Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Disember 2013

Tanpa BN, Rakyat Mati Hanyut? Rakyat Bangsat? - Ini Jawapan Untuk Shahrizat.

Mulut tak agak2 makcik neh. Kot ye pun ko nak bengang ke apa ke ko amek tahu fakta dulu. Bukan aku nak kata mana2 pemimpin BN ataupun UMNO tak boleh bidas atau lakukan apa2 kritikan. Nak kritik, kritik aje la. Dah masing2 ada mulut kan. Tapi sebelum mengkritik tue belajar la amek tahu fakta dulu. Jalan cerita mesti mao tahu. Lepas tue baru boleh sembang kencang. Kalau tatau apa2 better diam aje la. Jangan sakitkan ahti orang. Jangan politikkan benda2 gini. 

Mula2 yang melalak tue sorang je. Dalam parlimen. Lepas tue sorang lagi menyahut. Luar parlimen. Maka beregu melalak neh terus - terusan melalak tanpa mempedulikan fakta kes.

Rujuk beberapa artikel lepas terlebih dahulu ;

Sini, sini dan sini.

Maka kecewa la aku kawan2. Aku ingatkan pemimpin2 akan faham. Bila ada masalah, ia bertujuan untuk diselesaikan. Rupanya mereka tidak. Bila rakyat dilanda bencana alam, mereka memilih untuk mengkritik dan membalon ikut sedap mulut aje. Kenyataan BANGSAT dilemparkan ke atas rakyat oleh Shahrizat. Dan yang lebih teruk dia cakap kalau tanpa BN pengundi2 PR akan hanyut. Err.. rasanya yang meninggal baru2 neh AJK UMNO akibat banjir baru2 neh AJK UMNO. Ke aku tersilap kawan2? Kalau ada sedara mara dia yang baca artikel neh aku minta maaf banyak2. Bukan nak politikkan kematian. Cuma nak bagitau Shahrizat bila kematian itu sudah ditetapkan untuk kita, ko UMNO ka PR ka apa ka takde kaitan kot. Urusan tersebut urusan Allah. Kita sapa nak lebih2 bhai?

Mula2 aku nak Shahrizat faham. Isu kelemahan bantuan banjir, isu pemimpin2 tertinggi kerajaan tak jenguk kawasan dalam kadar segera, isu bantuan lambat tiba, isu pemimpin2 BN sibuk pongpang2 dalam parlimen, isu pemimpin2 BN di kritik kerana lambat agih bantuan, isu media yang berpropaganda menutup kelemahan oleh agensi2 kerajaan yang terlibat dalam mengagihkan bantuan, isu pemimpin2 BN yang beronggeng sakan dalam PWTC, isu perwakilan2 UMNO yang sibuk dok mengampu dan sebagainya. Ia bukan keluar dari mulut pemimpin2 pembangkang. Ia keluar dari mulut rakyat yang mana mereka berada di lokasi banjir sebab mereka2 ini ialah mangsa banjir. Maka pemimpin2 pembangkang baca. Bila baca sebab tersebar di laman sosial, jadi mereka persoalkan. Kenapa begitu, kenapa begini.

Lihat. Boleh cari dan kenalpasti mereka sendiri. Tapi bukan dengan tujuan untuk menganiaya mereka. Dapatkan cerita sendiri dari mangsa2 banjir neh jika Shahrizat fikir pembangkang buat cerita.

Pengakuan2 berkaitan ;






Shahrizat ada tengok berita? Ada beberapa perkara yang Sharizat perlu tahu.

1. Pasal focus media. Ketika banjir baru mula2 berlaku, kebanyakkan media massa memberikan focus yang lebih kepada persidangan UMNO. Dan itu salah. Kerana apa? Kerana berlaku bencana alam dalam negara ini. Sepatutnya tumpuan media massa adalah kepada mangsa2 banjir. Bukan dok sibuk dok cover persidangan sekumpulan manusia yang asyik melalak mereka terbaek. SELF-CLAIMED bagitau satu dunia ko terbaek ialah kerja bodoh. Kalau ia kerja pandai maka agensi2 pengkreditan, merit, rangking tak patut wujud dah. Pasal masing2 boleh claim hello i terbaek you know. 

2. Maka media sosial jadi tempat untuk melancarkan bantuan, gerakan, sokongan dan juga hebahan berita.

3. Selepas keadaan di Kuantan lumpuh, dan kini Kemaman menghadapi nasib yang sama, maka tetiba2 media memainkan propaganda pula. Aku sejujurnya tidak tahu kenapa, mengapa dan apa2 langsung la apa sebenarnya yang telah BN plan dalam isu bencana alam neh. So aku takmo tuduh2. Tapi aku akan bercakap apa yang aku rasa berdasarkan apa yang aku nampak. Tiba2 media, PDRM bersatu ahti buat laporan pemberitaan. Yang baik2 pasal BN membantu mangsa banjir disiarkan. Aku dok perhatikan aje berita2 tersebut dengan penuh minat dan berspekulasi. Lepas tue yang baik2 pasal mangsa banjir dilaporkan. Mereka diberikan layanan yang baik la. Makanan cukup la. Penempatan banjir selesa la. Semua orang dapat diselamatkan on time la. Dan blablabla lagi.

