Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 12 Julai 2013

Harga Rumah Semakin Mahal, Rakyat Terus Sengsara.


Gila ah.

RM1juta kos untuk membeli rumah pada tahun 2020? Kalau agak2 gaji tak cecah Rm12,000 sebulan, boleh pergi mampos ah nak beli rumah di kawasan bandar?

Bapak gile mahal.

Ini antara laporan dari Sinar Harian yang disiarkan semalam [9/7/2013] ;

Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.

Katanya, untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.

Jika perkara itu benar, Selangor sebagai yang berada dalam lingkungan Lembah Klang pastinya menerima kesan kenaikan mendadak harga rumah.

Dalam isu ini, nampaknya golongan yang semakin tersepit dan terhimpit adalah golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan. Ini kerana, bagi golongan berpendapatan rendah, mereka dibela dengan penyediaan rumah mampu milik kerajaan negeri dan PPR/PPA.

Macam tak tepat.

Golongan yang berpendapatan rendah pun kalau takde kroni dan peluang mana dapat beli rumah. Berlambak2 gak golongan yang berpendapatan rendah takde rumah. Dah memang betul pun yang berpendapatan serdahana makin tersepit sekarang.

So situasi yang berpendapatan serdahana = rendah = berhadapan dengan satu situasi yang sama.

Macam mana nak atasi masalah neh? Sampai bila la kerajaan nak bagi rakyat rasa tak secure untuk beli rumah sendiri pun rasa susah neh?

Kerajaan yang adil dan baik ialah kerajaan yang membantu rakyat rasa secure. Secure tue bukan nya maksudnya bebas dari jenayah semata2 tau.

Secure tue rasa nya kita nak bekerja senang, belajar senang, beli rumah senang, beli kereta senang, bayar hutang senang..

Segala2nya senang melainkan kita jek yang buat ia jadi susah dengan menjadi MALAS BERUSAHA.

Situasi sekarang RAJIN BERUSAHA pun tak berguna, kerana adanya KRONI dan ganguan2 dari mereka2 yang TAMAK HALOBA/PENIPU/PEROMPAK/PENYAMUN/TAK JUJUR/TAK AMANAH.

Mereka berada di tengah2 laluan kita untuk mencapai sesuatu.

Contohnya polisi kerajaan. Oke BN buat satu polisi. Tapi sayang yang urus polisi tersebut orang tamak, maka sama la juga ia rosak di tengah jalan. Bukan sebab polisi tue teruk tapi tukang yang laksanakan polisi tue tak amanah.

Tapi masalah kita sekarang dengan BN2 sekali bersubahat untuk menekan rakyat. Kerajaan patutnya sudah mula memingkirkan langkah2 tertentu bagi membela nasib golongan2 yang takde rumah. Jangan fikir status sangat. Tak kira serdahana ka pendapatan rendah ka asalkan mereka takde rumah, bantu je la semua sama rata. Tak kira bangsa mahupun agama.

Kerajaan kita sepatutnya buat apa?

1. Kawal harga rumah.

2. Kawal harga bahan binaan. Jangan biarkan kapitalis amek kesempatan. Ka depa geng2 BN juga?

3. Stop semua kelulusan untuk bina rumah mahal. Ka pemaju2 neh seme geng2 BN juga?

4. Nak taknak pemaju nak hidup, nak berniaga, terpaksa la mereka buat juga rumah kos rendah dan serdahana.

5. Longgarkan syarat pinjaman.

6. Turunkan kadar faedah dan cuba cari ruang diskusi dengan BANK untuk memudahkan urusan pinjaman.

7. Spekulasi harga rumah semakin teruk. Tolong la bagi pengajaran kepada pemain2 spekulasi neh.

Dan aku juga berharap kerajaan negeri ka pusat ka tak kisah la BN ka PR ka mereka boleh buat 2 benda neh.

1. Buat skim simpanan. Setiap pekerja perlu menyimpan di bank tertentu bagi dijadikan modal permulaan untuk beli rumah. At least deposit dah tak payah nak pening2 kepala mencari sebab dah menyimpan at least selama 5 tahun bagi membeli rumah. Selagi ia tak digunakan untuk beli rumah, jangan bagi duit tue keluar.

2. Buat satu polisi, satu keluarga satu rumah. Tak kira la ko miskin ka kaya ka apa ka asalkan ko dah kahwin, ada anak tapi takde rumah maka kerajaan akan utamakan keluarga ko untuk beli rumah terlebih dahulu. Urusan untuk setiap pasangan samada ada anak ataupun tiada anak untuk beli rumah pada pertama kali haruslah dipermudahkan. Elok juga kerajaan tetapkan kuota tertentu untuk dipenuhi golongan seperti neh kepada pemaju2. Berdasarkan kepada pemohon yang first applies first serve.

Situasi sekarang ramai orang2 miskin dan berpendapatan rendah especially melayu2 ramai yang takde rumah sendiri. Kerajaan kata mereka bantu orang melayu. Bantu la sangat. Kalau bantu tak la ramai orang2 melayu duduk pinggir2 bandar jek sebab nak beli rumah kat bandar terlalu mahal. Kalau pun loan bank dipermudahkan, mampu ke bayar balik RM1,000 tiap2 bulan?

So yang efektifnya kawal harga rumah dan kawal kadar faedah supaya pembeli boleh beli dan mampu bayar tiap2 bulan. Baru rate harga RM400,000 pun rasa tercekik nak bayar. Inikan pula kalau harga sejuta? Melanguk la melayu2 dok kat kampung pula lepas neh. Fikir2kan la ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...