Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 Mei 2013

Ustaz Kazim Elias Merajuk, Mahu Berhenti Berceramah!


Dari tahun lepas aku dengar citer neh. Konon nak berhenti berceramah la apa la. Tapi tak berhenti2 juga. Still berceramah ke sana ke mari juga. Still mengutuk dan mencerca pakatan rakyat gak. 

Actually kalau kandungan isi ceramah tue lebih kepada kritikan membina dan lantang aku tak fikir ia menjadi isu kepada sesiapa. Juanda Jaya dan Asri Zainal Abidin juga lantang kepada pembangkang. Sejujurnya aku respect pendapat2 dari dua tokoh ini  meskipun aku tengok ada yang tidak berlapang dada. Hak masing2. Tapi still bukan di kelompok yang majoriti. Minoriti je yang naik angin tak tentu pasal.

Majoriti biasanya membalas hujah dengan hujah. Orang kata hasilkan perbincangan yang sihat sesama kita. Usah kata dengan Maza dan Juanda Jaya bahkan dengan UFB pun ramai yang memilih untuk membalas hujah meskipun kadang2 terbukti UFB menjaja tohmahan. Takpela. Begini lebih baik. At least tohmahan UFB tidak la sedasat fitnah Mashitah. 

Hehe.

Tadi aku baca di Metro. Antara petikan berita ;

“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.
“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.
Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.
 
Entahla, aku tatau la betul ke tak betul yang dia cakap ada orang nak baling cuka le, ada orang nak bunuh le, pukul le apa le. Yang tue aku malas nak ulas. 

Tapi bab Ustaz Politik tue tak betul ka? Cuba tengok video2 dia. Kadang2 dia ajar bab lain, tengah sedap2 berceramah tetiba buka citer pasal PR. Kait tue tak salah. Kalau betul. Kalau kait dan tak betul, wajar ka kita terima?

Lagi satu racist. Maaf cakapla. Kita neh orang ISLAM. Jangan lupa. SEMUA JENIS BANGSA + MANUSIA yang wujud di dunia neh tak wujud dengan sendirinya. Melainkan Allah yang wujudkan mereka semua.

So, siapa kita nak benci, anti, tolak bangsa2 tertentu neh? Oke fine, tolak sikap yang jahat. So kita tolak la yang tue. Pastikan mereka dibuktikan terlebih dahulu bahawa mereka2 neh memang jahat dan perlu di tolak, then kita akan tolak sebab sikap buruk mereka, bukan tolak atas sebab bangsa mereka jauh sekali disebabkan sentimen emosi dan politik kita. Itu dah tak betul tue.

Dan lagi satu, apa salahnya sebagai USTAZ, yang berceramah selama 23 tahun, ada pengalaman luas dan pergi ke sana ke mari, terai la buka minda, buka ahti, pergi mendengar penjelasan dari kedua2 belah pihak sebelum simpulkan sesuatu keadaan. Susah ka?

Aku fikir ini dia mampu buat. Bezanya, ko nak buat tak? Ko nak beri diri ko peluang untuk membuat penilaian adil tak? Ko nak berikan diri ko ruang untuk mendengar hujah dari kesemua pihak tak?

Nah.

Secara asasnya siapa suka bermusuh? Siapa suka bergaduh? Siapa suka kena maki dan siapa pula suka memaki? 

Takde semua orang suka2 nak buat semua kerja2 seperti di atas. Sakit ahti dapat, dosa dapat, malu dapat, akhirat kena, macam2 benda yang berbangkit kelak.

Sebab tue la, sebagai Ustaz tunjukkan satu contoh yang baik. Ini Ustaz pun dok jaja tohmahan, lepas teruk menjaja sentimen racist, dicampur lagi dengan mengeluarkan satu pendapat2 yang dilihat berat sebelah disebabkan tidak mahu memberikan diri sendiri peluang dan ruang untuk mendengar hujah dari kesemua pihak. 

Ini kan tak adil. Boleh tidak bersetuju dengan mana2 pihak, boleh bebas keluarkan pendapat dan kritikla, kita kena faham kita bukan maksum. Mungkin Ustaz ada nampak kekurangan kita di mana2. Maka kita pun akan fikir positif akan teguran2 itu. Tetapi sejauh mana teguran2 itu berlandaskan FAKTA? Sejauh mana PAKATAN RAKYAT diadili oleh Ustaz Kazim Elias, hanya berdasarkan kepada FAKTA2 sebelum Ustaz keluarkan tuduhan? Lue fikirlah sendiri. Bai. 

Rujukan :  http://www.hmetro.com.my/articles/Henticeramahkecewadifitnah//Article

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...