Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 12 Julai 2013

Seorang Menteri Di Nasihatkan Mendapatkan Rawatan Di Hospital Sakit Jiwa Dengan Segera.

Oke. 


Ini memang sah2 merepek tak tentu hala. Sebagai seorang menteri, kot ye pun ko nak cakap benda tue tak boleh didedahkan sekalipun, boleh tak, boleh tak kalau ko bagi satu jawapan yang MUNASABAH untuk kami semua terima?

Boleh tak kalau ko anggap bahawa rakyat Malaysia bukan ;

1. Sekumpulan manusia yang BODOH yang terima bulat2 setiap apa yang ko sebut.

2. Manusia yang tak reti berfikir.

3. Manusia yang takde akal dalam kepala hotak masing2.


RAKYAT MALAYSIA = MANUSIA. BUKAN SPESIS MONYET la.


Tolong la wahai menteri2 Malaysia. Sampai bila korang nak anggap kami neh bebal2 belaka? Kalau la menteri2 neh anggap rakyat Malaysia jenis berfikir mesti mereka tak tergamak tau nak bagi jawapan macam kat bawah neh. Siyes. Sedih aku mengenangkan di Malaysia kita ada ramai pemimpin2 yang berstatus menteri, yang anggap kita neh bebal2 belaka sampai sanggup bagi jawapan macam neh dalam parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Dewan Rakyat, identiti pembekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum mesti dirahsiakan.

Perkara itu dibangkitkan semasa sesi penggulungan untuk Jabatan Perdana Menteri terhadap titah Yang di-Pertuan Agong semalam.

Katanya, jika maklumat itu didedahkan, orang ramai akan beratur untuk mendapatkan dakwat itu daripada pembekal bagi mengganggu proses pilihan raya.

Situasi yang boleh berlaku, tambahnya, pihak itu akan mencelupkan dakwat di jari mereka dan beratur di pusat perjumlahan undi dan enggan mengemukakan kad pengenalan.

Berhubung pilihan warna dakwa yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, Shahidan berkata, rahsia itu hanya diketahui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Ini jawapan menteri. Tahu tak JAWAPAN MENTERI.

Pembekal boleh jek taknak jual kepada pembeli. Lagipun apa point pembeli nak beli dakwat untuk celup jari dan beratur di pusat pengundian dan sambil taknak tunjuk IC?

POLIS semua dah BERSARA ke?

PUPUS?

Kalau ada yang buat hal, tangkap je la. Nak heran apa dia?

Aku tak faham la dengan menteri2 di Malaysia neh. Baca jawapan dorang nampak sangat dorang pun main baca skrip jek. Aku rasa kalau dia baca dulu apa yang dia kena bacakan di parlimen mungkin dia pun tak TERGAMAK nak baca jawapan macam neh.

Jelas jawapan yang dibacakan itu merupakan satu jawapan yang sangat2 bodoh. Tak teruji langsung nak berdebat dan berbahas selepas membaca jawapan macam neh. Kot ye pun nak melindungi pembekal, bagi la jawapan yang logik dan diterima oleh akal manusia yang waras. Ini jawapan macam orang sakit jiwa. Dah buat checkup ke belum sebelum masuk parlimen Malaysia wahai menteri2 Malaysia?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...