Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Jun 2013

TV3 Punca Penyokong Pakatan Rakyat Bergaduh.

Aku tatau nak salahkan tv3 atau tidak. Di satu pihak aku melihat ini strategi propaganda yang BN gunakan untuk meraih sokongan. Setakat propaganda tue aku kira biasa. Tapi kalau dah sampai menfitnah memang aku takmo berkompromi. Pasal dengan fitnah, nyawa manusia boleh melayang tak pasal2. Itulah yang terjadi pada Imam2 dan khalifah2 Agung kita pada suatu ketika dulu.

Bercakap pasal propaganda, ia adalah amat logik untuk Buletin Utama yang pro BN akan sentiasa menyebarkan cerita2 yang berat sebelah / tidak habis / sekerat jalan bagi menimbulkan salah faham. Kalau ikut prinsip kewartawanan ini memang dah salah habis.

Tapi dalam politik mereka sebut ini propaganda.

Dalam Islam aku tak sure ia dibolehkan atau tidak. Tetapi kalau tujuan nya menganiaya orang yang tak bersalah aku fikir ia tak patut. Tapi kalau tujuan nya memperdayakan musuh yang memang jahat nak mampos mungkin ada kelonggaran kot.

Dari semalam lagi kita boleh melihat di beberapa wall rakan2 PR kita saling bertelagah sesama mereka. Sebenarnya sebelum adun Kuala Besut meninggal dunia aku fikir benda neh normal2 jek. Lantak la dorang nak bergaduh sakan sekalipun. PRU lambat lagi kot. Biar bergasak bagi ahti masing2 puas. Biar bergasak sesama sendiri untuk luahkan yang terpendam. Mana la tahu kot2 lepas neh akan bantu mereka saling faham memahami. 

Tapi semacam tak kena pula kalau gasakan itu berterusan sehingga menjejaskan kerjasama kita untuk PRK yang bakal berlangsung di Kuala Besut neh nanti.

Gasakan itu bermula bila Chegu Bard mengupdate satu status selepas menonton berita tv3. Aku tidak memihak kepada sesiapa pun oke. Tidak.


Kalau aku memilih untuk memihak ia sebenarnya hanya akan memburukkan situasi yang dah sedia buruk neh.

Tapi aku nak citer serba sedikit pendapat aku. Bagi aku tv3 itu kita boleh tengok. Boleh layan. Tapi jangan sampai kita terpengaruh. Kalau kita rasa was2, takde masalah. Kita buat la permintaan agar perkara yang dinyatakan oleh tv3 itu dijelaskan bagi mengelakkan kekeliruan.

Aku selalu tengok tv3. Memang terdapat dalam sesetengah situasi pemimpin PR buat hal dalam tv3. Tapi bukan seme benda pun pemimpin PR buat hal. Seperti mana bukan semua benda yang tv3 sebut tue betul. Ada yang fitnah juga. Jadi pandai2 la kita analisa ikut story board sebelum letakkan tuduhan. Pemimpin PR bukan maksum tapi berita yang sampai kepada kita perlukan pengesahan juga dalam masa yang sama.

Aku tak sure apa yang berita tv3 laporkan tapi kalau bercakap pasal kenyataan menerima keputusan PRU itu aku kira kita bersikap positif la.

Kita nilai kenyataan yang disiarkan di media Malaysia Digest itu sendiri ==> 

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/381611-mp-pr-terkesan-titah-agong.html


Bukan hanya Nik Abduh bahkan Rafizi, DAP dan Nasruddin telah menegaskan secara jelas, kita menerima keputusan PRU, kita move on buat kerja2 untuk bantu rakyat dan bangunkan negara dalam masa yang sama kita menolak kepincangan PRU dengan hantar petisyen.

Kita mungkin nak bersangka buruk pada Nik Abduh atas beberapa benda yang dia buat sebelum neh tidak menyenangkan pandangan kita.

Contohnya berkempen naik teksi di facebook time PRU padahal kereta sendiri dengan no plat yang sangat mahal [boleh bagi makan berapa anak miskin ya agaknya] terperuk dalam garaj depan rumah.

Status facebook yang menyalahkan janji2 manis DSAI yang menyebabkan PR kalah..

Status facebook yang cuba menjarakkan penyokong2 PAS dan PKR.

