Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Mei 2013

Mahathir Guna Wang Negara RM300 Juta Tanpa Izin.

Ye.


Bukan ada pendatang tanpa izin je. Gunakan wang negara tanpa izin pun ada. Ia dibuat oleh Mahathir.

Rilex.

Jangan marah aku. Sebab aku takan suka2 beranggapan demikian jikalau bukan orang BN sendiri yang keluarkan kenyataan yang menjurus kepada sangkaan seperti ini.

Lihat ;

Ketika masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membantu masayarakat Kelantan dengan menyumbang antara RM200 juta dan RM300 juta setiap tahun.

Menurut aktivis politik Datuk Khairuddin Abu Hassan, sumbangan Mahathir itu diberikan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri bagi membantu masyarakat Islam di negeri tersebut.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr. Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.
"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya ketika berucap pada ceramahnya di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini, malam tadi. 

Rujukan :  http://www.klpos.com/politik/56702-khairuddin--mahathir-sumbang-rm300juta-ke-kelantan-setiap-tahun

Kita anggap je la citer di atas neh benar. Kalau Mahathir keluarkan rm300juta setahun, secara berkala, selama 22 tahun mentadbir negara, dah berapa banyak juta dihabiskan untuk Kelantan?

Hehe

Dan bagaimana agaknya Mahathir boleh mengakses rm300 juta tanpa diketahui oleh orang? Tak ke pelik? Takde ke rekod duit keluar masuk apa seme semasa Mahathir mentadbir negara?

Apa jaminan selain dari urusan ini, Mahathir tidak melakukan apa2 pengeluaran wang negara secara sorok2 atas tujuan lain pula?

Nah. Ko sendiri zahirkan Mahathir gunakan wang tanpa izin. Ini sebenarnya satu perbuatan yang tidak patut. Mahathir dan si pengeluar kenyataan ini harus disiasat. Walaupun dia PM ketika itu, dia tetap takde hak nak keluarkan rm300 juta kepada kelantan tanpa melalui apa2 prosedur yang sepatutnya beb.

Walaupun citer amek TGNA, pagi2 bawa ke rumah Mahathir, bagi rm300 juta.. memang kelakar. Tapi aku tetap mahu satu siasatan dijalankan ke atas kenyataan tersebut. Ini namanya salah laku. Keluarkan wang negara tanpa pengetahuan sesiapa dan sampai sekarang sorang pun tak sedar hal tue. 

Kalau Datuk Khairuddin tak bercakap, sorang pun tatau. Tak ke pelik nama nya tue? Macam mana agaknya Mahathir boleh asingkan rm300 juta dengan begitu mudah tanpa sesiapa pun yang kesan? Mesti ada rakan subahat untuk tutup cerita. SPRM patut buka kes dan siasat hal yang sangat dasat ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...