Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 7 Julai 2013

7 Wanita Mati Akibat Perfume - Polis Bagi Amaran Keras.


Sebaran dari wassap ke wassap. Nampaknya spekulasi mengenai perkara tue tersebar dengan meluas sebab tue la POLIS tampil beri kenyataan yang keras.

Berikut di bawah ialah respon dari Polis ;

Polis menafikan khabar angin bahawa tujuh orang wanita mati di sebuah hospital swasta di Jalan Ampang dekat Kuala Lumpur baru-baru ini selepas mereka menerima bungkusan mengandungi sampel wangian atau losyen beracun.
 
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh Ishar Singh dalam satu kenyataan di Facebook polis berkata perkara itu disahkan tidak benar selepas semakan dibuat dengan pihak hospital berkenaan dan mendapati bahawa laporan itu tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata dua tahun lepas turut dikhabarkan berlaku perkara yang sama di hopital berkenaan.

Polis menasihati orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin atau berita palsu sedemikian dan tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada akan diambil kepada sesiapa yang menyebarkannya. 

- Bernama

Baru2 ini menerusi wassap, aku telah menerima mesej yang mengatakan ;

1. Ada 7 wanita mati selepas menghidu perfume.

2. Sample perfume diterima melalui mel / pos.

3. Kematian mereka dirahsiakan kerana tidak mahu menimbulkan suasana kelam kabut.

4. Mohon sebarkan.

5. Sila call no yang tertera untuk pertanyaan lanjut.

Peh.

Tatau la berapa ramai yang sebarkan benda gini tapi aku percaya memang ramai sebab tue la PDRM terpaksa tampil buat penafian dan siap bagi warning keras lagi tue.

Apa pun dengan kenyataan tersebut, harap2 tiada lagi sebaran mengenai hal berkaitan. Melainkan jika kes tersebut memang betul2 berlaku, bawa la bukti yang lebih kredibel sikit. Senang sket nak berhujah kalau kena tangkap.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...