Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 17 November 2012

Karpal menolak hudud sekeras-kerasnya.


Aku dah cakap. Aku dah sebut banyak kali dah karpal neh tak mao hudud. Aku dok perhatikan statement2 dia sebenarnya. Dulu2 aku pun fikir dia tolak hudud sebab perlembagaan. Tapi lama2 aku dah detect. Ini bukan atas nama undang2 tapi atas kepercayaan dan keyakinan bahawa dia memang anti hudud.

Tapi aku heran ada jek orang2 islam p bekap dia. Aku ada tulis beberapa kali pasal karpal tapi setiap kali itu juga la orang2 islam p bekap dia dengan bagi macam2 alasan.

Takpe. Abaikan yang itu.

Pendekatan aku mudah jek. DAP, MCA dan UMNO sama2 tolak HUDUD. So takyah arh nak sebarkan propaganda bahawa DAP lebih baik dari MCA ke apa.. lebih baik dari UMNO ke apa.. semata2 nak menonjolkan DAP tue pro hudud. Jangan.

Macam aku sebut dah kat ==> sini. Kita terima je perbezaan antara kita. Tak perlu beria2 nak balon MCA hari tue. Kan sekarang dah sentap. Nak balon DAP tak? Kena balon la. Nampak adil. Pasal korang balon MCA hari tue. Aku tak. Ini pula pandangan aku pasal MCA.

Isu hudud neh ialah isu politik je pada MCA. Mereka tak kisah mana pun. Tapi pada DAP ia bukan isu politik. Mereka nampak dan kaji sikap umat islam di malaysia. So daripada korang balon membalon sesama korang ada baiknya kita tarbiah je seme yang tolak hudud tak kira siapa pun dia. 

BTW, tak rasa penat ke asyik bertekak siapa lebih menolak hudud berbanding siapa?

MCA tibai hudud.

Wooo jom demo... jom report polis..jom maki MCA.. <-- penyokong2 PR.

DAP tibai hudud..

Wooo jom report polis.. jom sebarkan dalam media .. jom maki DAP.. <-- penyokong2 UMNO.

Dah macam hapa dah aku tengok. Apa pun aku memang letih melayan isu hudud neh. Aku kecewa la juga bila dapat tahu bahawa ulama pas ada buat forum hudud dan jemput karpal singh.. tapi karpal singh tak pernah nya nak pergi ke dengar ke apa. Itu dasat tue.

Ini tahap orang yang takmo dengar penjelasan langsung. So kalau disini aku agak respect CSL. At least dia bagi peluang pada ulama muda umno terangkan apa itu hudud. Bahkan siap ajak debat hudud dengan Jamil khir yang sampai sekarang tak respon2 lagi atas tawaran tersebut.

Kalau kita takmo beri orang peluang jelaskan apa itu hudud itu bermaksud orang itu telah menentang sekeras kerasnya bab hudud. Aku tak pasti la asas kepada penentangan karpal singh neh apa tapi setahu aku perangai orang2 tua neh memang degil. Dorang ikut kepala dorang jek. Almaklumla dah tua. Nak marahkan kata tak hormat orang tua.. tapi kalau takmo terima pembaharuan pun leceh juga.

Apa pun jangan risau sangat la. Karpal sokong ke tak sokong ke apa itu hak dia. PAS boleh teruskan matlamat tersebut tanpa Karpal Singh pun. Rileks sudey.

Baca bawah neh ;

Pengerusi nasional DAP Karpal Singh hari ini dengan keras menafikan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berhubung kesediaan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hudud.

MP Bukit Gelugor itu malah menyifatkan Harun "menyimpang jauh daripada kebenaran dan berniat jahat" apabila turut menyatakan bahawa beliau hanya kelihatan tidak bersetuju dengan hudud.

"DAP sejak sekian lama berulang kali menegaskan pendirian kami terhadap pengenalan hudud di negara ini.

"Hudud tidak boleh wujud dalam Malaysia yang merupakan negara sekular," tegas Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, DAP tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana ia penting kepada asas kewujudan parti itu.

Beliau merujuk keputusan Mahkamah Agung (kini dikenali sebagai Mahkamah Persekutan) pada 29 Februari 1988 yang menetapkan Malaysia ditadbir undang-undang sekular. 

"Sudah pasti, saya sentiasa tidak bersetuju dan secara terbuka menyatakan alasan kepada pendirian itu berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tafsirannya seperti ditetapkan mahkamah tertinggi negara ini," katanya. -MKINI-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...