Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 4 Ogos 2013

Muhyiddin Nafi Heret Non Muslim Dalam Isu Video Beraya Bersama Anjing.

Alamak ai.


Aku tengok paper tak habis2 dok kata Maznah wudhukan anjing2 dia. Adakah sesiapa nampak dia dan anjing2 bersolat selepas amek wudhu? Dan kalau betul pun dia buat benda gitu, salahkah anjing menyembah Allah, tuhan yang menciptakan aku dan kau?

Memang pelik.

Aku tengah fikir2 benda neh dari hari tue lagi. 

Semua makhluk yang Allah cipta jika menyembah Allah, ia memang perkara yang patut,  bukan satu kesalahan. 

Adakah kerana.. ish ish ish.. anjing pun solat. Kalau la manusia tak solat apa la nak di anggapkan ek.

Hehe.

Akan tetapi aku nak rujuk dalam konteks video yang Maznah buat sekarang neh. Aku tak nampak Maznah solatkan anjing2 dia jauh sekali bawa masuk dalam mana2 masjid. Takan basuh kaki dan tangan sebelum masuk rumah di anggap berwudhu kot? Jaga kebersihan pun salah.

Hehe.

Lantak korang la nak kata dia hina Islam dan apa bagai. Bagi aku dia tak buat benda tu. 

Dan bagi menjawab desakan DAP dan beberapa pihak lain, Muhyiddin akhirnya tampilkan diri menafikan bahawa dia mengaitkan 'bukan islam' sebagai pihak yang terlibat dalam insiden video beraya bersama anjing.

Bawah neh respon dia ;

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak merujuk secara khusus kepada sebuah klip video dalam laman YouTube bertajuk "1 Hari di Hari Raya" ketika membuat peringatan supaya tidak ada mana-mana pihak terus menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataannya Selasa lepas hanya membuat kenyataan secara umum.  

Bernama dalam laporan sebelum ini mengatakan bahawa peringatan Muhyiddin itu merujuk kepada klip video yang memaparkan seorang individu membasuh tangan dan kakinya seperti mengambil wuduk dan kemudian melakukan perkara yang sama kepada tiga ekor anjing.

Muhyiddin juga dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di Putrajaya tidak menyebut secara khusus bahawa orang bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama Islam seperti dipetik laporan yang sama.

Beliau menggunakan perkataan "sesetengah pihak telah memperlekehkan dan mempersendakan agama kita" sejak akhir-akhir ini dan berharap ia tidak berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain. - Bernama

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...