Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 16 November 2012

Nasruddin Tantawi sudah dedahkan jumlah aset, Nik Abduh bila lagi?


Usah kata Nasruddin Tantawi, bahkan keseluruhan wakil rakyat yang ingin bertanding di mana2 kerusi pencalonan kena dedahkan jumlah dan aset yang mereka miliki supaya tidak timbul konflik di kemudian hari. Ini adalah apa yang dimiliki oleh Nasruddin Tantawi ;


"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.


Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.


Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.


"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.


"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

Gaji isteri = RM4,000 sebulan.

Gaji Nasruddin = RM2,500 sebulan.

Pendapatan dari rumah sewa = RM300 sebulan

Combine gaji kedua2 nya = RM6,800 sebulan.

Tanggungan rumah + kereta =  RM3,160 sebulan.

Gaji - tanggungan = RM3,640

Simpanan RM9,000

Nasruddin tantawi lepas neh tolong up isu gaji wartawan harakah dan guru pasti okey. Terutamanya gaji guru pasti. PASTI under DPPP kan. Prihatin la sikit. Skop kerja dorang lebih luas dari KPP tapi gaji dorang lebih rendah dari KPP. Apa citer? 

Memang la ikut pangkat tapi rm400 sebulan? Agak2 la weh. Kalau suruh KPP kerja jadi guru pasti pun dia tak sanggup. Tapi beria2 suruh orang berkorban. Hehe.

So harap2 lepas neh seme mereka2 yang mahu menjadi calon dedahkan aset milik sendiri atau kita jangan undi dan naikkan mereka tak kira la sapa pun mereka. Kalau nak dedahkan aset pun takut jangan bicara pasal perjuangan beb.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...