterangan dari dia dulu. Pongpang2 dalam mesyuarat. Rangka strategi untuk selesaikan masalah. Apa masalah dia? Takde lesen? Suruh la dia apply lesen. Bantu dia. Tunjuk arah kat dia. Begini2 caranya nak apply lesen. Jumlah pula begini2..
4. Tapak haram? Alamak kawan. Sini tak boleh meniaga. Kacau lalulintas la sedara. Meh kita runding cari tapak baru untuk lue brader. Lue kena faham undang2 is undang2. Satgi berlaku apa2 yang kena maki lue dengan gua juga. Kita ikut la undang2 sama2 dalam pada itu kami disini akan jadi mesra peniaga. Masalah lue masalah gua juga. Gua takmo jadi kaki roboh saja. Gua nak jadi kaki roboh yang menyelesaikan masalah orang. Macam Nabi ma. Nabi larang orang sembah patung dengan Nabi bagi alternatif baru (ISLAM).
Itu baru betul.
Ini dok huhuhaha. Kang BN roboh kedai PR. PR melalak. Apa lah kejam sangat geng2 BN neh dok roboh kedai kamiii. Kat mana nak cari rezeki. Kang PR roboh kedai BN. Geng2 BN melalak. Kurang ajar punya racist diskriminasi tindas orang dan sebagainya. Sedangkan samada kedai BN ka PR ka yang kena roboh tetap la kedai rakyat juga yang kena roboh. Aku dan ko neh tak kira la ko tue PR ka BN ka apa ka, kita neh rakyat. Kedai2 yang kena roboh tue tak lain tak bukan, kedai2 rakyat juga. Apa jadahnya aku nak tepuk tangan bila tengok rakyat tak kira bangsa dok menangis kedai tempat mencari rezeki dirobohkan?
Tak betul tue kawan.
Pada aku cara PBT melaksanakan kerja ini perlu diubah. Ia harus terpakai untuk semua situasi untuk seluruh Malaysia tanpa kira bangsa dan agama.
Mana2 kedai jika mereka ada buat salah, kita bagitau depa dalam waktu yang sama kita sediakan solusi, supaya bila aku robohkan kedai ko pun ko happy aje2. Pasal apa? Pasal ko tahu ko telah pun dibantu untuk mencari rezeki di tempat lain yang mana ia bukan saja tidak salah dari segi undang2 bahkan dijamin ko akan dapat meniaga dengan aman.
Itu cara kita. Lebih tepat, itu cara rakyat. Pemisahan ikut parti pun tak betul kawan. Bukan hanya pemisah ikut bangsa dan agama aje salah, pemisah ikut parti pun namanya racist dan diskriminasi juga kawan.
Oke la bai.
Kredit gambar : Rakan Wassap.