Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 Mei 2013

Mesej Penting Untuk Semua Pengundi.

Esok kita akan mengundi. Dan esok ialah hari di mana kita akan lihat adakah perjuangan kita selama ini membuahkan hasil ataupun sia2 je?

Kalau bn menang aku klasifikasikan ia sebagai sia2. Kita tak berjaya ubah mentaliti rakyat. Jadi kita yang salah. Kena usaha lagi dan lagi untuk buka minda mereka. Juga kena kaji dan kaji apa kesilapan dan kelemahan kita sehinggakan kita boleh kalah dalam pru ini.

Kalau kita menang, Ya Allah tak tergambar oleh perasaan aku. 

Tak boleh tidur dengan lena.
Asyik terjaga dari mimpi.
Cepat2 buat macam2 kempen untuk pastikan PR menang.

Dah tak tentu arah aku dalam seminggu dua neh. Tak tentu arah. Tak habis2 juga berdoa dalam ahti kecik, menangkan pakatan rakyat kali neh. All out. Kali neh kalau kita kalah, habis aku dengan ko2 sekali. Habis kita kena kawal lebih teruk dari apa yang kita kena kali neh. Lebih zalim dari apa yang kita alami sebelum neh. Sebab tue kena menang. By hook or by crook. Inila pemikiran aku.

Sebab tue sehingga saat kemenangan, ataupun kekalahan, itu tiba, maka confident la kita. Confident la kita sehingga ke saat2 yang terakhir tanpa berputus asa berkempen2 di alam maya dan di luar.

Oke berbalik kepada isu pengundian esok.

Aku memang port sejati kat tv3 seminggu neh. Buka berita. Tonton. Aku nak tengok apa agaknya pelan dorang. Kalau nak tahu dengan menonton tv3, 50% apa yang umno dan bn plan akan dapat ditarik keluar oleh pemikiran kita. Siyes. 

Sekarang ini modus mereka. Aku amat yakin.

1. Wujudkan persepsi bahawa akan ada kumpulan yang berbuat kekacauan di hari pengundian.

2. Wujudkan jalan cerita / skrip progress kumpulan2 yang berbuat kacau itu. Mula2 citer pasal bilik dibakar, dibom, orang2 umno di kacau, di ugut. 

3. Then wujudkan jalan cerita bahawa polis terima maklumat akan ada kekacauan dan huru hara pada hari tersebut.

4. Then wujudkan jalan cerita mereka menemui beberapa bendera berwarna warni yang di tanda di beberapa tempat tertentu. Tempat yang ditanda itu ialah tempat kekacauan akan berlaku.

5. SPR juga memberikan amaran agar jangan menghalang mana2 pihak dari pergi mengundi. Jika tak puas ahti dengan apa2 keputusan, buat petisyen. Ini sebenarnya HINT. SPR mungkin akan menganggap menghalang WARGA ASING dari mengundi ialah melanggar undang2.

6. Sebab SPR juga mengesahkan sesiapa ada IC dibenarkan MENGUNDI. Ini memberikan gambaran secara tak langsung sesuatu sedang berlaku.. macam la kita taktau sesiapa ada IC boleh mengundi. Tetapi yang kita persoalkan warga asing yang sepatutnya takde ic, tetapi diberikan ic, takan dibenarkan mengundi juga?

7. SPR juga menyeru agar sesiapa jangan pakai apa2 baju yang melambangkan idelogi politik masing2. Undian adalah rahsia. Buatla pilihan masing2.

8. Polis menekan orang awam yang share khabar2 di media sosial dengan melemparkan kata2 berbaur AMARAN. POLIS juga melaporkan pengguna media sosial sedang diawasi dan diperhatikan dengan tindakan khas jikalau di dapati berlaku apa2... setiap dari mereka takan terlepas jikalau berlaku apa2.. 

Pstt.. polis mungkin tak perhatikan penulisan fitnah dari bn, betul tak?

Hehe.

Apa tindakan kita?

1. Jangan termakan dengan provokasi mereka. Ini sebenarnya satu provokasi. Aku tak nampak akan berlaku apa2 kekacauan. Tetapi suasana seperti itu sedang diwujudkan melalui gambaran dan permainan media massa. Aku agak pelik. Benda takde apa, ko wujudkan seolah2 ada apa. Benda yang memang ada apa2, contohnya  insiden lahad datu tue, tapi ko cuba buat seolah2 ia takde apa2. 

