KAH KAH KAH
Hadoi.
Kena kelentong rupanya.
Patut telus la sikit. Tak kisah la kalau memang ada orang2 yang mahu DSAI berundur. Itu hak masing2. Siapa la kita nak larang dan halang seseorang menzahirkan keinginan dan pendirian dia kan.
Tapi biarlah TELUS. Bukan main tipu. Hadoi. Kan dah kantoi.
KAH KAH KAH
Baru2 ini The Edge ada buat tinjauan online. Mereka merumuskan bahawa 81 daripada pembaca The Edge memilih bahawa Anwar harus berundur since dia telah pun menyuarakan hasrat untuk berundur jika PR kalah dalam pilihanraya.
Namun dalam kenyataan balas yang berbeza, Anwar menyebut dia tidak perlu berundur. Ini kerana Anwar menyifatkan bahawa PR sebenarnya menang, bukan kalah. Dengan 51% undi rakyat memihak kepada PR, dengan pertambahan kerusi parlimen dan DUN, dengan merampas undi popular, apakah PR kalah? Jadi dia tidak perlu berundur kerana PR tidak kalah. Bidas Anwar.
Akhbar2 terutamanya pro BN memetik survey yang dilakukan The Edge kerana majoriti pembaca The Edge ialah chinese. Kesimpulan yang mereka buat ialah ;
Chinese = mula menolak kehadiran Anwar sebagai PM dalam bayangan / penantian.
Namun, rupa2nya ada cerita disebalik tinjauan tersebut. Yang sebenarnya tinjauan tersebut telah pun diceroboh / di hijack oleh sekumpulan manusia yang mempunyai IP address yang sama, yang disifatkan oleh The Edge sebagai CYBERTROOPERS.
Menurut The Edge ;
1. Tinjauan mereka biasanya akan menarik 2,000 - 4,000 pembaca online untuk respon.
2. Namun pada tinjauan berkenaan DSAI, tinjauan tersebut menarik sehingga 12,736 responden yang disifatkan sebagai luar biasa oleh editor The Edge, lantas mereka menghentikan tinjauan tersebut dengan serta merta.
3. Dalam pada masa yang sama, The Edge mengambil kira kenyataan terkini Anwar, bahawa dia tidak akan berundur. Jadi tinjauan tersebut ditarik semula.
4. Setelah memeriksa, bahagian IT TE [The Edge] mendapati bahawa ;
- 6,354 responden datang dari satu IP ADDRESS yang sama.
- 1,700 responden datang dari pelbagai IP ADDRESS tetapi dalam satu bangunan yang sama.
- 2,000 responden pula datang dari 7 IP ADDRESS yang berbeza.
Jelas The Egde, survey online tersebut sebenarnya tidak sah kerana telah pun dihijack oleh kumpulan tertentu, dan tidak sepatutnya di ambil kira.
Demmit.
Benda gini pun nak main tipu ka? Biar je la orang undi apa2 yang dorang nak. Kenapa tidak ko siarkan survey The Edge dan popularkan di page2 facebook pro bn agar dorang pilih anwar berundur? At least itu lebih telus sebab orang yang berbeza2 vote. Itu pun tak boleh fikir ka? Memang bingai.
KAH KAH KAH
LAWAK SIOT.
OKe bai.
Rujukan : http://www.theedgemalaysia.com/business-news/239153-edge-survey-edge-poll-on-anwar-hijacked.html