Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 Disember 2013

Dan Beginila Caranya UMNO Membunuh Bisnes Orang Melayu..

Baru je semalam aku mengumpat2 pasal melayu UMNO. Aku cakap. Cuba ko tengok tepi2 jalan neh. Semua orang cina meniaga elok je. Takde orang kacau. Tahu kenapa?

Sebab sesama orang cina depa tak mendengki sampai tahap report mereport. Depa dengki bab bersaing je. Peniaga2 tepi jalan tue kalau takde orang report memang tak kena kacau. Tapi start melayu HARAM mana tah gatal2 pi report makanya peniaga2 tepi jalan kena rush la.

Masa neh la depa jadi ikon undang2. Sejak bila tah penguatkuasa upah depa jadi model dok bercakap pasal undang2 pun aku tatau. Kita hidup kat negara neh nak kena ikut undang2. Tepi jalan mana boleh meniaga bhai. Kalau semua orang langgar peraturan habis la negara neh. Padahal lue dengki kot tengok rezeki dia kencang. Lue guna la taktik undang2 bagai.

Biasalah. Lue kan melayu UMNO. Melayu umno memang kuat pengdengki pun. Kadang2 bertahun minta lesen HARAM nak bagi. Lepas tue mai pula geng2 pengdengki. Wey lue tengok melayu rajin tue meniaga. Perghhhh masyuk beb wa cakap sama lue. Jom kita pakat2 dengki melayu rajin nak tak. Lepas tue kita kutuk depa pemalas sebab semua nak free jek. Lepas tue kita tambah api cakap depa meniaga tahu, ikut peraturan tak tahu. Lepas tue kita cakap lagi sapa suruh malas belajar rajin2. Padanla muka terjejas dengan kos sara hidup yang tinggi.

Jommm...

Dan begitula perangai2 HARAM melayu2 pengdengki neh. Pantang tengok orang lebih sikit dari dia. Ada jek taktik nak pejadal orang. Terkini. Yang menjadi mangsa dengki oleh geng2 pendengki ini ialah pasaraya SABASUN. Baru aku tahu. SABASUN = Sabar + Sungguh.

Kronologi ringkas.

1. Pasaraya Sabasun tertekan sebab kerajaan negeri seolah2 nak menganaktirikan kewujudan mereka yang berperanan menaikkan ekonomi orang2 melayu.

2. Apa yang dibuat oleh kerajaan negeri ialah menekan pemilik Sabasun dengan isu undang2 pasal bangunan yang tak mendapat kelulusan CF. Dan juga pasal tanah.

3.Rupa2nya kerajaan negeri ada projek lain. Depa minta Sabasun meninggalkan premis sedia ada sebab tanah tue akan di usahakan dan dibangunkan oleh syarikat luar / asing.

4. Rasanya orang tak kisah pun jika kerajaan ada pelan pembangunan untuk kemajuan rakyat Terengganu tapi apahal pula sampai perlu mendengki pasaraya yang sedia ada?

5. Yang sedia ada neh biarla je mereka. Jika mereka salah pasal CF bimbing la merek. Kenapa perlu di ancam dengan risiko penutupan pula?

6. Punya banyak tanah2 kerajaan yang tak terbangun di Terengganu kenapa perlu usik apa yang dah Sabasun usahakan? Memang tue tanah kerajaan. Tapi takde budi bicara ke kita? Tak boleh bertolenrasi ke? Takan la kerajaan tak boleh nampak betapa komprenshifnya pentadbiran dan pemilik pasaraya Sabasun untuk di iktirafkan oleh kerajaan dengan menghantar kertas cadangan demi kertas cadangan? Kalau ada yang tak kena, kenapa perlu tolak? Kenapa tidak bimbing mereka agar selari dengan apa yang dimahukan oleh kerajaan?

8. Pasaraya tue pekerja dia 100%  orang tempatan..Selain meniaga sendiri. Mereka juga mengupah orang. Wujudkan tenaga kerja. 100% tempatan pula tue. Kalau pasaraya tersebut diancam penutupan nya tak fikir ke bab nasib2 pekerja Sabasun?

Aku neh bukan bodoh dalam membenci UMNO secara melulu. Kalau kerajaan negeri ada maksud nak bawa pembangunan dan kemajuan aku percaya ramai  yang alu2kan dan raikan tindakan tersebut.

Tetapi janganla sampai menganiaya dan menganaktirikan rakyat sendiri. Lebih2 lagi yang berusaha untuk maju dan berjaya. Dari zero to hero. Jika mereka ada salah dan silap di mana2 bantu perbetulkanla. Kita jadi kerajaan yang membimbing. Bukan yang menghukum. Bukan juga membantu tambah meranapkan perniagaan orang2 melayu. Inilah perangai UMNO. Tikam sesama muslim sesama melayu sesama orang sendiri. Depa dok sembang macam bagus konon DAP membunuh perniagaan orang melayu. Ini yang berlaku di Terengganu neh bukan angkara UMNO ke? Ce citer.

Lihat gambar2 berita kat bawah as rujukan cerita okey. Dan kepada rakyat Terengganu, teruskan melawan taktik keji oleh kerajaan negeri neh. Jangan beri mereka ruang untuk tindas mana2 hak peniaga bumiputera yang maju atas usaha sendiri. Lainla kalau naik atas kroni. Itu lain citer nya kan. Jom lawan puak2 pengdengki tak tentu pasal neh. Jomm..











Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...