Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 November 2012

Apa dah jadi dengan Mufti Perlis?


Suatu berita yang amat mendukacitakan apabila sampai perkhabaran dari seorang sahabat tentang perletakan jawatan sahibus samahah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, sebagai Ahli Jawatankuasa Baitulmal.. Nampaknya, tidak banyak dapat diperkatakan lagi bila Mufti pun sudah sampai ke tahap kehabisan toleran untuk berkompromi..

Difahamkan, perletakan jawatan Dr Juanda dalam agensi pengurusan zakat negeri adalah ekoran sikap pembesar² negeri yang telah berkali-kali membelanjakan wang zakat untuk melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal..

Malah, perbelanjaan wang zakat oleh Baitulmal Perlis tidak memberi keutamaan yg saksama kepada pecahan² asnaf dan dalam banyak keadaan nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan..

Laporan Audit Negara tahun ini meletakkan MAIPs di tahap paling rendah berstatus 2 bintang dikalangan agensi² & jabatan² kerajaan Perlis..

Saya pernah menerima teguran pada awal tahun ini apabila membangkitkan soal kepincangan Baitulmal, tetapi dengan apa yg belaku ini diharapkan dapat membuka mata² dan pintu² hati para pembesar bahawa Baitulmal perlu transformasi ke arah kebaikan dengan lebih meyakinkan..

Saya jangkakan Exco Agama akan terus ambil jalan paling selamat dengan berdiam diri kerana pilihanraya sudah dekat dan takut ura-ura beliau tidak dicalonkan semula akan jadi kenyataan.. :)

1. Aku dapat benda neh via inbox.

2. Kesahihan memang takde langsung. Terpulang la nak percaya ke taknak percaya ke apa ke. 

3. Kita tunggu penjelasan lanjut dari pihak2 yang berkaitan.

4. Aku percaya kalau sungguh Dr. Juanda letak jawatan dari AJK BAITULMAL mesti ada bukti kan. Orang2 yang berkerja dalam bidang tue pasti alert. So kita bleh dapatkan info lanjut kalau mereka baca posting ini.

5. Kalau sungguh la mufti perlis letak jawatan dalam baitulmal disebabkan masalah di atas maka kita boleh katakan pengagihan wang zakat telah diseleweng. Ini perbuatan yang amat keji. Maha dasat.

6. Namun tak cukup dengan berhenti saja. Sepatutnya mufti perlis kena kumpulkan bukti dan dakwa mereka yang berkaitan. Orang arif agama boleh ke menafikan satu2 perbuatan dengan berhenti kerja dan lepas tangan sebab taknak bersubahat?

7. Sepatutnya kumpul bukti dan bongkarkan penyelewengan tersebut. Nak lawan kena lawan habis2an. Nak banteras kena banteras betul2. Mana boleh amek sikap lepas tangan dengan berhenti dan blah. Bagi aku jika benar itu tindakan mufti perlis, maaf cakap la sebab nak jadi terlebih jujur, itu perbuatan orang pengecut tuan2.

8. Berhenti kerja tidak akan selesaikan masalah. Mereka sebaliknya telah diberikan ruang untuk lebih menyeleweng sebab tiada siapa lagi nak mempersoalkan tindak tanduk mereka.

 9. Sebab tue andai benar la info di atas terbukti benar, mohon mufti perlis buka mulut. Bongkar satu persatu2. Jom kita sama2 lenyapkan yang batil. 

Lagi laporan berkaitan rujuk SAMM kat sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...