Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 Januari 2014

Di siasat Angkara T-Shirt - Ko Tak Rasa Ke Undang2 Di Malaysia Neh Makin Gila?

Ko tengok. 

Berlambak2 kot tshirt yang UMNO jual untuk sindir PR. Betul? 

Even dorang pakai secara terbuka di negeri2 yang PR tadbir. Adakah ia di anggap mengancam dan mengangu-gugat demokrasi berparlimen hanya semata2 ko tak sokong PR? 

Tidak. 

Ia namanya ko mengamalkan sistem demokrasi. Selaras dengan apa yang termaksub dalam undang2 negara. Bukan nya ko langgar undang2 tau. Kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Setiap orang bebas bersuara, bebas mempunyai kepelbagai pendapat selagi mana tindakan2 dia itu tertakluk di bawah undang2. 

Lainla kalau ko membunuh. Itu baru namanya salah. Sebab kebebasan membunuh bukan sebahagian dari kebebasan yang dijanjikan melalui prinsip demokrasi. Tetapi kebebasan untuk menyatakan apa2 pendapat, menyatakan apa2 pendirian, menunjukkan ko sokong kepada mana2 parti politik, mengakui ko undi itu, undi neh, suka berdemo, tak suka berdemo, sokong BERSIH, tak sokong BERSIH itu hak masing2.

Mana2 pihak tak boleh la dakwa ko hanya semata2 ko tak menyokong pihak2 tertentu. Kes yang tertimpa ke atas Eddy Gordo ataupun pemilik The Yellow Boutique baru2 ini adalah salah satu bukti bahawa BN gagal memahami apa itu prinsip demokrasi ikut kaca mata undang2 yang termaktub dalam negara neh.

Lihat ;

 
 Seriously? Ko proceed case? Under SOSMA? What is the hell is that bro? It cannot be. 

Ia ada hak sesiapa untuk cetak apa2 tshirt berdasarkan apa2 solidariti yang dia sokong la. Katakan la dia sokong TURUN. So dia punya pasal la nak cetak TSHIRT kerana solidariti atas TURUN. Katakanla dia sokong BERSIH. Dia punya pasal nak buat TSHIRT BERSIH. Apa jadahnya cetak tshirt pun salah di sisi undang2? Yang lebih teruk guna SOSMA dakwa dia? Kenapa?

Punya berlambak2 orang BN cetak tshirt. Bahkan tshirt2 yang membawakan maksud sindiran yang berbaur fitnah. Usah kata siasat, tegur pun tak pernah. Blog2 BN yang sebarkan perkara2 mengarut, seks, fitnah tak hengat dunia, usah kata siasat, tegur suruh minta maaf pun tak pernah. Balik2 blog2 PR aje yang kena tegur. Kena ugut saman. Kena warning. Kena minta maaf. Kena lapor polis. Kena siasat. Apa kejadahnya semua itu?

Ini bukan demokrasi.

Maksudnya demokrasi di negara itu ada, kalau ko ikut perlembagaan negara la kan.

Tetapi dari segi cara ia diamalkan, ia langsung tak demokrasi bhai.

Balik2 orang2 biasa, rakyat2 yang tak berpangkat, yang kecil2, kena tindas, dapat layanan double standard, kena itu kena ini.

Malu kat negara luar bila tengok negara kita mendakwa seseorang hanya kerana dia jual TSHIRT. Ingatkan bunuh orang ke rogol ke apa ke. Rupa2nya pasal jual TSHIRT punya pasal. Itupun di bawah satu akta yang berat. SOSMA. Negara Islam la sangat.

Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...