Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 23 Jun 2013

Video Peserta Himpunan Belasah Kakitangan DBKL Tersebar.

Korang baca apa yang si Utusan tulis dulu ;



Belasah ke pukul curi? Macam pukul curi jek aku tengok weh Utusan.

Lihat video pula ;

 

Dorang cakap video di atas neh video episode pertama. Akan ada video susulan part 2 untuk membongkar wajah peserta perhimpunan yang membelasah kakitangan DBKL. Oke. Kalau ada aksi dia membelasah, hah sebarkan la.

PDRM pun memang tengah cari kan. So biar je la polis siasat.

Aku memang tak sokong sesiapa belasah sesiapa sekalipun. Baik PDRM belasah rakyat mahupun sebaliknya. Takde faedah belasah membelasah neh pun.

Kalau tengok pada permulaan video, geng2 SAMM menghormati tugas kakitangan DBKL. Cuma beberapa individu jek yang tetiba panas line. Aku pun tak faham kenapa mereka panas line sedangkan perbincangan berjalan dengan begitu sempoi dan berlapang dada bagi kedua2 belah pihak.

Cuba tengok time dorang dok provoke2 kakitangan DBKL dengan tutup muka dia dengan bendera SAMM, kan di alihkan semula oleh mereka2 yang berbincang tue?

Kat sini secara jelas kita melihat bahawa ;

1. Ada peserta2 perhimpunan yang matang. Mereka mahu ia berterusan secara aman. Dan tidak suka kepada provokasi dan keganasan. Mereka boleh menahan sabar dan tidak emosi tak tentu pasal.

2. Juga ada peserta2 perhimpunan yang kepala angin. Tak pasti apa masalah mereka. Mungkin dia ingat kakitangan DBKL tue pengerusi SPR kot. Kecik besar kecik besar je dia tengok.

Sebenarnya kakitangan DBKL tue hanya menjalankan tugas. Majoriti tahu dia menjalankan tugas semata2. Sebab tue majoriti menghormati dia.

Dah boss arahkan dia untuk buat tugas, maka dia buat je la kerja dia. Kalau aku jadi kakitangan DBKL pun aku akan buat benda yang sama. Dah skop tugas aku macam tue. Apa aku nak cakap? Turuti arahan je la. Ataupun kalau taknak ikut arahan, aku berhenti la. Dah berhenti sapa nak bagi kerja? Budak2 yang provoke tue ada nak tolong?

Jangan harap la.

Maksud aku kat sini ialah kita kena berpaksi pada realiti la. Suka tak suka sekalipun, ini la realiti kita pada hari neh ma. 

Apa pun aku harap la peserta2 perhimpunan yang terlebih semangat tue, cool down. Jangan sampai semangat korang menjurus kepada benda yang merepek2 pula. Kan ada leader yang incharge semua2 benda neh? Leader pun rilex2 aje, korang pula terlebih2 dah kenapa?

Cool down la.

Tak pasal2 perhimpunan semalam jadi kontroversi disebabkan tindakan 2,3 pihak.

Kira bertuah juga la kan orang2 umno dapat tangkap scene tersebut. Satu KEBETULAN yang sangat2 MENGUNTUNGkan.. betul?

Hehe.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...