Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 4 Ogos 2013

FINAS Jawab Namewee.


Nampaknya FINAS terkesan dengan apa yang Namewee ulas dalam video terbaru nya.

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/08/namewee-sound-menteri-malaysia.html

Bukan itu saja, bahkan PERKASA mendesak agar tindakan dilakukan ke atas Namewee akibat penyiaran video tersebut. Provokasi itu yang Namewee mahu. Untuk apa? Untuk promosikan filem terbarunya.

Baguslah.

Provok je Namewee habis-habisan. Paling2 koman pun dia kena bayar denda lepas ditahan reman andaikata itu berlaku la kan. Apa dia kesah? Janji filem dia meletup di pawagam sudah la.

KAH KAH KAH

Berikut kat bawah respon FINAS berhubung perkara tersebut ;

“Dakwaan kononnya wujud unsur pilih kasih, diskriminasi sehingga ada filem yang masih belum ditayangkan adalah tidak benar kerana dia patut tahu di Finas kita bukan terpaksa melayan satu filem malah berpuluh-puluh yang menunggu giliran jadi saya tidak faham mengapa Namewee  mempertikaikan hal ini kerana sebagai penerbit dia lebih arif tentang peraturan industri filem di negara," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Dia patut tahu Skim Wajib Tayang mempunyai standard tertentu dan prosedur jadi kita tidak akan nilai filem itu hanya mengikut individu saja, banyak faktor lain, dia harus terima bukan kerana kononnya yang sesuai, dia terlepas tempoh tayangan hari raya atau kita tidak memberi tarikh yang diminta, sebab banyak lagi filem yang tunggu giliran," tambahnya. 

Tak sure apa yang dimaksudkan dengan standard dan prosedur tertentu yang FINAS sebutkan disini tapi aku rasa standard yang FINAS amalkan tak la menepati kehendak2 yang sepatutnya di amalkan oleh negara yang konon nya berakidah ISLAM neh.

Hehe. 

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/finas-nafi-pilih-kasih-seperti-dakwaan-namawee

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...