Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 Julai 2013

KJ Tertekan, Isu Rogol Terus Jadi Perbualan.

3 isu dalam satu hari.

Kes rogol.
Kes arak.
Kes langgar lari.

Kes langgar lari kita boleh anggap ia kesilapan si pemandu yang cuai. Lepas langgar, lari pula. Bukan seorang yang menjadi mangsa tetapi 3 orang. Takde sivik punya pemandu. Lepas langgar tue berhenti la. Tengok keadaan. Nak buat macam mana. Memang la kena tanggung kesalahan sebab dah buat salah. Normal la tue. Yang tak normal ialah ;

1. Bila buat salah taknak tanggung kesalahan.

2. Bila tak buat salah, dipersalahkan seolah2 macam buat salah.

Ini baru tak normal. Kalau terima kesalahan itu maksudnya normal = akal ko waras.

Selepas itu kes rogol menjadi kontroversi di media sosial. Ini berlaku berikutan ada akhbar yang melaporkan kejadian tersebut. Maka pengguna media sosial bercerita mengenal hal tersebut. Maaf, lebih tepat, kebanyakkan nya memilih MENGECAM akan kejadian tersebut dengan MENGECAM MANGSA.


Aku takmo cakap / sebut pasal bangsa / agama pada awalnya. Bagi aku kalau dah merogol tetap la merogol. Peduli hapa dengan bangsa dan agama ko sekalipun. Tetapi aku terguris baca komen2 yang mengherdik mangsa rogol.

Padan muka kena rogol sebab minum arak.
Yang pandai2 minum arak sapa suruh kan dah kena rogol.
Kalau kalah baca la Alquran apa bagai.
Arak punca masalah, dah tahu salah pergi minum apa? Sekarang rasakan.

Lebih banyak yang menyalahkan si mangsa yang minum arak. Ya ya mereka akan bagi ko jawapan seperti berikut ;

Wehh kita orang tahu la ROGOL tue salah, tapi kita orang nak TEKAN KAN isu ARAK sebab memang si mangsa tue BERDOSA BESAR sebab kerana minum arak.

Aku tak sure bab dosa besar. Sebab tak disebut pasal bangsa/agama si mangsa pun. Tapi ada orang mesej aku bagitau bahawa ;

Mangsa rogol = remaja perempuan = cina.

Perogol = Melayu dan India.

Ini bukan bermaksud bila sesiapa selain muslim, bila ia mabuk, ia dihalalkan. Jangan salah faham. Minum arak dan mabuk disebabkan arak ia adalah dua situasi yang berbeza. Bukan semua yang minum arak akan mabuk. Tetapi setakat neh kebanyakkan yang mabuk, adalah angkara arak. 

Bila baca berita di atas, konklusi yang aku dapat ;

1. Mangsa mungkin bawah umur yang dibenarkan untuk consume alkohol. Betulkan kalau salah. Bukan 21 tahun ke atas ka?

2. Minum di kawasan terbuka = gelangang bola kerajang.

3. Minum sehingga hilang kewarasan.

4. Mengakibatkan dia tiada daya untuk melawan ketika dirogol dalam keadaan separuh sedar.

Jadi ini MUNGKIN kes minum arak bawah umur, di kawasan terbuka dan melebihi dari apa yang dia mampu consume. Ini bukan kes padan muka, andai korang tetap perlu menyalahkan mangsa.

Mangsa tension sebab kalah perlawanan. Maka dia minum arak. Dan dia terlebih consume dari apa yang dia mampu consume. Minum arak bagi orang bukan Islam bagi aku tiada masalah. Tetapi haruslah dalam kemampuan dia. Maksudnya takat mana badan dia boleh terima/tolerate dengan alkohol. Jangan minum melebihi dari apa yang badan ko mampu terima. Sebab itu la ko sampai mabuk dan hilang kewarasan. Itu pemahaman aku yang tolerate dengan cara hidup orang bukan Islam. Dan, kalau ko perlu sekalipun untuk mabuk2, maka lakukan dalam rumah sendiri. Jauh dari masyarakat supaya tak mengacau orang awam.

Bawa arak masuk dalam kawasan larangan, minum di tempat terbuka = gelangang bola keranjang ini membuktikan aspek keselamatan tidak ditekankan dalam kejohanan SUKMA kali neh. Takde rondaan, takde pemantauan dan pemeriksaan. Silap2 senjata pun boleh dibawa masuk. Kalau ada orang nak bawa masuk c4 pun mungkin boleh. Kawalan keselamatan yang longgar memungkinkan para atlet mengambil kesempatan.

Yang neh penganjuran SUKMA harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Yang neh menteri KBS harus memainkan peranan supaya kes seperti ini tidak berulangan lagi. 

Di Malaysia had minum arak mungkin 21 tahun. Tak silap aku. Atau mungkin 18 tahun. Aku tak sure yang mana satu.

Tapi setelah mengabungkan semua konklusi neh apakah pendekatan kita menyalahkan mangsa itu betul? Kalau aku, aku akan cakap ia tak betul langsung. Ya, dia melakukan satu kesalahan. Tetapi itu tak bermaksud ia mewajarkan kesalahan yang dilakukan ke atasnya. Maksud aku kat sini bilamana kita melihat ada mangsa yang dirogol dalam keadaan dia mabuk = maka kita kena tekankan jenayah rogol ke atasnya bukan jenayah dia mabuk, meskipun jenayah mabuk mempengaruhi. Jika ia perlu, maka kita tekankan tang mana salahnya dia supaya dia belajar dan tidak ulangi kesilapan. Menghina dan me- padanmuka - kan mangsa bukan tindakan yang tepat. Kita bercakap pasal rogol yang bukan dalam kerelaan sendiri. Kita bukan citer pasal Saiful yang rela tukar seluar dan salin ke tuala untuk diliwat.

Kita boleh memilih untuk menjadi masyarakat yang pengasih dengan mendidik dia. Dengan memberikan dia satu teguran yang tidak menguris perasaan mangsa. Tetapi kita memilih untuk memaki hamun dia. Ini bukan cara yang betul. Biarpun mangsa itu muslim sekalipun ia bukan cara yang betul. Mangsa rogol adalah mangsa rogol, samada dia sedar mahupun tidak. Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...