Status facebook yang menyeru PAS menerima keputusan PRU dengan redha..

Tapi kalau kita mengaitkan tindakan2 Nik Abduh seperti di atas untuk menilai pendapat dia dalam parlimen mengenai menerima keputusan PRU aku kira ia kurang adil. Lebih tidak adil kalau kita menilai berdasarkan skop pemberitaan tv3 semata2.

Sebenarnya setelah berfikir panjang, setelah berfikir masak2, aku melihat tindakan Nik Abduh itu tepat dan kena dengan situasi dia sendiri. Sekurang2nya dia tak berucap atas pentas pongpang sana sini, mengheret rakyat ke jalanan dan kemudian nya dengan slumbernya angkat sumpah. Tidak. Sekurang2nya dia zahirkan sesuatu apa yang dia rasa betul, dengan BERANI.

Dia ada pendirian yang jelas.

Pedulikan pendapat dia betul atau salah, yang penting dia ada pendirian disitu.

Sebab tue bila dia sebut kita menerima keputusan PRU, kita move on dan kita akan bersama2 membangunkan negara neh kita sepatutnya menilai tindakan dia dengan adil. Ya, satu dua perkara yang dia buat dan tidak menyenangkan kita tak bermaksud asalkan saja dia buat apa2 benda dia confirm salah. Aku tak beranggapan begitu.

Dalam waktu yang sama, ahli parlimen yang pongpang2 atas pentas dan angkat sumpah pada hari tersebut, mungkin penyokong2 PR boleh menilai pendapat dari Nasruddin Tantawi kat bawah neh sendiri sebelum meletakkan apa2 kesimpulan ;
Dalam pada itu, menurut Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi pula menegaskan, pihaknya menerima keputusan PRU13 lalu meskipun mendakwanya berlaku banyak penipuan dan penyelewengan hingga menjejaskan kemenangan PR.
 
"Kami daripada pihak pembangkang tidak menolak keputusan pilihan raya, sebab itu kita datang angkat sumpah.
 
"Apa yang kami tolak ialah kepincangan, penyelewengan dan penipuan yang akan dibuktikan melalui petisyen yang telah difailkan ke mahkamah.
 
"Perkara itu juga diakui pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri apabila mengakui kelemahan  dakwat kekal, itu yang kita tolak dan tentang,” dakwanya.

Berhentilah.

Maksud aku amek masa untuk masing2 bertenang dan berhenti menyerang sesama sendiri. Tindakan serang menyerang neh oke, tetapi hanya oke kalau ia ialah perbahasan yang sihat dan matang. Jika perbahasan sesama sendiri lebih kepada perbandingan isu peribadi dan moral maka tak payah la serang menyerang sesama sendiri. Buang masa.

Beri peluang.

Beri peluang untuk korang berbaik2 semula. Beri peluang untuk korang saling sayang menyayangi dengan mengenal ahti budi masing2. Jangan kenal kat facebook jek nak cop macam2. Bagi yang dah kenal depan2 pun sama. Jangan gunakan facebook untuk serang sesama sendiri padahal boleh bercakap depan2. Buat apa sakitkan ahti sesama kita?

Buat la post mortem tertutup dan luahkan apa yang terpendam dalam ahti masing2 dalam ruang tersebut. Orang takan tahu apa masalah ko kalau ko sendiri tak luahkan ma. Sapa tahu masalah aku kalau aku tak citer kat orang?

Sebab itu sudah sampai masanya untuk pihak2 yang ada masalah sesama sendiri neh, berjumpa. Berbincang. Dan cakap depan2. Apa benda yang aku marahkan sangat neh. Apa benda yang aku buat dan ko rasa ia memang tak betul langsung sekarang neh. Jangan jadi macam artis. Yang gunakan media dan media sosial untuk selesaikan masalah. Buat tambah rumit lagi la ada.

Nasihat neh aku tujukan khas untuk semua yang berpartisan dalam pakatan rakyat tue. Juga untuk semua NGOs yang mesra PR tue. Aku sebagai rakyat marhaen tidak terpakai dalam mana2 perkara di atas. Aku pembangkang ma. Bukan ahli parti dan kini semakin takut nak jadi ahli NGO. Baik kepada BN dan kepada PR, aku ialah pembangkang kepada kedua2 entiti politik neh. Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...