Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 Mei 2013

Penjelasan Polis Kenapa Adam Adli Ditahan.

Di bawah akta hasutan. Kerana menghasut. Adam ada keluarkan satu kenyataan yang disifatkan oleh PDRM sebagai berbaur hasutan pada 13 mei yang lepas dalam satu program yang di anjurkan oleh SAMM.

Tak sangka aku. Dalam diam rupanya polis dok perhatikan pergerakkan aktivis2 rupanya. Agaknya bermula la era kuku besi di mana kebebasan kita dalam menzahirkan pendapat akan disekat berikutan kemenangan tipis bn pada pru ke 13 kali neh.

Meskipun menang, prestasi bn lebih teruk dan merosot berbanding keputusan pru 2008. Orang kata kemenangan yang tak boleh dibanggakan. Bahkan kemenangan yang memberikan seribu kerisauan.

Baca bawah ;

KUALA LUMPUR 18 MEI : Aktivis mahasiswa Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 4(1)c Akta Hasutan di Bangsar Utama, hari ini.

Menulis di twitternya petang ini, Adam memaklumkan beliau kini berada di Balai Polis Jinjang.

Menurut seorang saksi mata, Adam ditahan oleh lebih 10 anggota polis berpakaian biasa di hadapan sebuah kedai runcit di Bangsar Utama.

Beliau kemudiannya dibawa dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 3.30 petang.

Adam dipercayai ditahan berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.

Sementara itu, beberapa kumpulan aktivis hak asasi dan mahasiswa merancang untuk mengadakan nyalaan lilin di hadapan Balai Polis Jinjang jam 8 malam ini.

Lihat gambar berhubung penjelasan dari PDRM berhubung penangkapan Adam Adli siang tadi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...