Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 Disember 2013

Hot : Gaji Ahli Parlimen Bakal Naik Sehingga RM35, 000 Sebulan !!!


Momantai. 

Kalau wakil rakyat macam Rafizi tue. Jenis alert dengan masalah rakyat. Buat kerja. Bentang fakta, hujah, idea dan strategi. Kalau yang macam Bung Muktar tue macam mana? Boleh ke rakyat menerima wakil2 rakyat seperti itu? Sudah tentulah tidak boleh. Ini bullshit namanya tue. Pun begitu RM35,000 sebulan terlalu tinggi. Tak boleh kita sokong waima dia buat kerja macam Rafizi sekalipun.

Hehe..

Rujuk ;
Gaji dan elaun mesyuarat ahli Parlimen dijangka dinaikkan lebih sekali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM16,000 dan RM500 sehari masing-masing.
Ia dijangka dibentangkan hari ini, seminggu selepas kenaikan gaji di beberapa negeri diumum dan mencetuskan kekecohan di kalangan ahli politik.
Berdasarkan kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan), Ahli Parlimen kini memperolehi gaji pokok RM6, 508.59 dan elaun mesyuarat RM200 setiap hari. Terdapat juga beberapa elaun lain yang menjadikan jumlahnya kira-kira RM5, 000 sebulan.
Seorang Ahli Parlimen, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya berkata, Jawatankuasa Dewan Rakyat bermesyuarat minggu ini untuk membuat keputusan ke atas gaji dan elaun baru, berikutan kenaikan gaji bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.
"Gaji seorang mungkin sehingga RM16, 000 iaitu setaraf dengan Jusa A atau gaji setiausaha bahagian. Dengan kenaikan elaun itu, ia boleh menjadikan gaji kami sehingga RM35,000 sebulan, " kata ahli Parlimen veteran itu kepada The Malaysian Insider.

Chelakey. Makin angkuh la ahli2 parlimen macam Bung Muktar tue. Sudahla kaki meroyan. Ahhhh aku tak boleh terima benda neh. 
Tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh.. !!!!
Tak silap aku ari tue Khalid Ibrahim cakap dia akan sokong jika ahli parlimen juga dinaikkan gaji. Nampaknya kenyataan tersebut telah menjerat diri dia now. Tindakan kenaikan melampau ini tidak bijak. Aku tak sokong. Biarpun ada yang membalon. Kita tetap relax tak sokong. 
Kenyataan MB, jika usul kenaikan ahli parlimen ada, Khalid juga akan sokong, itu juga tidak bijak. Memang betul pun kenaikan gaji adun2 dan MB Selangor terlalu tinggi dari segi jumlahnya. Bukan kenaikan menjadi kemarahan. Tapi jumlah kenaikan jadi pertikaian. 
Dan kini ahli2 parlimen pun akan menerima kenaikan yang lebih kurang serupa jika usul ini diluluskan. Sapa yang sokong Selangor hari tue nak sokong gak ke benda neh? Lihatlah bagaimana mulut dan jari berpakat spin dengan menyalahkan orang lain pula.
Amek kaw. 

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...