Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Ogos 2013

Mangsa Ugutan Bunuh Harus Laporkan Diri Kepada POLIS Dengan Segera.

Orang ugut kita. Nak bunuh kita. Nak tembak kita sampai mati. Kita dah tahu kita jadi sasaran pihak tertentu. Ataupun sekurang2nya kita sedar bahawa kita sedang menjadi sasaran pihak tertentu. So sudah sepatutnya kita segera laporkan diri kepada pihak polis untuk mendapatkan perlindungan. 

Jangan sampai kena tembak dan mati.

Menyesal tak pasal2.

Dalam beberapa hari neh kejadian tembakan berlaku secara bersiri. Ataupun berturut2. Upah pembunuh upahan serendah RM1,000 pun ada.

Ini gila.

Baca bawah ;

Selepas akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan boleh diperoleh dengan RM5,000 di Malaysia, akhbar tempatan pula hari ini melaporkan harganya lebih rendah lagi.

Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia.

Dalam temubual dengan Sinar Harian,penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api.

"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah. 

"Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," beliau dipetik sebagai berkata.

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/237732

Polis pun tatau ko jadi sasaran. Hanya ko jek yang tahu ko jadi sasaran. Dengan melaporkan diri kepada polis dengan segera at least polis boleh buat beberapa langkah2 bagi melindungi diri ko. 

Kalau baca kes semalam, yang berlaku di Kelantan, kejadian tembakan terkini tue, selain mangsa yang terkorban, pihak lain turut menjadi mangsa juga. Maksudnya kali neh mereka akan bunuh sesiapa saja tak kira la pada waktu apa pun. Even selepas bersahur pun kalau depa nak tembak tetap tembak.

Apatah lagi mangsa memang tahu dia bakal menjadi sasaran.

Orang kata cegah sebelum parah. PDRM juga boleh mengeluarkan kenyataan. Sesiapa yang merasakan diri mereka bakal menjadi sasaran seterusnya, samada kes dadah ataupun kes dendam, ada menerima ugutan mahupun menghidu ada pihak2 yang mengekori pergerakan anda, sila laporkan segera kepada pihak polis supaya polis dapat mengambil tindakan susulan.

Bukan jalan raya je nak kena kawal sempena musim perayaan neh. Nampaknya kes kejadian tembakan bersiri pun nak kena pantau juga. Banyak la kerja polis lepas neh. Takpe. Janji buat kerja. Bukan main politik. Kalau itu baru kita pertikaikan.

Haha. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...