4. Tapi nasib baik SH ada ahti perut. Awani pun ada ahti perut. Biarpun dalam laporan yang agak terpada2, kedua2 media ini ada melaporkan beberapa 'kekejaman' yang tidak patut berlaku, tetapi telah berlaku terhadap mangsa banjir. Salah satu contoh berita tersebut. Rujuk sini.

5. Yang cakap takde elektrik di Kuantan, Terengganu itu merupakan satu pembohongan pembangkang ke apa ke, sila la baca ini dulu. Sememangnya ini kenyataan dari TNB sendiri kot yang memutuskan bekalan elektrik angkara bencana alam. Apa jadahnya rakyat nak menipu benda2 gini. Bila dah banjir, suasana penempatan panas, ko ingat orang rasa selesa ke? Fikirlah sikit. Sebab tue kalau tak mampu bagi elektrik gunakanla generator ke apa. Kesian la kat budak2 yang tatau apa2 tue.. depa kecik lagi kot untuk faham situasi.

Jadi kat sini dah menampakkan ada satu usaha, seolah2 yang BN nak tutup kelemahan2 mereka dalam isu bencana alam yang melibatkan Terengganu dan Pahang, khususnya.

Bencana alam sudah berlaku berhari2 sebenarnya sebelum pemimpin2 yang disebutkan oleh Shahrizat melawat ke kawasan banjir. Usul yang meminta Kuantan di isytiharkan darurat pun dibuat sehari selepas banjir. Tetapi tak mendapat respon balas yang positif dari wakil2 rakyat BN. Dan kini walaupun pada jam 9 malam tadi Awani melaporkan air mulai surut di Terengganu dan Kelantan, tetapi tiada tanda2 air surut di Kuantan dan Johor. Bahkan mangsa banjir kian meningkat. Daripada 30k membawa kepada 39k. Itu berita malam tadi tau. Bukan berita hari ini.

Bukan hanya di Kuantan aje yang banjir. Di beberapa lokasi yang lain juga banjir. Di Johor juga banjir. Di Kelantan juga banjir. Tetapi rungutan hanya kedengaran berlaku di Terengganu dan Pahang. Kenapa? Ini kerana angka atau bilangan mangsa banjir itu tinggi. Ini juga bermaksud agensi kita lemah bila menguruskan mangsa2 banjir dalam kuantiti yang banyak dalam keadaan serentak.

Itu sebab dari bersembang kencang bab politik, Shahrizat patut bagi idea. Pelan tindakan. Bagaimana benda neh kita boleh repair di kemudian hari. Bukan sibuk bangsat membangsatkan mana2 pihak. Itu semua tindakan2 yang tidak perlu.

Di harap di lainkali, pemimpin2 BN terutamanya, jaga sikit laras bahasa tue. Jangan dok tengok isu dari segi politik je. Kadang2 ada benda2 yang kita terlepas pandang. Bukan kerana kita tidak prihatin, tetapi disebabkan kecuaian kita kat mana2, maka kita terlepas pandang. Maka, bila orang highlightkan kecuaian kita, instead of menyalahkan orang yang mengingatkan kita, baik kita repair kelemahan2 tersebut. Tak salah kita raikan kritikan dengan membina. Lantakla orang nak kritik guna bahasa sopan ataupun kasar. Bila kecuaian itu datangnya dari kita, suka tak suka kita kena tunduk kepala. Yang bagitau cara kasar, kita sabar sudah. Tekankan dalam ahti ini pengajaran. Yang bagitau cara sopan, kita hargai la. Masih ada ruang2 kebaikan dalam diri dia terhadap kelemahan2 kita rupanya. Jadi kenapa perlu melatah. 

Aku mahu Shahrizat tarik balik kenyataan dia. Bangsat itu ditujukan pada rakyat yang mengadu masalah. Dan ia tidak sepatutnya diucapkan oleh dia sebagai seorang pemimpin. Ia merupakan satu fakta pemimpin2 BN lambat turun ke kawasan banjir dan lambat melibatkan diri dengan mangsa2 banjir. Ia juga merupakan satu fakta yang pimpinan BN mengutamakan persidangan UMNO berbanding apa yang berlaku di Kuantan. Mangsa2 banjir di Kuantan, seramai hampir 40k ialah SAKSI KEJADIAN. Aku ulang, SAKSI KEJADIAN. Mereka yang akan bercakap kelak. Shahrizat boleh dengar sendiri. 

Ia juga merupakan satu fakta yang sistem agihan bantuan kepada mangsa banjir, ada yang terpilih, ada yang tidak sistematik, ada yang tidak adil dan ada yang kurang baik.

Ia juga merupakan satu fakta yang beg2 kepada bantuan banjir diletakkan LOGO BN sedangkan bantuan itu datang dari kerajaan MALAYSIA untuk RAKYAT MALAYSIA.

Jadi amek tahu kesemua fakta2 ini, cermin diri, minta maaf, dan kaji kelemahan2 kerajaan seterusnya perbaiki. Dengan menganggap tanpa BN semua pengundi2 KUANTAN akan HANYUT.. itu adalah merupakan satu CABARAN terbuka dari Shahrizat kepada RAKYAT MALAYSIA sebenarnya. Kami akan bagitau dan usahakan cara tertentu bahawa tanpa RAKYAT, yang akan hanyut itu adalah BN. With or without BANJIR sekalipun.

Sekian. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...