Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 24 Januari 2014

Ku Nan Berang, Kata Orang Yang Tak Faham, BODOH!

Marah sangat Tengku Adnan. Ini semua gara2 laporan berita yang menyebut dia bakal memahsuhkan subsidi ron 95 dan ron 95 hanya akan dijual kepada mereka2 yang miskin dan layak saja.

Sebenarnya.

Subsidi bersasaran tue aku setuju. Aku tak nampak kenapa kenyataan itu jadi isu. Tetapi jika sampai menghalang orang2 kaya dari membeli ron 95 itu tak kena gaya la pula.

Yang perlu ditekankan ialah subsidi. Bukan ron 95. Maksudnya orang yang berbeza status membeli ron 95 dengan harga yang berbeza.

Contohnya geng2 sultan, kerabat2 diraja dan menteri2 serta ahli keluarga dan kroni2 mereka. Dah cukup kaya kan?

So ada logik ka kalau mereka lenggang2 kangkung pergi isi minyak ron 95 yang ada subsidi? Mana patut beb. 

Mereka patut bayar ron 95 dengan harga tanpa subsidi. Nak beli boleh beli tetapi beli dengan harga tanpa subsidi.

Kalau kita buat pelan subsidi bersasaran ketika ini memang patut sebab jurang antara miskin dan kaya semakin melebar. Tetapi cara kita nak mendefisinikan miskin dan kaya itu perlu juga kita perhalusi beberapa ciri. Jangan secara random aje cop orang yang bergaji rm5k orang kaya. Bayangkan, gaji rm5k, bekerja seorang, perlu tanggung keluarga, anak 4 orang, perlu bayar hutang rumah dan kereta, ini kategori kaya ke beb?

Tak kan.

Jika seseorang yang bergaji bersih 3k takde tanggungan tak perlu bayar apa2 hutang, itu lebih kaya dari orang yang bergaji rm5k dan perlu membayar macam2 tanggungan.

So kita kena susun juga, perhalusi betul2 macam mana kita atur pelan subsidi berkelompok neh. Bagaimanapun orang2 yang aku sokong sangat dilarang dari menikmati subsidi ron 95 ialah ;

1. Raja, Sultan dan kaum kerabat mereka yang kaya raya.

2. Menteri, ahli keluarga, kroni dan kaum keluarga mereka yang kaya raya.

3. Ahli2 perniagaan yang kaya raya, tokoh2 yang terbukti kaya raya di negara neh serta ahli2 keluarga mereka yang kaya raya.

Pendek kata sesiapa yang tahu sangat mereka neh kaya raya, tak payah la nikmati subsidi ron 95. Beli la ron 95 tanpa subsidi.

Mengulas lanjut berita yang disensasikan oleh media pada semalam. Ku Nan mengatakan mereka BODOH. Media = BODOH. SH tacap sikit ayat Ku Nan yang diperlihatkan agak kasar (kerana status menteri) supaya tak diperlihatkan Ku Nan ialah menteri yang biadap.

Rujuk ;



Sejujurnya aku pun baca juga berita Ku Nan tue. Tiada apa yang perlu disensasikan. Aku memang setuju 100% subsidi berkelompok/bersasaran. Ia memang kena dengan situasi sekarang. Kita bukan macam di UK. Semua perlu bayar cukai (berdasarkan gaji) dan semua akan menikmati kesamarataan tanpa kira kaya sangat atau kaya sedikit ataupun tak berapa nak kaya dan orang2 miskin pula dibantu tanpa kompromi. Tak kira bangsa, agama warna kulit apatah lagi warganegara. UK negara sosialis yang sering dipuji2 beb.

Kita sekarang neh dah masuk ke peringkat yang kaya makin kaya, dan mereka jadi semakin kedekut serta berkira dengan duit (attached dengan duit keterlaluan berbanding sifat keperimanusiaan) dan orang2 macam neh walaupun tak la kita kata semua, mereka sebenarnya dah menyusahkan orang2 miskin tanpa mereka sedari. Dibantu dengan polisi2 oleh kerajaan yang juga berperanan menindas orang miskin. Bukan salah orang kaya itu kaya kerana dia kaya. Bukan orang kaya tue jahat kerana dia kaya. Tetapi kekayaan itu sendiri bila tidak diuruskan dengan betul, tidak diagihkan dengan telus, maka wujudlah orang kaya makin kaya dan orang miskin makin miskin. Dalam erti kata lain, kekayaan itu bermasalah bila ia tidak menepati prinsip keadilan.

Pun begitu. Jangan kita lupa. Tengku Adnan ialah menteri BN. Dan kita sekarang neh sedang cakap pasal BN. Dan BN tiada rekod bahawa mereka amanah dan berintergriti dalam melaksanakan hal2 kebajikan untuk rakyat. Dalam erti kata lain meskipun dia cakap benda yang agak makes sense but himself doesn't make sense pula. Mekanisme 1 keluarga 1 rumah pun haprak tak pernah fikir. Mekanisme skim perumahan rakyat pun haprak pelaksanaannya. Lagi mahu sembang kencang bab baru? Yang sedia ada neh ko betulkan dulu. Masalah bab perumahan neh ko selesaikan dulu. Then kita proceed kepada kes lain..

Fahammmm?

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...