Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Ogos 2013

Seorang Umat Islam Bergambar Dengan Arak - Hina Islam Kah Ini?

Berdosa nya aku.

Kepada tuan punya badan, jangan marah. Tapi kalau marah, tolong maafkan aku. Secara peribadinya aku tidak mahu membabitkan ko. Bukan kerana ko VVIP maka aku rasa ko tak boleh kena tegur bila ko minum arak. Tetapi aku percaya aku belum lagi tiba di tangga untuk melayakkan aku menegur ko. Secara peribadi nya aku tak berapa minat dengan benda2 gini kerana aku sentiasa percaya selagi kita belum mati kita sentiasa ada peluang untuk bertaubat dan berubah.

Cuma aku nak tanya apa peranan JAKIM dalam menanggani kes2 begini? Aku sejujurnya aim JAKIM personally sebab aku melihat ketidakadilan dilakukan secara terang2an kat depan mata aku neh. Aku tak boleh terima langsung.






Ini hina Islam atau tidak?

Ini ialah salah satu contoh yang aku nampak. Sejauh mana isu2 neh menjadi kontroversi dan sensasi di media massa? Pejuang islam suci murni? Krik krikk.. hanya bunyi cengkerik saja?

Kenapa pula bila ianya melibatkan rakyat biasa contoh kes Maznah yang pegang anjing, ianya menjadi kontroversi meskipun video tersebut ialah video 3 tahun lepas?

JAKIM.

Aku dah tulis banyak kali. Meletakkan hukuman bukan permasalahan utama disini. Permasalahan utama ialah bila kita hukum sesetengah pihak dan tidak pula menghukum sesetengah pihak yang lain. Dalam erti kata lain, kita bersikap double standard, bias, tidak adil, tidak tengah2.

Maznah teruk sangat hina sangat, malaikat taknak masuk rumah dia sebab ada anjing.

So orang yang minum arak mabuk2, malaikat masuk rumah tak?

Orang yang bunuh, rompak, rogol orang, malaikat masuk rumah tak?

Orang yang mencari rezeki haram, malaikat masuk rumah tak?

Orang yang berzina malaikat masuk rumah tak?

Orang yang pukul rakyat, malaikat masuk rumah tak?

Orang yang menfitnah orang, malaikat masuk rumah tak?

Orang yang seksa binatang, malaikat masuk rumah tak?

Orang yang menyeleweng wang negara, malaikat masuk rumah tak?

Orang yang bersubahat untuk bunuh umat islam malaikat masuk rumah tak?

Orang yang derhaka pada mak bapak malaikat masuk rumah tak?

Orang yang tak solat malaikat masuk rumah tak?

Orang yang malas puasa malaikat masuk rumah tak?

Hish. JAKIM.

Yang terbitkan majalah mangga playboy, yang jual, yang beli, yang baca, malaikat masuk rumah dorang ke tak?

Haha.

Islam itu adil. Tetapi umat islam belum tentu. Islam terbuka kepada perbahasan yang sihat dan matang. Setiap persoalan ada jawapan. Tetapi belum tentu persoalan2 tersebut semua umat Islam ada jawapan nya. JAKIM, sudah2la tu memperbodohkan diri sendiri. Setakat nak buli rakyat biasa tak payah la nak tunjuk hero.

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...