Namun, umno yang diketuai oleh kj, tak pepasal kaitkan ia dengan dap. Siap suruh pas keluar dari pakatan rakyat. Dan paling tak boleh blah bandingkan demo umno dengan demo pas. Konon nya demo umno disertai oleh parti komponen seperti mca dan mic. Berbanding pas.
Eley.
Apsal mic dan mca je? Lain2 parti komponen bn tak turut serta ka? Awat, depa tak bantah tue maksudnya sokong la ek? Kalau lah itu dijadikan modal umno, itu jugalah yang dijadikan modal pr. Sama jek beb.
kah kah kah
Jangan lupa juga. Ngeh Koo Ham dah minta maaf. Kalau dibanding dengan CSL, cerdik sket la perangai Ngeh Koo Ham neh. Tak sepatutnya kj yang cerdik menjadikan ia modal politik untuk balon pas. Sikit2 keluar pr, sikit2 keluar pr, pekata umno sendiri keluar dari bn dulu. Kan CSL dah banyak kali kritik islam. Dah keluar nanti baru kita slowtalk oke.
Dan bawah neh antara gambar2 ketika mereka memprotes bagi membantah penghinaan ke atas Nabi saw melalui satu filem yang bertajuk innocent of muslims. Memang ramai yang cintakan Nabi saw. Harap2 bukan fizikal je la. Layanz.
1. KJ, ibrahim ali, hasan ali pun turut berdemo.
2. Kemain semangat 3 orang tue.
3. Ada juga yang bakar2 bendera. Bendera US dan bendera Israel dibakar tanda protes.
4. Alamakla ada geng2 syiah plak.
5. Nampaknya geng2 syiah pun protes marah Nabi SAW kena hina. Good.
6. Tapi di satu sudut yang lain, cara mereka mempromosikan fahaman mereka secara terbuka dilihat tidak bagus kepada pas.
7. Tak pasal2 nanti orang kaitkan ia dengan pas. Almaklumlah syiah itu sendiri menghasilkan pelbagai interpresi.
8. Aku takmo ulas bab akidah or sesat menyesatkan. Aku tak minat. Biar alim ulama yang arif buat kerja tue. Cuma aku nak pesan sket. Di malaysia kami mengamalkan fahaman sunni. Tiada larangan terhadap syiah. Aku tahu tue. Tapi kalau korang mempromosikan syiah or mengajak orang convert dari sunni ke syiah, itu salah. Please, ikutlah peraturan yang ditetapkan supaya sesama kita tak berbalah oke.
9. Abby Abadi pun join sekali.
10. Ramai yang berarak. Di anggarkan hampir 10ribu orang. Gabungan pas + umno. Mereka tak berkumpul di lokasi yang sama tetapi bertembung ketika berkumpul.
Syabas di ucapkan kepada peserta2 demo. Demo berlangsung dengan aman tanpa provokasi daripada memana pihak pun. Harap2 kita seme cintakan Nabi saw bukan sekadar dengan demo jek beb. Mesti disusuli amalan. Sedikit demi sedikit. Don't worry. Yang penting cuba, berbanding tak buat apa2. Oke, bai.