2. Pasal pengundi hantu tue. Kita kena tangani benda tue dengan berhemah. Jangan cari pasal + gaduh dengan mana2 warga asing. Warga asing = mangsa. Rakyat malaysia = mangsa. Kita semua ialah mangsa keadaan. Pemangsa = bn. So apa guna mangsa + mangsa = bergaduh plak? Takde gunanya weh.

3. Tapi apa yang kita boleh buat?

- Esok, pagi2 terus pergi mengundi. Keluar awal. Pastikan kita sendiri amek inisiatif keluar awal. 

- Then kita cepat2 mengundi.

- Lepas mengundi, kita melepak kat satu port yang boleh nampak semua jenis pengundi.

- Bawa hp yang ada kamera + pastikan ada internet.

- Kalau nampak ada yang mencurigakan menghampiri tempat mengundi, bersegera la berborak2 dengan dia dalam keadaan santai. Jangan nampak macam korang menghalang dia dari mengundi plak, just buat2 biasa je.

- Kalau tak dapat pun takpe, tangkap gambar yang menampakkan muka yang jelas sudah.

- Lepas dia keluar mengundi, korang boleh mendekati dia juga.

- Borak2 dan tangkap gambar dia dan jari dia. Kalau dia pengundi hantu yang dicari, lapor kepada petugas SPR dan petugas PR yang berada di sekitar lokasi. Bagitau, ini warga asing. Tapi ada IC, ada calitan, bermaksud telah mengundi, apa cerita neh?

- Jangan serang + pukul + lakukan sebarangan keganasan atas tubuh badan dia. Ingat serangan fizikal itu nanti akan didefinisikan sebagai keganasan pula. Media sudah pasti akan mewar2kan secara berlebihan. Lebih2 lagi kalau korang pakai baju seolah2 korang tue pro PR. Lagi masak kena bambu.

- Semua bukti yang ada, jangan dihilangkan. Upload di internet tetapi jangan letakkan ayat2 yang kontroversi. Taip tenang2, supaya polis tak anggap ia sebagai provokasi untuk merosakkan perjalanan pilihanraya.

- Selepas proses pengundian tamat, hubungi jawatankuasa bersih, serahkan aduan dan bukti berkaitan untuk diambil tindakan.

- Page yang didedikasikan untuk collect semua bukti2 berkaitan pilihanraya boleh rujuk sini ==>   

 https://www.facebook.com/AduanRakyatPru13?filter=1

- Kadang2 sesetengah orang rasa risau nak dedahkan identiti dia, kami faham. Boleh terus mengadu kat page itu. Tetapi kalau yang berani terang2 tunjuk muka itu lebih baik sebenarnya. Mungkin sedikit tekanan ke atas kakitangan kerajaan kot.

- Lagi satu, terai jangan focus pada warga asing bangla je. Sebab bukan mereka je yang masuk ke sini. Aku sebenarnya berfikir begini selepas menonton isu amah bercerita pasal member dia dapat ic tue. 

Rujuk sini ; http://amenoworld.blogspot.com/2013/05/pengakuan-panas-warga-indonesia-pasal.html

Boleh jadi kemasukkan warga asing bangladesh = alih isu. Wajah mereka sangat jelas kelihatan seperti warga asing. Bagaimana pula kalau pengundi hantu yang sebenarnya ialah warga asing dari indonesia? Ataupun dari mana2 negara yang mana ekniknya kelihatan seperti warga malaysia? Hah, jika ini yang berlaku, maka kita telah dihadapkan dengan pemikiran, cari bangla je, cari bangla je, sehingga kita abaikan kemungkinan lain. Jadi, pastikan, kita melihat semua kemungkinan yang wujud, cari semua bukti yang ada.. kadang2 kalau dia tahu berbahasa cina, tak semestinya dia orang cina malaysia. Kena ingat tue.

Apa pun selamat mengundi, dan selamat memangkah pakatan rakyat. Jangan sampai kertas undi rosak. Dan marila kita menuju ke arah Malaysia yang lebih baik.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...