Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 September 2012

Video umno report polis atas twitter Ngeh Koo Ham.

 

Cuba keluar dari kelompok kepartian ketika melakukan penilaian. Aku bukan nak bekap Ngeh Koo Ham tapi isu neh dah overboard. Sebenarnya dia bukan menghina. Aku heran pasai apa ramai orang gunakan term menghina walaupun dia sebenarnya mempersoalkan.

Nak marah or nak bidas dia sebab dia mempersoalkan protes di twitter dia, lantak ko la. Tapi jangan sampai menuduh dia melakukan apa2 perkara yang dia tak buat. Bila masa plak dia sokong filem innocent of muslims? Jauh sekali dia menghina islam.

Nak anggap dia takde sensitiviti itu mungkin betul. Tapi nak anggap dia hina islam tak tepat langsung. Aku tak faham macam mana seseorang itu boleh membiarkan seseorang yang lain mempengaruhi pemikiran dia tanpa dia terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri samada benar atau tak benar Ngeh Koo Ham menghina islam ataupun tidak?

Aku meraikan kebebasan memberikan pendapat. Aku meraikan juga rakyat malaysia bebas berdemo. Seseorang berhak berdemo atas apa2 isu sekali. Jika umat islam mahu berdemo atas isu menghina Nabi saw dipersilakanlah. Tindakan Ngeh Koo Ham memperlekehkan cause demo itu memang bermasalah.

Seperti yang kita sedia maklum, demo tidak boleh menyelesaikan masalah. Ia sekadar mampu memberikan impak, mencetuskan suasana dan membantu perkara yang kita bantah itu tersebar luas melalui peranan media massa yang melaporkan. Strategi marketing. Boleh jadi ia mampu membentuk sokongan dan boleh jadi sebaliknya.

Itu yang BERSIH buat. Itu juga yang gerakan mahsuh ISA buat. Itu juga yang ANTI-LYNAS buat. Dan itu juga lah yang PAKATAN RAKYAT buat. Jika berdemo itu buang masa dan blablablabla.. maka apa sebab pakatan rakyat berdemo atas cause2 lain pula? Berdemo bersih tak buang masa tapi demo bantah filem penghinaan ke atas Nabi saw, buang masa?

Sebab tu orang marah. Dan tak pelik kenapa umno balon Ngeh Koo Ham sebab dia melalut atas isu yang tak sepatutnya. Walaupun aku tak setuju dengan pendirian Ngeh Koo Ham tapi tak bererti aku boleh menerima pula tuduhan2 yang tak relevant [benda yang dia tak buat] ke atas dia.

Benda neh simple jek. Cakap benda betul. Jika nak marah Ngee Koo Ham sebab mengatakan demo protes filem hina islam itu buang masa dipersilakanlah. Tapi jangan meleret sehingga menuduh dan menfitnah dia ke atas benda yang dia tak lakukan.

Ingatlah, filem hina Nabi saw itu tak pernah betul, namun menuduh orang melakukan perkara yang dia tak buat, juga bukan tindakan yang tepat. Renungkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...