Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 November 2012

Kepada semua agensi kerajaan berkaitan islam, semua pemimpin, bloggers, penyokong umno dan ustaz nasha korang meh sini kejap.

Saja je.

Aku tunggu dalam beberapa hari. Aku nak bagi peluang. Bukan peluang kat umno. Tetapi peluang kepada rakyat malaysia untuk buka mata, nilai, analisis dan kaji sendiri. Aku nak buktikan betapa HIPOKRITnya UMNO yang menggunakan hujah mempertahankan islam dalam isu statement nurul izzah.

Berita di paparkan dalam 9 November 2012. Sekarang dah 14 nov 2012. Maksud nya adalah dalam 5 hari telah berlalu. Berita tersebut ialah ;


Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.

Dalarn kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam mass sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut. "Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit," menurut SIS dalam kenyataan medianya.

Ini bukti nya ==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sis-kebebasan-beragama-termasuk-menukar-agama

Sapa cakap?

SIS cakap. Disiarkan dalam paper. Menerusi kenyataan media SIS itu sendiri. Bukan dipetik dari mana2 forum. Sebaliknya SIS keluarkan satu kenyataan bertulis bahawa mereka mendokong kebebasan untuk tukar agama baik muslim mahupun non muslim.

Apa yang nong chik cakap pasal SIS? HARAM. Pasal nurul izzah ada. ==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sis-kebebasan-beragama-termasuk-menukar-agama

Apa yang Tengku Adnan cakap pasal SIS? Haram. Pasal nurul izzah ada. ==>  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sis-kebebasan-beragama-termasuk-menukar-agama

Apa yang Hishamuddin cakap pasal SIS? HARAM. Pasal nurul izzah ada. ===>  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hishammuddin-nurul-izzah-mempolitikkan-akidah/

Apa yang JAIS, UFB, Muhyiddin yasin, Mahathir, PDRM dan lain2 bercakap pasal SIS? HARAM. Takde. Tapi pasal NURUL IZZAH ada.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kebebasan-beragama-sama-dengan-menukar-agama-kata-tengku-adnan/ 

http://www.malaysiakini.com/news/213714 

http://www.malaysiakini.com/news/214105 

http://www.malaysiakini.com/news/214012

http://www.malaysiakini.com/news/214019
 http://www.malaysiakini.com/news/214023

http://www.malaysiakini.com/news/214105

Apa pula pandangan ustaz nasharuddin mat isa pasal SIS? Takde. Pasal nurul izzah ada. Meh tengok kat bawah neh sat ;


Boleh berbeza pendapat. Takde hal. Tapi gunakan utusan? Sangka baik pun ada limitnya. FB ada, twitter ada, blog ada, harakah ada, media online pro pr pun ada, pro rakyat pun ada, youtube pun ada, macam2 ada, tapi utusan juga yang dicari then dalam masa yang sama paksa kita sangka baik?

Well, boleh memang boleh sangka baik depan2 jek la. Tapi belakang2 lue fikirlah sendiri.

Bukan sekali dua kali bahkan berkali2 SIS buat kenyataan kontroversi. Tak pernah JAIS nak siasat. PDRM haram sekali amek port. Tapi hanya satu statement jujur, benar bahkan mewakili hakikat dan fakta semasa dari nurul izzah terus dia disiasat bertubi2? 

Ini ialah malaysia. Tak cukup malaysia kalau ko tak bias. Bai.   

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...