Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 Disember 2013

Bung Muktar, Kutuk Mengutuk Tidak Menyelesaikan Masalah - 2 Terkorban Nahas Banjir.

Bung Muktar sepatutnya rasa malu. Bahkan dia juga sepatutnya ada serba sedikit rasa bersalah dan bertanggungjawab bilamana sekarang neh kita sudah ada korban banjir di Pahang. 

Rujuk bawah ;


Bukan sekadar mangsa banjir bahkan nahas banjir. Angka kehilangan nyawa akibat banjir adalah 2. Semalam di parlimen Bung Muktar meroyan isu neh.

Rujuk sini bagi mereka2 yang belum tengok aksi royanan Bung Muktar.

Apa yang YB Fuziah buat? 

1. Dia bawa usul tergempar.

2. Kuantan lumpuh akibat banjir.

3. Masalah pertama babitkan isu air dan keselamatan. Apabila paras air naik, maka rumah mereka tidak boleh didiami. Kena berpindah ke lokasi yang lebih selamat. Kemudian kenderaan tidak boleh di access akibat air banjir. Maka kemudahan untuk bergerak juga limited. Lepas tue bagi mereka2 yang bekerja, dan duduk rumah, terpisah apabila jaringan komunikasi juga terputus disebabkan tatau kat mana nak charge telefon. Yang takde duit dalam tangan pun gelabah pasal nanti nak apa2 pun susah.. contoh beli pampers anak..

4. Masalah kedua babitkan isu makanan dan kesihatan mangsa banjir terutamanya yang melibatkan kanak2. Selain dari paras air yang naik, TNB juga terpaksa memutuskan bekalan elektrik di Kuantan. Basically, Kuantan lumpuh habis. Dengan banjir plus takde elektrik plus makanan limited, plus tempat untuk menempatkan mangsa2 banjir juga tidak cukup luas dan sempurna di tambah pula dengan suasana agihan bantuan yang tidak sistematik pada awal2 banjir bermula, disebabkan mereka tak expect yang banjir di Kuantan akan menjadi seteruk ini. Ini menambahkan lagi masalah demi masalah.

5. As wakil rakyat Kuantan, sudah semestinya FUZIAH SALLEH akan dilaporkan keadaan terkini di Kuantan, betul?

6. Jadi setelah menerima laporan la maka dia bawa usul tergempar. Bahkan dia memaklumkan JKM tidak mengambil apa2 peranan [ketika itu]. Ini berlaku kerana ada orang telah menelefon JKM dan memaklumkan masalah2 yang dihadapi oleh mangsa banjir. Tetapi JKM ketika itu tidak mengambil apa2 tindakan. ** Ketika ini rasanya semua dah ke sana untuk hantar bantuan. Kalau ikut respon menteri.

7. Lalu masalah2 yang dihadapi oleh rakyat Kuantan ini dibangkitkan dalam parlimen. Tujuannya bukan nak kutuk BN [kot2 la Bung Muktar ingat itu sebabnya] tetapi adalah disebabkan nak MINTA BANTUAN DARI KERAJAAN. Ini kerana keadaan yang kelam kabut yang berlaku di Kuantan ini memungkinkan akan ada nyawa yang terkorban. [sekarang dah ada yang terkorban yer]

8. Boleh nampak tak betapa BANGANGnya Bung Muktar sahut usul tergempar tersebut?

9. Ada ke suruh orang balik KUANTAN. Memang la kena balik KUANTAN untuk bantu orang KUANTAN tetapi MP KUANTAN nak balik dengan bawa bantuan. Bukan balik tangan kosong lengang kangkung tangkap gambar bersihkan rumah banjir orang. BODOH NAK MAMPOS PUNYA KINABATANGAN.

10. Tak habis2 PROVOKE dalam dewan. Yang kurang ajar tue, wakil2 rakyat pun ada yang gelak2 bila KINABATANGAN buat LAWAK BANGANG dalam parlimen. Sapa yang gelak2 tue? Dapat muka sebijik2 pun oke gak. Kasi amek ramai2 duduk dalam banjir 5 hari dengan takde makanan, takde air bersih, takde elektrik, takde apa2. Tengok dorang nak gelak2 lagi ke tak lepas neh.

11. Baguslah FUZIAH menerima penjelasan dari menteri. Nak cakap terima kasih kat menteri dalam PARLIMEN pun kena kacau. Apa bangsat sangat sikap KINABATANGAN neh?

12. LYNAS BOLEH DUDUK, BANJIR TAK BOLEH DUDUK <-- Kinabatangan provoke dalam dewan.

13. Kenapa perlu buat provokasi macam neh? Kenapa bukan, ah mari la kita sama2 salurkan bantuan secara sistematik. Cuba kumpul maklumat situasi terkini di Kuantan, dan kemudian kita boleh susun bentuk bantuan supaya semua pihak dapat menerima bantuan yang masing2 perlukan.

14. Tetapi apa yang wakil rakyat bangang neh buat ==> Bung Mukhtar = dia meroyan dalam PARLIMEN.

Tengokla masalah2 yang rakan2 kita di KUANTAN hadapi ;






Tak faham situasi tapi nak juga bercakap pongpang2. Buruk betul sikap yang ditunjukkan oleh Bung Kinabatangan. Dia patut belajar bagaimana nak berhujah berlandaskan fakta. Jangan bawa emosi dan sentimen merepek dia dalam parlimen. Parlimen bukan tempat beruk bersidang. Tapi tempat wakil rakyat bersidang untuk bahaskan masalah2 rakyat. Jika nak bersidang seperti beruk, pergi la kat tempat beruk2 bersidang weh Bung Muktar.

Kalau aku jadi Bung Muktar aku minta maaf aje pada orang awam. Pasal tidak mengambil pendekatan serius dalam isu banjir di Kuantan. Pada kita yang tak berhadapan dengan banjir neh memang la kita rasa lawak huhu haha. Tapi pada mereka yang menghadapi situasi banjir neh tak boleh nak dibayangkan betapa tak keruan nya ahti masing2. Rumah lagi. Barang rosak lagi. Kereta lagi. Macam2 masalah nak fikir. Jangan bergurau tak kena tempat. Jangan meroyan tak tengok situasi. Pandai2 la lue fikir sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...